Assalamualaikum wbt.. :)
Apa khabar semua? Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin saya ucapkan kepada semua pengunjung Inazhkom.blogspot.com ini. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana tidak jemu-jemu melawat weblog saya yang amat jarang sekali saya update sekarang. InsyaAllah saya cuba membuat sekadar yang termampu memandangkan masa yang ada amat terhad sekali buat masa ini. Sokongan yang diberikan oleh semua amat saya hargai.
Semalam saya sedang menjenguk-jenguk website yang memberikan statistik pelawat yang hadir ke blog ini. Alhamdulillah, walaupun di luar jangkaan saya, ternyata blog ini masih ada peminat setia yang sentiasa melawat. Walaupun bilangannya tidaklah ramai, tetapi setiap hari ada saja yang melawat. :) Saya tertanya-tanya dari mana anda semua datang? Melalui website tersebut saya boleh mengetahui dari mana anda klik weblog saya ini. Rupa-rupanya ada antara yang masuk ke sini melalui laman web Ukhuwah.com Weblog Ranking List. :D Wah! tak sangka blog saya ada yang vote hehe.. Sekarang ni no. 49, not bad. hehe.. Saya ucapkan terima kasih kepada yang vote itu. Takdela saya mengharapkan sangat, tapi saya sangat gembira kalau anda semua sudi untuk berkongsi ilmu-ilmu yang ada di sini dengan orang lain. :)
Walaupun apa yang akan saya utarakan ini mungkin boleh menjejaskan prestasi blog saya dalam ranking tersebut, tapi saya rasa saya perlu berbuat demikian. Walaupun saya tahu Ukhwah.com adalah antara fan club Hijjaz yang paling besar, tapi saya rasa perkara yang saya akan cakap ini adalah sesuatu yang perlu untuk memperbaiki suasana.
Saya rasa telah lebih dari 10 tahun arena nasyid kontemporari bertapak di negara ini. Dan sejak daripada itu banyak kisah suka duka, jatuh bangun kumpulan-kumpulan nasyid di negara ini mendapat perhatian daripada banyak pihak. Daripada zaman kumpulan nasyid De' Zikr sampailah ke Mawi dan lain-lain lagi penyanyi nasyid samada berkumpulan ataupun solo, muzik nasyid kontemporari telah membawa satu nafas baru kepada peminat seni tanahair yang sentiasa mahukan satu bentuk hiburan yang berunsurkan ketuhanan. Dan untuk pengetahuan anda semua, saya jugak adalah salah seorang daripada peminat nasyid kontemporari tanahair.
Antara kumpulan yang sentiasa saya minati ialah Hijjaz dan anak-anak didiknya iaitu In-Team, Mestica, UNIC dll lagi. Mungkinlah anda beranggapan saya ini jiwang. :D Tapi biasalah, masa itu jiwa muda memang begitu. Bak kata orang, tengah kemaruk nak berkawin. :P Pada masa itu In-Team terkenal dengan lagunya yang banyak berunsur jiwang-jiwang. Dan ia bolehlah diibaratkan satu arus perdana dalam arena nasyid pada ketika itu. Ada juga ustaz-ustaz yang tidak bersetuju dengan lagu-lagu yang dibawakan dan ia terus disuarakan sehinggalah sekarang. Antara ustaz-ustaz yang lantang dalam hal ini ialah Ust. Maszlee dan juga Ust. Hasrizal. Tapi biasalah, kita orang muda-muda lagi, apa kisah sangat akan hal-hal tersebut, layan tetap layan. :) (ini saya lah, mungkin sahabat-sahabat lain tidak begitu)
Namun begitu kita dikejutkan dengan berita In-Team menarik diri mereka daripada jagaan Hijjaz Records kepada syarikat mereka sendiri. Mungkinlah ada antara kita memikirkan bahawa mereka sudah boleh berdiri sendiri dan mahu buat bisnes sendiri. Saya juga berfikir begitu pada mulanya. Dan biasalah sebagai "die hard fan" In-Team, saya masih lagi membeli CD original mereka. Ternyata lagu-lagu yang dibawakan dalam album terbaru In-Team "Tiada Lagi Kasih" tidak sama dengan waktu mereka bersama Hijjaz. Lagu mereka lebih matang dan lebih ke arah mendekatkan diri kepada Allah. Tiada lagi istilah-istilah cinta ataupun kasih sayang sesama manusia (mungkin sebab itu tajuk album itu dipilih kot), tetapi lebih kepada menjadi insan yang bertakwa dan cintakan akhirat. Seolah-olah kini mereka bebas daripada belenggu Hijjaz yang ingin mereka membawa lagu-lagu cinta.
