PERJUANGAN bukanlah jalan yang singkat, mudah dan disambut dengan alunan kompang, atau dihampari dengan karpet merah. Tetapi ia adalah satu jalan yang hanya diambil oleh mereka yang sanggup mengorbankan harta, masa dan diri mereka bila sahaja diperlukan. Jalan yang dipenuhi onak duri dan ranjau. Dan mereka yang berada di atas jalan ini bukanlah mereka yang leka akan dunia yang fana ini. Mereka sentiasa memastikan segala tindakan dan tingkah laku hanyalah utk membela PERJUANGAN ini.