DI MANAKAH PEMBELAAN?
Assalamualaikum wbt..
Semoga sahabat2 semua diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.. :)
Di manakah pembelaan? Bagi nasib pelajar2 kita di Ukraine sana.. Apabila sijil ijazah perubatan di Universiti yang mereka pelajari sudah tidak diiktiraf lagi oleh MMC... Kes seperti ini sudah pernah berlaku di Jepun.. Tapi mengapa mereka tidak mengambil pengajaran?? Kenapa mereka tidak muhasabah.. Apa diorang ingat diorang bg scholar.. diorang leh sesuka hati nak iktiraf takmo iktiraf?? Memanglah MMC dengan JPA tu dua badan yang berbeza.. Tapi takkan takde penegasan langsung daripada JPA.. supaya MMC takleh tarik balik pengiktirafan kepada Universiti2 yang dah ada pelajar kita di sana.. Aku dah marah la ni.. Dia ingat senang ke student2 tu nak sambung belajar jauh2.. Geram gile aaaa..
Hm.. Kalau pelajar2 nak dihantar ke luar negara.. Biasanya.. Dia mesti menjalani dulu persediaan ataupun matrikulasi di dalam negara.. Itu sudah mengambil masa 2 tahun.. Kemudian akan dihantar pula ke universiti masing2. Dan biasanya bagi kursus Perubatan, jumlah sekurang2nya 6 tahun pengajian diperlukan untuk melayakkan dia memperolehi sijil yang membolehkan dia dipanggil Doktor Perubatan. Cuba kawan2 semua bayangkan, kalaulah misalnya, penarikbalikan pengiktirafan tu berlaku pada masa diorang dah tahun 2.. Bukankah dah rugi dua tahun di sini.. Dan apakah pula nasib mereka selepas itu?? Adakah dibiarkan begitu sahaja?? Huhu.. Aku sedih betul mengenangkan benda ni..
Itu kalau student2 yang disupport sepenuhnya.. Kira ok lagi lah.. Sbb dari segi duit tu tak banyak sangatlah rugi walaupun ada jugak rugi.. huhu.. Bagaimana pula dengan student2 yang persendirian?? Ramai di kalangan bangsa India kita yang pergi belajar secara private di sana.. Apa pula nasib mereka?? Dahla pakai duit sendiri semua.. Alahai.. Kesiannya kat diorang.. Ye lah.. Bila dibgtau dulu.. Ukraine diiktiraf.. Maka beriya2 lah diorang pergi menimba ilmu kat sana.. Tapi alih2... bila dah 2 3 tahun belajar kat sana.. Tak diiktiraf pulakkk.. huhuhu.. Bayangkanlah betapa sedihnya..
Hm.. Lepas tu.. Kerajaan pulak.. nak suruh rakyat Malaysia profesional di luar negara balik ke Malaysia.. Menyumbang kepada negara kononnya.. Tapi kalau Kerajaan sendiri takmo menyumbang kepada rakyat.. macamana rakyat nak menyumbang kepada negara?? Tak hairanlah kalau ramai profesional kita di luar sana takmo balik ke Malaysia.. Banyak alasannya.. Kalau jadi macam ni.. sape nak buang masa balik Malaysia balik.. Baik sambung terus dengan duit sendiri @ buat part time.. Lepas tu kerja terus dekat sana.. Senang cerita.. Aku yakin ramai antara mereka yang menjadi mangsa akan buat begitu.. Kesian mereka..
Kerajaan kena bertegas akan perkara ini.. Dari dulu lagi dah berlaku.. ingatkan dah ok dah la.. Takkan berlaku lagi.. Tapi sekarang apa dah jadi?? MMC pun satu.. habaq lah awal2.. Universiti mana yang tak boleh pergi?? Pastu aku pelik gak.. JPA ni bila nak hantar tu.. tak bgtau awal2 ke kat MMC?? Takmo ke tunggu MMC pegi chek dulu?? Bila dah jadi camni.. budak2 jugak yang jadi mangsa.. Malah mak bapak budak2 pun jadi mangsa gak.. sian kat diorang.. Hm.. Bila ada orang persoalkan masalah ni.. Kena gantung pulak.. Apa nak jadi?? Entahla.. korang fikir2 kan lah ye..
Aku sangat2 berharap.. Takkan berulang dah perkara seperti ini lagi.. Kalau jadi lagi seperti ini di masa akan datang.. memang tak boleh dimaafkan.. Kita sebagai student.. kena bangkit mempersoalkan hak student.. Boleh hantar kat SUHAKAM nih.. huhu..
Okehla.. kalau nak diikutkan perasaan.. mmg takkan habis.. len kali sambung..
Wassalam..
2 comments:
Bulan 4 lepas , Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai bersetuju memberi peluang terakhir bagi kira-kira 200 graduan dari kolej perubatan luar negara yang tidak diiktiraf oleh kementerian.
Mereka ini dari kalangan yang gagal buat kali ketiga dalam peperiksaan kelayakan tersebut.
Dalam tawaran tersebut, para graduan berkenaan boleh memohon melalui MMC agar mereka diserap masuk dalam kolej perubatan tempatan untuk program pertukaran kredit selama tiga tahun.
Selepas itu, mereka akan menjalani program houseman selama dua tahun di hospital-hospital kerajaan. Kaedah pertukaran kredit itu melibatkan satu tahun pengajian pra-klinikal serta dua tahun kursus praktikal klinikal. Kemudian mereka akan menjadi doktor pelatih selama dua tahun.
Bayangkan betapa susahnya nak lulus exam kelayakan ni.
Kawan saya adalah pelajar tajaan JPA yang ambil kursus perubatan di Jepun yang juga tidak diktiraf. Beliau mengatakan betapa susahnya nak lepas exam tersebut.
Sampaikan sekarang ni beliau hanya buat kerja2 sambilan sedangkan beliau mempunyai sijil perubatan. Hanya kerana kesilapan JPA yang tak servey dulu sebelum hantar student ke luar negeri.
Beliau dah x der semangat nak ambik exam tu pasal tahu x der harapan nak lulus. Nak transfer credit untuk sambung lagi 3 tahun pun dah x der semangat pasal dah buang masa hampir 7 tahun di jepun. Kalau dalam masa 7 tahun ni sepatutnya dah boleh dapat master dah kalau amek kursus lain. Nak wat per lagi belajar mende yang sama dan buang masa. Umo pun dah tua. Baik buat mender lain.
Orang lain dah beranak pinak dah. Takkan la nak sambung belajar lagi sedangkan kalau budak yang ambik kursus lain dah merasai nikmat gaji bulanan. Sedangkan dia terpaksa ikat perut nak cari duit.
Kerajaan pun kena la pikirkan masa depan student yang mereka taja. Sia2 sahaja duit rakyat yang seolah2 dibuang tanpa hasil apa2. At least kasi la student ni keje dalam kerajaan yang setaraf dengan kelulusannya walaupun bukan bidang doktor.
Entah la..
Sebagai seorang pelajar, kita kenalah 'alert'. Ambil tahu.
Kalau tak boileh lulus exam MMC, nampak sangatlah tak layak jadi doktor.
5 years studying abroad, that means you have to be better than local student because Japan has high tech.
Post a Comment