
Manusia berpusu-pusu dengan haluan tersendiri.. - Ikebukuro Station

Assalamualaikum wbt.. :)
Apa khabar sahabat2 semua. Sehat kah? :D Aku doakan agar sahabat2 semua sihat walafiat di dalam keberkatan dan kebahagiaan hidup dalam redha Allah selalu.. :) Walaupun ada sedikit ranjau duri dan dugaan2.. tapi yakinlah itu semua adalah bukti kasih sayang Allah kepada kita.. Sebagai satu ujian kepada kita orang2 beriman.. :) Jadi jgnlah berduka cita kalau ditimpa ujian.. Kerana org beriman akan sentiasa redha dengan ketentuan Allah swt..
Hari ni hari Jumaat.. Satu persoalan timbul dalam kepala otak aku.. korang pernah terfikir tak.. macamana la org2 bukan Islam.. tak kira la nihonjin ke omputih ke, org cina ke menghadapi hari Jumaat yang mulia ni.. :) Heheh.. Ye la.. sbb bagi kita org Islam hari Jumaat hari yang mulia.. hari kita pegi solat jumaat.. hari kita rehat lama sikit tengahari.. hari beribadat.. hari makan best2.. hari makan pisang emas free.. (klu kat msia la.. hehe).. :) tapi bagi diorang.. hari Jumaat tak ubah macam hari biasa yang lain.. Hehe.. ni pendapat aku la.. kalau korang rasa salah bgtau la.. Sebabnya ialah.. diorg tak pegi semayang jumaat.. keja cam biasa.. rehat tengahari cam biasa.. makan cam biasa.. takde benda yang berbeza.. :) So mmg tak best la kan.. Alhamdulillah kita jadi org Islam.. leh rasakan kelainan tu.. Tak gitu??
So rugilah bagi mereka yang Islam tapi tak merasakan kebesaran hari Jumaat.. Hari untuk mintak ampun kat Tuhan.. hari pegi solat jumaat dengar khutbah.. :) kan.. Sama je.. tak ubah macam orang2 bukan Islam.. Padahal sepatutnya kita kena hargai nikmat hari Jumaat tu.. Merasai perbezaan yang Allah telah berikan kepada kita.. Tapi kita yang menolak.. Hm tu lah.. nak sangat ikut cara orang kapir tu.. amiklah.. kat dunia lagi dah rasakan kerugian.. padan muka.. huhuhu.. Orang Jepun hanya tahu kerja carik duit.. dan enjoy habiskan duit.. Berpusu2 mengejar dunia.. Kalau kita tengok kat Ikebukuro Station dlm gambar kat atas tu.. leh pening kepala.. Sebab ramai sangat orang.. huhu.. hm.. Kalau kita ikut cara diorg.. maka rugilah kita.. Tak mendapatkan satu lagi jenis kebahagiaan yang paling penting sekali.. iaitu redho Allah kepada hamba2Nya.. alangkah ruginya.. Bukan sahaja di dunia.. Malah rugi yang lebih besar iaitu di Akhirat sana.. Nauzubillahi min zaalik..
Dan paling takut sekali.. orang2 yang dah tak mau mengaku terus akan keEsaan Allah.. nak ikut agama orang kafir tu.. menafikan Allah dari segi Tauhid UluhiyyahNya.. ikut agama orang lain.. Kafir dan murtad terus daripada Islam.. Sungguh malang sekali bagi mereka yang ditarik hidayah daripada hati2 mereka.. dibalikkan hati mereka dari jalan kebenaran.. dari Nur Ilahi.. Dari Nur Iman.. Nauzubillah... Dan lebih malang.. Bila Allah terus menggelapkan hati mereka.. dan terus menjauhkan mereka daripada cahaya iman itu.. terus hilang dalam kegelapan.. disebabkan oleh keingkaran mereka kepada Allah swt.. :(( Semoga Allah lindungi kita semua daripada jadi sedemikian..
