Pages

Wednesday, January 11, 2006


Matahari terbenam... Posted by Picasa


PENAWAR RACUN DUNIA

Assalamualaikum wbt...

Sungguh lama aku tak update blog ni kan. Minta maaf kepada peminat setia yang menanti2kan karya terbaru.

Aku agak sibuk dengan macam2 hal. So memang takleh nak tulis. Tapi insyaAllah kali ni, aku nak tulis sesuatu mengenai dunia dan akhirat. Tapi tak panjang lah, sekadar nak berkongsi idea. :)

Dunia ni memang sementara. Dunia ni permainan dan dunia ni adalah bayangan sahaja.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran :

Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal. : SurahGhaffir @ Mukmin ayat 39.

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). : Surah Muhammad ayat 36.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Surah Al-Hadiid ayat 20

Dan Rasulullah SAW pernah bersabda :

Demi Allah, dunia ini dibanding akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut; air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia” (dari Al-Mustaurid ibn Syaddad r.a, Hadits Riwayat Muslim).

Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW berjalan melewati pasar sementara orang-orang berjalan di kanan kiri beliau. Beliau melewati seekor anak kambing yang telinganya kecil dan sudah menjadi bangkai. Beliau lalu mengangkatnya dan memegang telinganya, seraya bersabda : “Siapa diantara kalian yang mau membeli ini dengan satu dirham (saja)?”. Mereka menjawab, “Kami tidak mau membelinya dengan apapun. Apa yang kami bisa perbuat dengannya?” Kemudian beliau SAW bertanya, “Apakah kamu suka ia menjadi milikmu?”. Mereka menjawab, “Demi Allah, seandainya ia hidup ia adalah aib (cacat), ia bertelinga kecil, apalagi setelah ia menjadi bangkai?”. Maka beliau SAW bersabda, “Demi Allah, dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai ini dalam pandangan kalian.” (HR Muslim).

Dunia juga tidak bernilai malah sebesar kepak nyamuk.

Sahal Ibn Sa’ad as-Sa’idi ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Seandainya dunia itu ada nilainya disisi Allah bahkan seberat sayap nyamuk sekalipun, tentu Dia tidak akan sudi memberi minum pada orang kafir meskipun seteguk air.” (HR Tirmidzi, shahih).

Maksudnya ialah, dunia ini memang tidak ada nilai langsung di sisi Allah. Kerana itulah, Allah memberikan makan minum dan pakaian kepada orang2 kafir. Memberikan kekayaan kepada mereka, malah lebih banyak dan lebih mewah daripada yang Allah berikan kepada orang2 soleh. Kerana dunia ini tiada nilai langsung di sisi Allah walaupun sebesar kepak nyamuk. :)

Namun begitu, dunia juga adalah sumber kebaikan bagi orang2 soleh. Dunia adalah jambatan menuju ke akhirat. Dunia adalah ladang untuk kita bercucuk tanam dan menuai hasilnya di akhirat. Siapa yang banyak bercucuk tanam, maka dialah yang akan puas menikmati hasilnya di akhirat nanti.

Rasulullah SAW bersabda: “Dunia ini adalah ladang untuk bercucuk tanam (tempat melakukan amal ibadah dan amal kebajikan) yang hasilnya dituai di akhirat kelak.”

Tapi kita harus ingat, betapa pentingnya untuk menyeimbangkan antara hidup dunia dan akhirat. Dunia harus kita usahakan untuk menyara kehidupan, isteri, anak bini dll. Cumanya jangan kita jadikan dunia itu perkara yang terpenting dan matlamat hidup kita. Sedangkan matlamat sebenar hidup kita adalah untuk mencari redha Allah. Matlamat kita ialah untuk bahagia di akhirat kelak.

Allah berfirman, ''Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedangkan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka, apakah kamu tidak memahaminya? Maka, apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (surga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi, kemudian dia pada hari kiamat termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam neraka)?'' (QS 28: 60-61).

