Pages

Wednesday, September 28, 2005

Menerajui Tampuk Pemerintahan??



Kenapa Blur?? Posted by Picasa


Assalamualaikum wbt sahabat2 yang dikasihi kerana Allah.. :)

Aku mendoakan semoga sahabat2 semua sentiasa dalam lindungan hidayah, rahmat dan keberkatan dari Allah swt.. :)

Sekarang ni sedang hangat di kalangan mahasiswa2 di Malaysia memperkatakan tentang PilihanRaya Kampus.. Tempat di mana kita hendak memilih pemimpin2 yang bakal menerajui tampuk pimpinan Kampus2 Universiti di Malaysia.. Ini sememangnya dinanti2kan oleh mahasiswa2 di universiti samada yang mengambil berat akan hak asasi dan kebajikan mahasiswa, berniat untuk menentukan hala tuju mahasiswa supaya lebih baik dan bermoral.. ataupun bagi mereka2 yang menganggap tampuk pimpinan adalah sebagai satu platform utk menonjolkan diri atau dalam erti kata yg lebih mudah.. untuk mencari kepentingan diri sendiri..

Aku memandang perkara ini sebagai satu fenomena biasa dalam hidup kita pada masa kini... Memang tidak dinafikan, memilih pimpinan ataupun pemerintah yang baik itu adalah sangat penting.. Kerana mereka bakal menentukan hala tuju hidup kita di masa akan datang.. Tetapi kadang2 ianya dipenuhi dengan emosi dan hawa nafsu.. sehinggakan benda yang sepatutnya baik, telah menjadi satu benda yang tidak baik..

Sebab itu telah diwujudkan suatu sistem.. Agar semua yang berlaku tetap menjadi adil dan saksama.. Tetapi walaubagaimana kukuh dan teguhnya sistem yang telah diwujudkan, tetap akan berlaku kepincangan sekiranya semua orang masih dibelenggu oleh hawa nafsu..

Banyak kemungkinan dan berbagai cara untuk memastikan matlamatnya berjaya dicapai.. Boleh jadi orang yang menjadi calon diugut, dengan ugutan2 yg membawa kepada terkorbannya jiwa orang2 yang tersayang.. Boleh jadi calon2 dirasuah untuk tidak bertanding dan sebagainya.. Ini adalah contoh2 yang di luar kawalan sistem yang telah diwujudkan.. Tetapi sistem juga boleh dimanipulasi sesuka hati sekiranya kuasa ada di tangan.. Kenapa ini boleh terjadi?? Semuanya adalah apabila nafsu telah menguasai diri..

Mungkin kita biasa melihat contoh2 di atas berlaku di negara2 orang ataupun di dalam filem2.. Tetapi sahabat2.. tidak mustahil ia juga berlaku di negara kita sendiri.. Kita perlu ada kesedaran politik.. Rakyat Malaysia dikatakan antara rakyat yang mempunyai kesedaran politik yang rendah..

Kita kena ubah kenyataan di atas, dan meningkatkan kesedaran politik kita.. Agar kita tidak diperbodoh2kan oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab.. Sehingga menyebabkan masa depan kita, anak2 kita, keluarga kita dalam kemudharatan dan terancam.. Kalau berlaku sedemikian.. kita juga bertanggungjawab.. Kerana kita tidak memilih pemimpin yg sebaiknya.. Sedarlah!! Buka mata, buka telinga, dan buka mulut.. Pastikan kebebasan berpolitik ada di tangan kita.. kerana itu adalah hak kita sebagai rakyat..

Aku tak nak kata orang.. Kerana boleh jadi aku pun sama saja.. Tetapi aku mintak perlindungan Allah.. agar aku tidak akan dikontrol oleh hawa nafsu yang menggila.. Aku pelik kenapa manusia begitu gilakan kuasa.. Sedangkan kekuasaan itulah yang akan menjadikan kita miskin di akhirat kelak kalau tidak kena caranya.. Seorang pemimpin akan disoal terhadap apa yang dia pimpinkan.. Andai kata ia tidak berlaku adil dan saksama.. maka terimalah azab Allah yang sangat pedih..