Persoalannya di sini ialah, adakah In-Team keluar daripada Hijjaz Records kerana tidak lagi mahu untuk membawa lagu-lagu cinta ataupun memang betul-betul kerana nak buat bisnes sendiri? Jawapannya hanya In-Team dan Hijjaz sahaja yang tahu. Apa yang pasti In-Team telah membuat keputusan yang bijak dan tidak lagi dikongkong oleh orang lain dalam memilih jalan untuk masa hadapan yang cerah. Sekiranya benar In-Team memilih untuk bersendiri kerana tidak mahu lagi mendendangkan lagu-lagu cinta, ini ternyata In-Team ada prinsip tersendiri dan berpegang kepada prinsip tersebut. Inilah "Hiburan Berprinsip" yang kita mahukan. Prinsip yang dimaksudkan ialah prinsip yang kukuh kepada Islam dan tidak berganjak daripadanya. Sekiranya In-Team sudah mula beralih kepada berpegang dengan prinsip ini, maka kita sebagai pendengar sepatutnya memberikan sokongan kepada mereka.
Apa pula yang telah terjadi kepada Hijjaz? Well, bisnes mereka masih berjalan lancar.. Dengan anak-anak didik yang masih setia iaitu Mestica dan UNIC. :) Juga fan club yang besar yang sentiasa menyokong di belakang iaitu Ukhuwah.com. Cumanya nasihat saya kepada peminat-peminat Hijjaz dan mana-mana juga kumpulan nasyid, janganlah kita meminati satu-satu kumpulan, parti ataupun apa-apa sahaja firqah sehingga kita mengenepikan prinsip-prinsip Islam. Pastikan dari semasa ke semasa prinsip-prinsip Islam itu dijaga dan tetap dipegang teguh. Barulah kita menjadi peminat-peminat yang berprinsip dan tidak minat membabi buta. Ini supaya kalau orang yang kita minati itu masuk gaung, maka kita tidaklah turut sama masuk gaung. :)
Saya tidak mengatakan Hijjaz masuk gaung.. Tapi menurut pengamatan saya, Hijjaz sudah hampir-hampir masuk gaung. :) Kenapa saya berkata demikian? Sudah pasti saya tidak mengatakan apa yang tidak saya ketahui. Baru-baru ini saya menyaksikan sendiri bagaimana Hijjaz dan Ina Naim (bekas tunang Mawi) menyanyi bersama-sama di atas satu pentas dalam rancangan Zoom In. Reaksi pertama saya ialah.. "Hijjaz ke ni?" :) Kepada sahabat-sahabat yang faham, mungkin tak perlu diterangkan lagi kenapa saya merasakan penampilan Hijjaz dalam keadaan begitu adalah amat memalukan sekali buat satu kumpulan nasyid yang kedua terbesar di negara ini selepas Raihan.
Buat anda yang masih belum faham, biarlah saya utarakan satu dua perkara yang berkaitan untuk sama-sama kita fikirkan.
- Hijjaz menyanyi di atas pentas sekali dengan Ina Naim iaitu seorang muslimat. Logik ke kumpulan nasyid buat macam tu? huhu
- Hijjaz menaja Ina Naim untuk menjadi seorang artis nasyid yang mana Ina Naim ialah seorang perempuan yang mana sepatutnya Hijjaz tahu bahawa orang pompuan takleh menyanyi kerana suara mereka adalah aurat apatah lagi bila dilenggok-lenggokkan sebegitu.
- Hijjaz menaja Ina Naim seorang yang kontroversi apabila Mawi sendiri memutuskan pertunangannya dengan Ina. Ina pulak buat buku pasal kisah cinta dia dengan Mawi. Pendek kata Ina ni bermasalahlah.
Jadi saya ada beberapa persoalan buat Hijjaz. Adakah Hijjaz sudah mula fikirkan dunia semata-mata dengan mengambil Ina sebagai artis yang mana boleh melariskan jualan dan mendapat publisiti murahan memandangkan ada sejarah silam bersama Mawi? Adakah Hijjaz sudah mula lupa akan prinsip-prinsip Islam yang dilaungkan dalam lagu-lagunya? Di manakah Hijjaz yang dulu, yang sentiasa melaung-laungkan kalimah keinsafan kepada Allah swt?