Takut sangat2 sahabat2.. kita kena takut akan benda ni... Sebab hati kita ni bila2 masa sahaja Allah boleh balik2kan.. sebab Allah yang menguasai hati2 kita.. Kalau Allah nak cabut hidayah tu.. bila2 masa sahaja Dia boleh.. antara Dia nak dgn taknak je.. Sebab tu kita kena selalu berdoa.. Agar Allah kekalkan kita dalam keimanan kepadaNya.. kekal dalam hidayah yang telah Dia berikan.. Hari ni ramai antara kita yang berdoa.. Tapi dalam masa yang sama.. dia still buat benda2 yang Allah larang dan murkai.. (Termasuklah diri yang bercakap ni.. huhu.. :( ) Still buat dosa2.. alahai.. lemahnya lah kan.. Sepatutnya bila kita dah doa.. kita kena penuhi kehendak doa tu.. Kena usaha supaya diri kita jadi betul2 macam mana yang doa tu nak.. Bila kita takmo Allah pusing hati kita.. kenapa kita langgar perintah Allah kan... :( Alangkah lemahnya lahai diri ini.. Jadi sama2lah kita muhasabah diri kita ye.. Semoga jadi lebih baik lepas ni.. Bila dah doa.. kita kena usaha supaya penuhi kehendak doa2 kita tu.. :) InsyaAllah ye.. AZAM Semua.. :)
Sembang2 pasal IFC.. huhu.. Aku cukup sakit hati sebenarnya.. Ish2.. Hm.. Adakah diorang ni tak baca sejarah.. tak baca pasal apa berlakunya pergaduhan dulu2 bertarikh 13 Mei tu?? Lagi mau mencabar Orang2 Islam.. lagi nak bawak isu yang boleh mencetuskan pergaduhan besar ni... Ish2.. Diorang ni dah naik lemak sebenarnya.. Orang dah bagi kebebasan beragama... Nak lebih2 pulak.. Diberi betis nak paha.... Cukuplah orang dah bagi kebebasan beragama.. Sebabnya ini adalah tanah orang2 Islam.. Tak sepatutnya mintak lebih2 yang sampai mencabar kewibawaan Agama Islam.. Perkara2 yang dah tertulis jelas dalam agama masing2.. Kalau nak kacau mmg carik nahas lah namanya.. Orang2 Islam tak pernah pun mempersoalkan perkara2 yang telah termaktub dalam agama diorang.. Nak amal amallah... Tapi kenapa nak persoalkan agama Islam?? Kita tak kacau agama dia, kenapa dia nak kacau agama kita??
Jawabnya ialah.. Sebab perkara yang termaktub tu mengganggu diorang nak menyebarkan agama diorang.. Sampaikan terpaksa gunakan undang2 ciptaan manusia yang takkan pernah dapat mengadili betul2 bangsa makhluk yang bernama manusia ni.. Hanya hukum2 Allah sahaja.. Padahal dalam agama diorang takdepun tertulis diorang kena buat gitu.. Tapi dalam agama kita jelas tertulis kesemuanya.. Hukum2 terhadap orang2 yang MURTAD.. Tanggungjawab untuk berdakwah tanpa sekatan dll.. Tapi dalam agama diorang takde tertulis pun.. suruh membela orang2 nak masuk agama diorang.. takde tertulis pun kena buat dakwah dalam bahasa2 tertentu.. Tapi dalam Islam telah tertulis kesemuanya secara mutlak.. Dan diorang takde hak untuk mengganggu gugat kewibawaan Agama Islam.. Islam agama yang sempurna.. Agama diorang tak sempurna.. Jadi sepatutnya diorang salahkan agama sendiri kerana tak sempurna.. Tak lengkap seperti Islam.. Tapi tidak.. nak gunakan Undang2 Ciptaan Manusia.. yang lagilah tak lengkap..
Siapa yang tak marah kan.. Semua Orang Islam sepatutnya kena marah.. dan peka terhadap perkara ni.. Kalau tak marah.. dan redho.. mmg saja laa.. Padahal benda ni kalau betul2 diwujudkan dan dilaksanakan.. Memang boleh isytihar perang aje.. Mmg leh keluar jihad.. Kerana kewibawaan Islam dicabar.. Dan akhirnya akan membawa kepada perpecahan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.. Yang Islam akan marah dan memberontak.. Dan yang bukan Islam pulak jadi mangsanya.. Semuanya disebabkan oleh puak2 fanatik bukan Islam yang nak membela nasib agama mereka secara tak terhormat.. Akhirnya menyebabkan orang2 lain yang biasa2 ni pulak yang menjadi mangsa..
Jadi sebelum berlakunya perkara2 yang tak diingini tersebut.. Marilah kita semua bersatu padu dengan sepakat dan satu suara.. MENENTANG PERLAKSANAAN DAN PENGWUJUDAN IFC.. Demi perpaduan dan keamanan Malaysia negara kita yang tercinta.. Agama Islam dan Agama2 lain tak sepatutnya dicabar kewibawaannya dan dipersoalkan hukum2 yang telah termaktub di dalamnya.. Kerana ini hanya akan membawa perpecahan dan pergaduhan sesama kaum yang tidak dapat dielakkan lagi..
InsyaAllah.. Semoga Allah pelihara kita semua.. dan bantu kita dalam memperjuangkan keamanan dan keadilan.. Di samping berusaha menyebarkan maklumat2 seperti ini.. marilah kita sama2 berdoa dan bersolat hajat.. Agar Allah terus memelihara kita daripada perkara2 yang tidak diingini.. dan menghalang perlaksanaan IFC.. Semoga Allah makbulkan doa kita insyaAllah.. Amiin..
Okeh.. :) Itu sahaja untuk kali ini.. Semoga sahabat2 semua diberkati dalam hidup..
Sekian dulu.. Wassalam..
0 comments:
Post a Comment