Kerana itulah Umar Bin Abdul Aziz, seorang khalifah agung tidak mahu menerima taklifan orang ramai supaya dia menjadi Khalifah.. Begitu dia menangis beberapa hari atas pemilihan tersebut.. Tetapi akhirnya diterimanya juga jawatan tersebut.. Dan dia benar2 melaksanakan pemerintahan dengan penuh rasa takut kepada Allah.. kerana bimbang dia akan disoal di akhirat kelak..

Dalam tempoh pimpinan, dia menjalankan pemerintahan dengan penuh taqwa kepada Allah swt.. Pernah suatu hari, anaknya datang kepadanya ketika dia sedang melakukan tugas2 negara.. Dia bertanya dahulu kepada anaknya.. "Kamu datang ini untuk berbincang urusan keluarga atau urusan negara?" Anaknya menjawab " Urusan keluarga ".. Maka dipadamnya lilin milik kerajaan, lalu dinyalakan lilin miliknya sendiri.. Inilah dia ketaqwaan yang ditunjukkan oleh beliau yang seharusnya kita semua contohi..

Dalam tempoh beliau menjadi pemimpin, negara menjadi aman damai dan mewah dengan rezeki.. Sehinggakan tidak ada orang yang layak untuk menerima zakat.. Orang mencari2 orang miskin yang layak utk menerima zakat.. Tetapi tiada seorang pun yang dijumpai.. Yang dijumpai hanyalah orang2 yang hendak memberi zakat.. Begitulah keberkatan yang dikurniakan oleh Allah kerana kepimpinan yang adil dan saksama hasil dari ketaqwaan kepada Allah swt..

Tapi kita hari ini?? Gilakan pangkat dan kuasa kerana pada sangkaan kita, itulah kemuliaan.. itulah sumber kekayaan.. Kerana apa?? Kerana hawa nafsu telah menguasai diri.. juga kerana syaitan sentiasa mengipas.. Sehinggalah terdorong untuk melakukan apa saja.. asalkan berjaya menguasai pemerintahan.. Nauzubillahi min zalik..

Takutlah sahabat2.. Takutlah akan azab Allah yang sangat pedih...

Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah.. dan dikurniakan kekuatan.. untuk sentiasa bertaubat kepadaNya..

Wassalam..

Sunday, September 25, 2005

Aku Tanpa Cinta-MU..


Afrina Batrisya.. We called her Nana.. :) My eldest sister's baby.. Posted by Picasa


Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi fillah.. :)

Maafkan hamba di atas kelemahan hamba yang semakin lama semakin berkurangan posting di sini.. Apa yang hamba harapkan ialah doa daripada sahabat2 sekalian, agar hamba tidak lemah dan malas untuk menulis lagi di sini.. :) Dan hamba juga mendoakan agar sahabat2 semua dikurniakan keberkatan dalam hidup serta rahmat yang melimpah ruah daripada Allah swt..

Sepurnama hamba di Malaysia, hamba semakin mengenali diri hamba.. Serba kekurangan.. :( Tapi Alhamdulillah.. Allah telah memudahkan segala-galanya... Cuma yang perlu hamba lakukan sekarang ialah bertaubat di atas dosa-dosa hamba yang silam.. Kerana apa? Kerana Allah begitu mengasihi hamba yang lemah ini. Sekalipun berkali2 hamba melakukan kesilapan, tetapi Allah tetap tidak mengenepikan hamba. Allah terus menerus memberikan hamba keberkatan dan rahmat serta kasih sayangnya. :( Alangkah malunya hamba kepada Allah.

Cuba sahabat2 semua bayangkan, kita selalu berbuat buruk kepada seseorang itu, tetapi dia terus membalas kita dengan kebaikan.. Bukankah lambat laun pasti kita akan merasa bersalah dan merasakan betapa bodohnya diri ini kerana melakukan perbuatan2 yang tak sepatutnya kepada dia.. Begitulah yang hamba rasakan sekarang.. Dan sering hamba menangis di atas dosa-dosa yang sering hamba lakukan.. Ampunkan aku ya Allah..............

:) Alangkah bahagianya bila sudah mendapat keampunan Allah.. Kita merasa yakin dan cuba utk terus berusaha meneruskan hidup ini.. Kerana kita akan terus merasakan Allah bersama kita.. :) Kepada sahabat2 di luar sana.. harapan hamba ialah, marilah sama2 kita bertaubat kepada Allah swt.. Kerana mati itu tidak tahu bila akan mendatangi kita.. Adakah kita sudah bersedia dengan bekalan2 yang sepatutnya kita bawa ke alam sana?? Adakah kita sudah memohon keampunan Allah ke atas segala dosa-dosa kita?? Kerana mati itu adalah penyudah kepada segala2nya.. Ditutup pintu taubat.. Tiada lagi peluang untuk beramal.. Juga terputuslah kita dengan dunia dan segala2 isi2nya..