Saya sebagai bekas peminat Hijjaz mengharapkan persoalan ini dapat dijawab oleh Hijjaz. Janganlah semata-mata kerana inginkan populariti kita mengenepikan persoalan prinsip dalam Islam. Janganlah membawa hiburan tanpa prinsip. Kerana ini akan membawa kita lebih jauh daripada Allah swt, bukannya mendekatkan kita kepadanya.
-Rintihan hati seorang peminat muzik nasyid tanahair. :)
5 comments:
Saya setuju sangat dgn idea saudara tu.... Dan berkongsi perasaan sama...sedih dan terkilan kump nasyid yang paling sy minati sejak zaman belajar di UIA.. hinggalah sy sendiri secara x sengaja terjumpa Munif di PKNS. Penampilan beliau kurang menyenangkan saya, lihat saja rambut panjangnya...Dan selepas itu, sy semakin hilang minat pd mereka...
Kenapa?Harapan sy tinggi, org2 spt merekalah yg sy rasa ada pengaruh untuk memenabgi hati remaja hari ini yang seolahnya telah keliru identiti bangsa dan agama mereka...Sy harap sgt mereka boleh beri contoh terbaik dan buat program2 yang boleh mendekatkan remaja kpd cara hidup mulia...Tapi, sekarang masih bolehkah lg sy mengharap???
Terkenang zaman Munif dlm The Zikr, Nada Murni...nampak tulus...
Kebimbangan saudara berasas, malah saya mula menjauhkan diri dari Hijjaz memandangkan secara zahirnya mereka seolah-olah mengejar dunia...benarkah begitu? Harap-harapnya taklah...tahniah kepada In-Team atas prinsip mereka yang tak mahu lagi menyanyikan lagu jiwang-jiwang...mudah-mudahan nasyid perjuangan kembali menjadi identiti penasyid-penasyid masa kini
HIBURAN: Menolak Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy (Bah. 1)
Seorang hamba Allah yang prihatin dengan kepentingan umat Islam memaparkan fatwa-fatwa orang-orang di atas. Sekiranya apa yang terpapar itu benar, kita berasa sangat sedih kerana fatwa-fatwa tersebut dengan sewenang-wenangnya menghukum berdosa kepada banyak umat Islam termasuklah para pendakwah yang terlibat dengan seni nyanyian dan muzik. Sekiranya tidak benar, maka bolehlah diabaikan saja ulasan di bawah nanti. Saya rasa terpanggil untuk menjelaskan kedudukan seni nyanyian dan muzik ini kerana saya dapati keputusan yang dikeluarkan oleh mereka jauh terseleweng. Kebetulan saya ada menjawab persoalan tentang hukum bermain gitar yang isis kandungannya selaras dengan isu ini. Maka saya sesuaikan artikel itu untuk menolak keputusan di atas.
Anda bandingkan keputusannya, kemudian jawab soalan ini:
Berdosakah orang yang menyanyi dan bermain alat muzik?
Berdosa (Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)
Tidak berdosa selagi tidak bercampur maksiat (pandangan saya)
ULAMA-ULAMA YANG MENGHARUSKAN PENGGUNAAN SEMUA JENIS ALAT MUZIK , APATAH LAGI NYANYIAN-NYANYIAN YANG BAIK:
(Secara langsung atau tidak langsung)
Hujjatul Islam Imam al-Ghazali Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Dr. Abdul Karim Zaidan Abdullah bin Zubair
Abdullah bin Umar Imam asy-Syaukani
al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi Ibnu Hazm
Dr. Mohammad Imarah Dr. Kaukab ‘Amir
Ibn Tahir Al-Qaisarani Abdul Ghani An-Nablusi
Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi Asy-Syafie Al-Imam Mohd. Asy-Syazili At-Tunisi.
Al Adiib Abu 'Umar Al Andalusi Abdullah bin Ja'far
Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat Ustaz Abdul Hadi Awang
Al Mawardi Muawiyah
Amru al-Ass Imam Malik
Ibnu Tahir Imam al-Haramain
Ulama-ulama Madinah Ulama-ulama Zahiri
Disokong oleh:
Wan Muhammad Wan Sulong, Yarmouk University, Irbid, Jordan,
Fakultas Ushuluddin IAIN Walisongo, d/a LPK2 (Lembaga Pengembangan Keagamaan dan Kemasyarakatan) dan Lembkota Jl. Boja Km 1, Ngalian Semarang, Indonesia.
Ustaz Akil Hayy Rawa
Dr. Mohammad Deen
Fatwa Negeri Kedah
*BERIKUT ADALAH HUJAH-HUJAH PARA ULAMA DI ATAS:
HUJJATUL ISLAM IMAM AL-GHAZALI
Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung.
Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa.
(Hj. Abd. Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Dr. Engku Ismail Ibrahim, "Seni Dalam Islam", Intel Multimedia & Publication, P.J, 2001, hal. 34-39.)
*Kesimpulan- Menurut Imam Ghazali, semua alat muzik boleh digunakan asalkan ia tidak melibatkan perkara-perkara maksiat.
Al-Imam Hujjatul Islam, Abu Hamid Al-Ghazali telah membincangkan permasalahan hukum nyanyian dan muzik dengan panjang lebar dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin dalam juzuk yang kelapan bahagian Al-Adat. Al-Ghazali di dalam perbincangannya telah membahaskan hukum muzik dan alatnya daripada pelbagai sudut sebelum mengeluarkan pandangannya. Beliau tidak hanya berpegang dengan zahir nas malah cuba menggali di sebalik nas, sebab dan ‘illah diharamkan beberapa alat muzik sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi SAW dalam hadith-hadith Baginda. Ini bertitik tolak daripada pegangan beliau bahawa nyanyian dan muzik adalah kelazatan-kelazatan dunia yang asalnya adalah halal dan harus.
Al-Ghazali menegaskan sebab pengharaman alatan yang dipetik (seperti gitar) dan ditiup (seperti serunai) sebagaimana yang disebut dalam hadith Nabi SAW bukan kerana alatan tersebut menimbulkan kelazatan kepada pendengar. Sekiranya demikian sudah tentulah diharamkan semua jenis suara atau irama yang membangkitkan kelazatan kepada pendengar. Kerongkong manusia, gendang, rebana kecil (duf) dan binatang-binatang seperti burung mempunyai potensi untuk menghasilkan irama-irama merdu yang mampu membangkitkan kelazatan di dalam sudut hati pendengar. Walau bagaimanapun Islam tidak mengharamkan suara-suara tersebut.
Oleh itu Al-Ghazali menyatakan sebab pengharaman alatan yang disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW adalah kerana alatan-alatan tersebut biasa digunakan oleh ahli-ahli fasiq, maksiat dan peminum-peminum arak dan menjadi syiar mereka.
Begitulah pandangan Imam Al-Ghazali tentang hukum penggunaan alat-alat muzik. Beliau melihat di sana wujudnya sebab diharamkan alat-alat yang disebut pengharamannya melalui lisan Nabi SAW. Sekiranya hilang (gugur) sebab tersebut sudah tentulah gugur hukum pengharamannya. Bagi beliau semua perkara yang baik (At-Thayyibat) adalah halal melainkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kerosakan.
*Kesimpulan- Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin mengharuskan semua jenis alat muzik termasuklah yang dipetik seperti gitar dan yang ditiup/ berlubang seperti serunai, apatah lagi gendering.
Sebahagian yang lain pula seperti Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab Amir ’mempunyai pandangan yang sama dengan Al-Ghazali. Mereka menyatakan pengharaman alat-alat yang disebut di dalam nas-nas hadith adalah kerana ia merupakan syiar ahli fasiq dan maksiat. Pada pandangan mereka muzik tidak haram dari sudut irama atau bunyinya. Tetapi yang menjadikannya haram ialah unsur-unsur luaran yang lain iaitu ia adalah alatan yang biasa digunakan di dalam majlis-majlis dan tujuan-tujuan yang bertentangan dengan batas syara’. Justeru itu alat-alat tersebut tunduk kepada perubahan tempat dan masa. Penggunaan alat-alat ini juga mestilah berlegar dala lingkungan yang dibenarkan oleh syara’.
(Al-Mufassal oleh Dr Abdul Karim Zaidan juzuk 4 ms 96)
*Kesimpulan- Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab Amir juga sependapat dengan Al Ghazali.
assalamualaikum.byk ilmu mahupun pengetahuan yg saya dpt kat sini. alhamdulillah.sebelum ni ingat alat muzik yg dipetik(bertali)dan ditiup adalah haram,berdasarkan hadith yg saya belajar di sekolah.harap blh diupdate lagi dan penuh ilmu berguna
Untuk perjuangan memang Blog Anda serupa blog saya.Saya pun hendak pemerintah sikap adil sama rakyat,tapi negara saya pemerintah dholim,banyak rakyat sengsara.Saya dari Indonesia salam kenal tuk Anda dari saya ( www.aspirasirakyat.com )
Post a Comment