
Perjalanan masih jauh...
Assalamualaikum wbt.. Apa khabar sahabat2 semua.. :) Semoga sihat walafiat hendaknya..
Kesekian kalinya aku menulis di sini.. Walaupun semakin hari semakin menyepi laman yang dhoif ini daripada suara2 aku.. tapi masih ramai yg mengunjungi dengan harapan aku menulis sesuatu.. Maafkan aku kerana kelemahan diri ini. Entah ke mana menghilang aku yang dulu.. rajin menulis sesuatu yang bermanfaat buat semua.. Aku yang sekarang, sudah semakin malas nak menyuarakan sesuatu.. Aduhai.. Kenapalah aku jadi begini.. adakah kerana bibit2 cinta dunia sudah semakin subur dalam hati aku?? Oh.. Aku memohon perlindungan drpd Allah swt daripada perkara2 yang menjadikan aku semakin jauh dari jalan perjuangan.. Amiin ya rob..
Sesungguhnya diri ini hanyalah manusia biasa.. yang tidak lari daripada kesilapan dan dosa-dosa.. Aku akui.. aku yang dulu bukanlah seperti sekarang.. Walaupun aku yang sekarang masih banyak punyai kekurangan.. tapi aku akui.. aku yang dahulu jauh lebih teruk.. Syukur ke hadrat Allah yang memberikan hidayahNya yang tidak ternilai harganya kepada aku, hambaNya yang kerdil lagi hina ini.. Aku mula kenal apa itu Islam yang sebenar, setelah melalui beberapa cabang dan jalan2 yang berbeza.. Terkadang aku ikut membuta tuli.. Terkadang aku fikir2 dan tapis2 kan..
Tapi memang benar, Ilmu dan Amal adalah dua perkara yang berbeza walaupun saling berkait rapat.. Dan kedua2nya jika digabungkan akan menghasilkan keimanan kepada Allah swt.. Orang yang membawa kedua2nya akan digelar orang yang beriman.. Keduanya tidak boleh dipisahkan. Sekiranya dipisahkan.. akan berlakulah kepincangan.. Ilmu tanpa amal takkan dapat membawa kepada keimanan yang sebenar kepada Allah swt.. Seorang yang berilmu digelar Ulama'.. Orang ramai akan memandang tinggi kepadanya kerana ilmu yang ada padanya. Sekiranya dia tidak beramal.. ia akan merosakkan orang lain di sekelilingnya.. Orang akan meniru segala perbuatannya kerana disangkakan ia adalah dari agama padahal ia bukan dari agama..
Begitu juga seorang yang beramal tanpa ilmu.. Orang yang banyak beramal dipanggil 'Abid.. Orang akan melihat mereka sebagai golongan yang rapat dengan Allah swt.. Dan segala perbuatannya juga akan ditiru dan dicontohi.. walaupun ada daripadanya bukan daripada agama.. kerana kelihatan seolah-olah semua perbuatannya adalah benar... Nau'zubillah..
Sememangnya sukar apabila sudah berilmu.. Ilmu itu akan dipertanggungjawabkan kepada kita.. Akan disoal di hari akhirat kelak.. Adakah kita sudah beramal dengan ilmu kita... Aku ni kadang-kadang.. banyak bercakap soal agama.. tapi kadang-kadang ada juga yang aku tidak lakukan.. Kalau teringat akan firman Allah dalam Surah As-Sof ayat 3.. kecut perut juga jadinya.. Tapi apakan daya, diri ini kadang-kadang alpa dan leka..
Kadang-kadang sesuatu dosa itu sudah menjadi darah daging kita.. Sehinggakan terasa sangat susah untuk kita hindari.. Kadang-kadang kita menyesal yg amat sekiranya terlanjur melakukannya.. Tapi setelah masa berlalu, kita kembali melakukannya.. Mungkin pernah sahabat2 mengalami pengalaman yang sama.. Nasihat aku, janganlah putus asa dengan rahmat Allah.. Allah Maha Penerima Taubat hamba2nya..
Cuma kita perlu pastikan.. setiap kali kita bertaubat.. taubat itu memenuhi ciri-ciri taubatun nasuha.. Bukan sekadar dengan mengucapkan istighfar atau solat sunat taubat.. Ciri2nya ada 3 ; Pertama, menyesal, ke-2 berhenti, ke-3 berazam untuk tidak mengulanginya.. Sekiranya benar2 sudah memenuhi 3 ciri ini.. yakinlah.. Allah akan menerima taubat tersebut.. Tapi sekiranya kita mengulanginya semula.. jgnlah berasa kecewa dan putus asa atas kelemahan kita.. Janganlah kita merasakan Allah sudah membenci kita.. Subahanallah.. Maha Suci Allah darinya.. Allah Maha Pengasih kepada hambaNya.. Lebih kasih daripada kasihnya seorang ibu kepada bayinya yang baru lahir..
Kadang2 perkara itu tidak dapat dielakkan.. Kerana sememangnya kita manusia.. tidak terlepas dari melakukan kesilapan sekalipun sudah bertaubat.. Teruslah bertaubat lagi.. Maka Allah akan terus menerima taubat kita.. sehinggalah kita merasa bosan, ataupun sehingga tertutupnya pintu taubat buat kita, iaitu tibanya ajal.. Beruntunglah bagi mereka yang sempat bertaubat sebelum maut tiba..
Nak seribu daya, taknak seribu dalih.. Kata2 ni biasa kita dengar zaman2 sekolah dulu.. Samada buat tajuk karangan.. ataupun daripada peribahasa Melayu.. :D Dan kata2 ni pernah memberikan impak yg sangat mendalam kepada aku.. :) Kali ni aku nak kongsi dengan sahabat2 semua kata-kata ni.. Kalau betul kita kata kita nak berubah.. pastikan segala tindak tanduk perbuatan kita betul2 memenuhinya.. Sebab kalau kita nak.. maka dengan seribu daya kita usahakan.. Tapi kalau kita taknak berubah.. maka ada sajalah alasannya.. Di mulut kata nak.. tapi buktinya tiada.. ada saja dalihnya.. :) Hm.. tak perlu hurai panjang2.. masing2 boleh fikir sendiri kan.. :) InsyaAllah..
Nasihat utk diri sendiri jugak.. Semoga sentiasa istiqamah dalam mengislahkan diri.. Huhu.. Panjang jugak kali ni.. Aku kalau boleh nak tulis pendek2.. sbb ada yg kata panjang kan.. huhu.. Takpelah.. lain kali aku cuba lg.. :)
Tumpangkan nama aku dalam doa sahabat2 semua.. :)
Wassalam..
0 comments:
Post a Comment