Harta yang telah kita kumpulkan selama ini akan kita tinggalkan.. Saudara mara.. Sahabat handai.. Ibu ayah.. anak2.. semuanyaa... Akan kita tinggalkan.. Maka bersendirianlah kita di alam kubur yang gelap dan sunyi sepi.. Kita akan berhadapan dengan malaikat bersendirian.. Adakah kita bersedia?

Jadi marilah kita sama2 berfikir dan menginsafi segala dosa2 kita yang silam.. Ramadhan pun semakin hampir.. Sediakanlah diri utk Ramadhan.. Bukannya bila masuk Ramadhan baru nak bertaubat.. :) Biarlah kita bertaubat sekarang agar bila Ramadhan tiba, kita bersih dari dosa2 dan hanya perlu memungut segala pahala2 yang berganda2 dengan melakukan amalan2 yg baik di dalam bulan Ramadhan.. Andainya bila Ramadhan tiba baru kita nak bertaubat, maka kita tidak akan sempat utk mengutip pahala2 Ramadhan dengan semaksima mungkin.. :) Semoga kita semua beroleh rahmat, keampunan dan keberkatan di dalam hidup kita sehingga ke akhir hayat.. Amiin.. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penerima Taubat..

Dalam diam, ada sahabat kita yang sudah bernikah.. :) MasyaAllah.. Sungguh tak ku sangka.. Pernikahan dijalankan dengan penuh sederhana.. Tetapi masih mengikut sunnah2 Rasulullah.. Bercinta selepas kahwin.. Dating juga lepas kahwin.. Juga tetap teguh dan istiqamah dengan amalan2.. MasyaAllah.. Bila mendengar berita tersebut.. bermacam2 perasaan bercampur baur dalam hati ini.. Adakalanya rasa gembira dan bangga dengan pernikahan tersebut.. Tetapi adakalanya rasa sedih, rasa jeles pun ada..

Sebab apa?? Sebab aku tidak sepertinya.. Banyak kelemahan dan kekurangan diri ini dalam menjaga amalan2 dan sunnah Rasulullah.. Juga kerana diri ini belum berkahwin.. Juga kerana perhubungan yang halal selepas berkahwin.. Bahkan mendapat pahala lagi.. huhu.. Juga kerana pahala2 yang berganda dalam ibadah2 selepas kahwin.. Oh.. Alangkah indahnya..

Tapi tak mengapa.. Selagi nyawa belum sampai ke halkum.. Masih ada peluang untuk aku merasai keseronokan berkahwin.. InsyaAllah.. Doakan hamba yang lemah ini wahai sahabat2ku.. Agar aku dipermudahkan segala urusan untuk bernikah.. :) Juga agar dikurniakan zaujah yang solehah.. Amiin..

Sebagai penutup.. Aku ingin berkongsi dengan sahabat2 sebuah lagu yang begitu menyentuh hatiku.. Semoga lagu ini juga dapat membawa sahabat2 semua menginsafi diri.... :) Sekian. Wassalam..

Aku Tanpa Cinta-Mu.. - Mirwana

Telahku mungkiri..
Janjiku lagi..
Walau seribu kali..
Ku ulang sendiri,
Aku takkan tempuh lagi...

Apakah Kau terima..
Cintaku lagi..
Setelahku berpaling..
Dari pandanganMu,
Yang kabur kerna jahilnya aku....

Mengapa cintaMu tak pernah hadir..
Subur dalam jiwaku..
Agarku tetap bahagia...
Tanpa cintaku..
Tetaplah Kau di sana..
Aku tanpa cintaMu..
Bagai layang-layang terputus talinya..

Kasih dariMu ku dambakan...
Oh Tuhanku..

Masihkah ada sekelumit belas..
Mengemis kasihMu Tuhan..
Untukku berpaut dan bersandar..
Aku di sini..
Kan tetap terus mencuba..
Untuk beroleh cintaMu..
Walau ranjaunya menusuk pedih..