PINTU MASUK SYAITAN KE DALAM HATI
Assalamualaikum wbt..
:) Terima kasih kepada ST yang sudi memberitahu keadaan sebenar.. Kalau benar itulah yang berlaku.. Tak mengapalah.. Tapi harapnya.. lepas2 ni.. tak berlaku dah perkara sebegini.. Harapan orang tua bila anak2 dah ke luar negara sangat besar.. Terpaksa berjauhan dengan keluarga.. Tambah lagi bagi mak ayah yang sudah uzur dan mempunyai adik2 yang ramai.. Jadi kalau berlaku benda2 camni.. alangkah hampanya orang2 tua..
Tapi masih boleh dipersoalkan di sini ialah.. masalah yang sama tetap timbul.. iaitu MMC meragui bahasa.. Huhu.. Kenapa tak chek dulu sebelum hantar? Aii.. penin palo.. Dulu Jepun.. sekarang Ukraine.. Tapi seb baik nasib pelajar2 tu terbela.. Kalau tidak memang tak patutlah..
Okehlah.. harap2 nya kes ni dah setel.. dan diminta supaya MMC dan JPA tidak melakukan kesilapan yang sama di masa akan datang.. Jangan sewenang2nya menggunakan pelajar2 kita sebagai bahan eksperimen sesuka hati.. Semoga ini menjadi pengajaran yang berguna buat mereka..
Sebagai peringatan bersama.. Mari kita bersihkan hati kita dengan melatih diri mengamalkan perkara2 di bawah ni..
Seorang yg soleh berkata.. "Syaitan masuk ke dalam hati manusia melalui sepuluh pintu :
1. Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan menaruh kepercayaan adn berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.
2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.
3. Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.
4. Kagum pada diri sendiri (ujub), lantas aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.
5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.
6. Hasad, lantas aku menghadapinya dengan sifat Qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhlukNya.
7. Riya' dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.
8. Bakhil, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di sisi Allah itu akan kekal.
9. Takabbur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawaddhuk.
10. Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia. "
Semoga Allah permudahkan kita untuk mempertahankan hati daripada gangguan syaitan.
Wallahualam.. Wassalam..
0 comments:
Post a Comment