Hari ini ramai manusia yang terleka dengan dunia (harta benda, pangkat dll. benda yang sementara). Sedangkan dunia itu sangat sementara. Dikatakan bahawa satu hari di akhirat kelak bersamaan dengan 1000 tahun dunia. Itu baru satu hari, belum 1 tahun akhirat. Cuba kita buat kira2. Katakan kita hidup di dunia dalam lingkungan 70 tahun. So 24 jam = 1000 tahun. m = 70 tahun. So m = (24 jam x 70) /1000 = 1.68 jam sahaja. Saya rasa betul kiraan ni. Kalau salah betulkan ye. :) Hidup di dunia hanyalah umpama 1.68 jam sahaja di akhirat kelak. MasyaAllah. Begitu lama sekali kehidupan di akhirat kerana hidup di akhirat selama2nya.

Manusia leka dengan dunia yang kecil dan lupa akan akhirat yang besar. Kenapa ini berlaku? Kerana dunia sudah menutupi pandangan mereka. Cuba sahabat2 bayangkan sekiranya kita memegang sehelai kertas di depan mata kita dan di depan badan kita ada satu papan tanda yang besar. Sudah pasti papan tanda tersebut tidak kelihatan kerana kertas tersebut telah menutup pandangan kita. Begitulah perumpamaan kehidupan dunia yang diutamakan dengan kehidupan akhirat yang dilupakan. Semoga kita dapat ambil iktibar dan muhasabah diri kita. :)

Dunia penting juga, tetapi akhirat perlu diutamakan. Junjunglah akhirat di atas kepala, dan peganglah dunia di tangan kita. Apabila akhirat terasa hendak jatuh, lepaskan dunia dan support akhirat dengan kedua belah tangan kita. Bukan yang sebaliknya. :) Semoga sahabat2 dapat fikirkan analogi itu dan sama2 kita ambil iktibar daripadanya.

Mungkin kita leh sambung lagi nanti. :) Setakat ini itu sahaja dulu.

Kalau boleh, cariklah nasyid di bawah, dan renung-renungkan liriknya. :)

" Ya Allah, janganlah Kau jadikan dunia ini, kebesaran di dalam hati kami" Amiin.

Sekian. Wassalam

Penawar Racun Dunia

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Desiran bayu yang lembut damai di hati
Kicauan burung di sana riang sekali
Suara ombak menggamit detik naluri
Gemilang kudrat Ilahi

Di sini-sana ternyata gema suara
Tangisan sayu manusia mangsa manusia
Terbuang budi terdorong desakan hati
Saudara korban duniawi

Manusia tiada aman dari kemelut ini
Di dada terus bersarang sikap pentingkan diri
Kuasa, harta dan nama hebat merasuk hati
Kerugian sendiri

Dunia umpama unta tua yang kehausan
Semakin tiada tempat untuk kasih dan sayang
Kerana sudah terlupa pada pesanan Tuhan
Terpesong tujuan

Nafsu jadi raja merosak dunia
Tak kan datang sinar bahagia
Moga jadi bukti bersama kembali
Cahaya pada Ilahi

Sedetik lalu saat pun silih berganti
Tak kan berulang sejarah masa yang pergi
Usah dibuang di sini hanya sekali
Mulakan diri sendiri

Iman di dada amalan dengan bertaqwa
Bantuan Tuhan menjadi syarat berjaya
Seiring jalan hargai nilai saudara
Penawar racun dunia

Lagu : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)
Lirik : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)
Susunan Muzik : Kamal Halim
Penerbit : Kamal Halim
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

1 comments:

zubin said...

Saudara, salam shawal dari Malaysia, di Jepun macamana cuaca, kat Malaysia, di negara dunia ketiga ni jerebu, ekonomi pun sama. Rasanya, waktu ni kat Malaysia, semuanya nak hidup je, yang tentunya perlu wang, hakikatnya semua grup nasyid ni hanyalah palsu semata-mata dan hidup dalam kepura-puraan, demi kerana niche marketing mereka kerana mencari identiti di dalam pasaran Malaysia yang kecil tapi semakin membesar, tapi pasaran Islam yang besar di Indonesia. Apapun elok juga nyanyi lagu kebesaran tuhan, tapi mengundang Ina Naim adalah suatu kepalsuan semata-mata dan menangguk ikan di air keruh! nak untung dek, barang tengah panas, apa panasnya pun tak tahu!