IFC 1
Assalamualaikum wbt..
Apa khabar sahabat2 semua? Sehat ke? :) Ana di sini alhamdulillah sehat.. Cumanya ada sikit chukang (mid term). Jadik mintak semua sahabat2 doakan yeh.. :)
InsyaAllah kali ni.. aku nak timbulkan satu isu yang sangat besar.. iaitu isu yang bakal menentukan masa depan umat Islam di Malaysia.
Tapi untuk kali ni aku tak mau ulas panjang2.. sebab ada shiken lagi Selasa ni.. InsyaAllah next post aku akan ulas sedikit sebanyak insyaAllah..
Apa yang aku nak post ni.. ialah perkara2 yang dimohon oleh orang yang nak wujudkan IFC tu.. supaya ia dapat dilaksanakan..
Semoga bila sahabat2 semua baca.. fikir2kan la.. apa nak jadi di Malaysia kita sekarang.. dan apakah tindakan yang boleh kita ambil sebagai rakyat Malaysia Muslim yang tidak sukakan perkara ni..
Sekian dulu kali ini.. Wassalam..
Perkara2 yang dimohon untuk dilaksanakan melalui IFC..
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.(selepas 18 thun barulahkita tahu apa agama bdk itu..masyaallah)
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil. (takder lagi mahkamah syariat)
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam. (senang sapa2 jer boleh buat maksiat,buat tak senonoh sebab kalo peg agama nak tangkap pon susah..nak masuk disco,nak main judi makin senang la..)
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan- perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.(nama bible dlm bahasa melayu ALFURQAN,ALKITAB,ASSIRATHALMUSTAQIM..astaqfirullah..)
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.(anak2 kena belajar agama budha,hindu ,kristian kat sek kebngsaan..)
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.(nanti ada forum hal ehwal HINDU,forum perdana hal ehwal BUDDHA..)
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang- orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
0 comments:
Post a Comment