Pages

Friday, June 24, 2005

HIDUP SEORANG PEJUANG

Assalamualaikum wbt.. Apa khabar sahabat2 yang dimuliakan Allah swt.. :) Semoga sahabat2 semua diberkati dalam hidup dan dirahmati olehNya selalu..

Hm.. hari2 berlalu.. semakin banyak isu2 yang timbul.. Membuatkan aku rasa betapa perlunya aku memainkan peranan untuk mengulas isu2 tersebut.. supaya semua orang dapat mengetahui kebenaran dan apakah peranan yang sepatutnya kita mainkan.. Bila berhadapan dengan isu2 yang mencabar kehormatan agama Islam ataupun isu2 yang membawa kepada ketidakadilan ataupun isu2 yang membawa kesusahan kepada rakyat dan masyarakat..

Tapi apakan daya.. aku juga kadang2 down.. seperti manusia lain.. aku juga punya waktu2 dan masalah2 yg membuatkan aku rasa tension.. down, tertekan dsbgnya.. Sehingga membuatkan aku tidak mampu menjalankan tugasan yang patut aku ambil sebagai orang2 yang sedar akan situasi yang berlaku.. Nampaknya aku belum melengkapi lagi ciri2 seorang pejuang.. Semoga Allah berikan aku kekuatan untuk berdepan dengan semua masalah2 ku.. agar aku tidak menjadi lemah di atas jalan perjuanganNya..

Sahabat2.. Pejuang juga manusia biasa.. Dia juga punyai rasa sedih.. punyai cita-cita.. punyai rasa cinta.. punyai rasa keinginan terhadap duniawi.. dll perkara yang ada pada manusia biasa.. Tetapi hidup seorang pejuang berbeza dengan hidup seorang manusia biasa.. Kerana pejuang ada tugas yang harus dilaksanakan.. Untuk membela masyarakat.. untuk menyuarakan keadilan.. Memberikan kesedaran kepada orang ramai.. menyumbangkan tenaga kepada yang memerlukan.. mengajar masyarakat akan ilmu2 yang ada di dadanya.. Sebab... Pejuang adalah orang2 yang diberikan oleh Allah sedikit kebolehan dari sudut ilmu.. sedikit kelebihan dari segi kesedaran.. dan sedikit kekuatan dari sudut tenaga dan keberanian.. Jadi hidup seorang pejuang tidak boleh sama dengan hidup seorang manusia biasa.. Sekiranya dia memiliki ciri2 yang di atas.. tetapi dia tidak mahu berjuang.. maka dia telah menjadi zalim terhadap dirinya sendiri.. Kerana tidak menggunakan apa yang telah dikurniakan oleh Allah.. pada jalan yang sebetulnya..

Atas sebab itulah.. seorang Pejuang sepatutnya.. mengenepikan rasa sedih.. soal inginkan keduniaan.. soal cinta.. soal cita-cita duniawi.. Tapi..... sebagai manusia biasa.. memang kita tidak dapat lari daripada perkara2 tersebut.. Jadi.. apa yang sepatutnya seorang pejuang buat.. ialah memastikan.. semua perkara2 tadi.. tidak mengganggu perjalanan tugas2nya sebagai seorang pejuang.. Terus menjalankan segala tanggungjawab tanpa ada efek atau kesan sedikitpun daripada perkara2 tersebut.. Kalau tidak.. maka dia tidak layak dipanggil seorang pejuang.. Kerana aspek duniawi lebih besar dalam dirinya.. berbanding misi Perjuangan yang dibawanya..

Sahabat2.. Ingatlah.. Apabila Allah menghiburkan dan menggembirakan hati para pejuang di dalam Al-Quran.. Surah At Taubah Ayat 111 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. "

MasyaAllah.. sungguh besar akan ganjaran yang diberikan oleh Allah.. Dan sungguh beruntung orang2 yang setia di atas jalan Perjuangan Menegakkan Syariat Allah di atas muka bumi ini.. Semoga ayat2 di atas dapat menghiburkan hati kita orang2 beriman.. dan juga pejuang2 di atas jalan Allah.. Tidak ada yang lebih berharga dalam hidup di dunia ini melainkan daripada Keredhaan Allah terhadap kita.. Semoga Allah SWT meredhai kita semua dalam kehidupan kita di dunia ini..

So tidak sepatutnya rasa sedih aku ini memberi efek kepada tanggungjawab2 aku kan.. Menjadikan aku down dan malas2 untuk buat kerja2 dakwah.. Kalau tidak.. tak layaklah aku dipanggil seorang pejuang.. Yoshh.. InsyaAllah.. Aku harapkan doa sahabat2 semua.. mengiringi aku dan sahabat2 lain di Jepun.. untuk terus berjuang sepenuh tenaga.. atas jalan kebenaran dan dakwah ilaLlah.. Biarpun berada dalam susah dan payah.. Kerana dakwah fi sabilillah ada jalan hidup kami insyaAllah.. sehingga ke akhirnya.. Amiin..

Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati ini.. InsyaAllah aku akan kembali dengan isu2 yang perlu diambil perhatian.. Gambarou ne.. minna..

Wassalamualaikum wbt..

0 comments: