
Indah ciptaan Allah.. - Takejima Gamagori (Ichigo Gari 2005)

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi fillah.. :)
Apa khabar semua?? Aku di sini alhamdulillah sihat.. :) Aku mendoakan agar sahabat2 semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan dalam redha dan kasih sayang Allah swt.. :)
Pertama sekali.. Aku nak mintak maaf sangat2 kepada sahabat2 semua di atas ke'malas'an aku mengupdate blog ini.. Huhu.. Tapi sahabat2 jgn risau.. Aku masih setia kepada perjuangan dan dakwah Islamiyah alhamdulillah.. Cumanya utk menaip blog ni saja aku menjadi agak malas.. Mungkin kerana sudah lama tak menulis jadi aku rasa kekok nak menulis panjang2 lagi.. Huhu.. Last2 jadi malas nak update.. Juga mungkin kerana semakin berkurangnya semangat nak berjuang melalui penulisan.. :( Tak sepatutnya jadi begitu kan.. Sedangkan berapa ramai yang mampu kita pengaruhi dan dakwahkan dengan penulisan kan.. Ish ish.. Aku nak berterima kasih kepada sahabat2 yang menegur dan memberi semangat kepada aku utk menulis semula walaupun aku dengar2 gitu je.. Pada aku.. banyak lagi benda yg prioriti aku perlu buat.. Jadi akhirnya aku tinggalkan menaip blog.. huhu padahal banyak lagi masa lapang yang aku ada.. tapi tak jugak aku gunakan utk mengupdate.. huhu Mmg salah aku.. mmg hampeh aku ni kan.. :(
Terima kasih juga aku doakan kepada sahabat2 yang mendoakan aku untuk terus berjuang menegakkan kebenaran dan perjuangan Islam.. :) Alhamdulillah kerana aku punya sahabat2 seperti kalian.. Semoga Allah berkati hidup sahabat2 semua dan memberikan ketenangan dan rezeki dalam redha-Nya di dunia dan akhirat.. Amiin InsyaAllah.. :)
Untuk pengetahuan sahabat2 semua.. aku terpaksa meneruskan hidup lagi di Jepun selama 1 tahun setengah mendatang.. Aku dah usaha yang terbaik.. tapi mungkin ini semua perancangan Allah untuk menguji aku samada aku redha atau tidak atas keputusanNya.. :) InsyaAllah aku terima semua ini dengan hati terbuka, di samping bermuhasabah terhadap diri sendiri akan kesilapan2 di masa lalu yang membuatkan aku tak dapat menghabiskan pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan. Satu je yang aku minta daripada sahabat2 semua.. doakan aku agar dimudahkan dalam pelajaran.. dan berjaya menghabiskannya walaupun extend. :) Tapi doa sahaja tanpa usaha tak ada gunanya kan.. InsyaAllah.. semoga apa yg telah berlaku ini menjadikan aku lebih bersemangat untuk berusaha dan berjaya dalam pelajaran insyaAllah.. Amiin.. :)
Sesungguhnya sahabat2 semua.. Hidup itu adalah ujian daripada Allah swt.. :) Hendak menguji kita samada kita redha atau tidak atas segala keputusan-Nya.. Segala yang berlaku dalam hidup haruslah kita memandangnya sebagai ujian kepada kita.. Sebab Allah berfirman dalam Al-Quran Surah Al-Mulk ayat 2.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); "
:) Sejauh mana kita dapat menerima ujian Allah swt.. Redha dengan ketentuanNya. Maka kalau kita redha dan bersabar, maka itu adalah yang terbaik buat kita dan insyaAllah beroleh pahala dan kemuliaan daripada Allah swt.. :) Tapi kalau kita tak berjaya menerima ujian tersebut dan memarahi Allah ataupun tidak meredhai keputusanNya.. maka berdosalah kita dan kita hanya akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Sedarlah.. Semua ujian2 tersebut ada hikmahnya yang tersendiri.. Allah nak menguji keimanan kita.. Adakah kita betul2 sudah kuat keimanan ataupun masih belum.. Allah berfirman lagi dalam Al-Quran surah Al-Ankabut ayat 2 :
[2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[3] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Semoga kita semua dapat mengatasi ujian2 tersebut dengan kekuatan dan keimanan yang tinggi kepada Allah swt.. :)
Kelmarin keluar berita bagaimana seorang anak melihat mayat bapanya yang sudah berkecai di hadapan matanya sendiri.. Diseret oleh treler.. Allahuakbar.. begitu besar sekali ujian Allah nak beri kepada dia.. Tapi itulah dia ujian Allah.. Dan Allah tidak menurunkan sesuatu ujian kepada hamba-Nya kalau dia tidak mampu untuk berdepan dengan ujian itu. Firman Allah di dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 286 :
[286] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
Allah turunkan ujian itu setimpal dengan kekuatan hamba-Nya.. Andai hamba-Nya itu kuat dan tinggi keimanannya.. maka lebih tinggi tahap ujian yang dikenakan kepad-Nya. Sebagai contoh : Rasulullah saw telah diuji dengan dahsyat.. Berbagai2 cabaran ancaman dan permusuhan telah dilakukan terhadap Rasulullah oleh pihak2 yang memusuhinya.. Dan itu semua adalah ujian Allah kepada Rasulullah. Begitu juga sahabat2 rahum.. Dan juga pejuang2 yang terdahulu.. Jadi andai diri kita tidak diuji oleh Allah swt.. Kena chek balik iman kita.. Adakah iman kita semakin baik.. Adakah iman kita sudah sempurna?
Dan bagi sesiapa yang berjuang di jalan-Nya.. membela maruah Agama.. ketahuilah.. sekiranya jalan kamu itu jalan yang benar.. Pasti dan pasti di hadapan mata itu adanya penentangan, cemuhan, tohmahan, duri dan ranjau yang mesti ditempuhi.. yang mana semua itu adalah ujian yang bakal dihadapi sekiranya mahu melarutkan diri dalam perjuangan menegakkan kebenaran ini.. Andai jalan yang engkau hadapi itu tidak mendapat tentangan.. begitu tenang aman dan damai.. maka pasti ada slack di mana2.. kerana sudah lazim daripada sirah2 nabi terdahulu, juga kisah sejarah para sahabat dan khilafah Islamiyah.. mereka semua telah diturunkan ujian yang sedemikian rupa.. Semuanya adalah untuk menguji keimanan mereka.. Pernah dalam suatu hadis.. Aku tak ingat matannya.. tapi mafhumnya kalau kita mencintai Allah dan Rasulullah, maka bersedialah.. kerana sudah pasti di hadapan kita akan terbentang kesusahan, kepayahan dan segala jenis dugaan serta rintangan.. Kalau aku jumpa matan dia nanti aku bg kat korang insyaAllah..
Dan bila kita sebut ujian.. Jangan kita hanya menyangka ujian itu adalah dari segi kesusahan, kemiskinan, kegagalan dll.. sahaja.. Ujian bukanlah hanya dengan gagal periksa, tidak berjaya dalam interview, eksiden kereta atau tsunami.. Tetapi ujian itu jugak adalah dari segi kesenangan, kekayaan, kemewahan harta benda, pangkat, duit, wanita dll lagi.. Malah ujian dari segi inilah yang jauh lebih susah dan lebih ramai antara manusia yang gagal.. Sebab apa?? Sebab mereka mudah lupa daripada siapa mereka mendapat kemuliaan, kemewahan dan kekayaan itu.. Mereka lupakan Tuhan yang memberikan mereka segala nikmat itu..
Sebab itulah pada permulaan dakwah Rasulullah saw lebih ramai dari kalangan mustadh'afiin.. iaitu orang2 yang lemah.. Lemah dari segi akal pemikiran jugak dari segi ekonomi.. dari kalangan hamba dan org2 biasa sahaja yang menerima dakwah Nabi.. Dan siapa yang ramai menentang Rasulullah? Adalah dari kalangan pemerintah.. orang2 terkemuka.. orang2 bangsawan.. orang2 kaya.. yang merasakan mereka ini terlalu tinggi tarafnya.. sampai mereka tak layak untuk menerima dakwah Rasulullah itu.. Sedangkan mereka sendiri tahu bahawa Rasulullah tak pernah menipu.. Dan mereka sepatutnya lebih bijak dari golongan yang lemah itu utk memikirkan akan kerasulan Rasulullah.. Tapi... demi menjaga nama, kekayaan dan harta mereka.. Mereka sanggup menafikan semua itu.. Contohnya Abu Talib.. Bapa saudara Nabi sendiri.. Kita pun tau ceritanya kan.. Dia mati dalam keadaan kafir.. Tanpa memeluk Islam.. Kerana tidak mahu namanya tercemar kerana mengikuti Rasulullah saw..
Sirah Rasulullah ini mengajar kita.. bahawa bila kita berada di tempat yg tinggi.. maka kita akan berada dalam satu ujian yang sangat sukar sebenarnya.. Inilah pengajaran yang harus kita ambil dari kisah ini.. Kita kena pastikan.. andai satu masa nanti.. kita mendapat limpahan nikmat daripada Allah swt.. Pastikan kita tidak pernah melupakan siapa diri kita yang sebenarnya.. Dari mana kita datang.. Bagaimana asal usul kita.. Andai kata kita lupa siapa diri kita.. maka kita akan mengikut mereka2 yang telah tewas dalam ujian ini dahulunya.. Antara contoh lain yang boleh aku bagi ialah Qarun.. Dia juga telah tertewas dengan kekayaan yang Allah berikan kepadanya... Semoga Allah swt menjauhkan kita daripada kegagalan seperti itu.. Amiin ya rabb..
Itulah dia kehidupan.. Dijadikan untuk menguji manusia.. sejauh mana kita beriman kepada Allah swt.. Semoga Allah memilih kita untuk menjadi insan2 yang berjaya dalam menempuhi ujian hidup di dunia yang fana ini.. Samada ujian kesusahan atau ujian kesenangan.. Permudahkanlah kami untuk menempuhi kesemuanya ya Allah.. Amiin..
Sahabat2.. Dalam keadaan umat Islam terus ditindas.. Malaysia kita yang tercinta terus ghairah untuk berhibur.. Terus bersemangat untuk meningkatkan lagi keinginan untuk berhibur.. Huhuhu.. Aku cukup pelik akan apa yang terus berlaku di Malaysia.. Tersangat2 peliknya.. Tapi.. itulah realiti yang tidak boleh aku tolak.. huhu.. Akademi Fantasia 3 akan bermula.. Dan beberapa orang lagi artis2 akan dihasilkan dari Akademi ini.. Biarlah mereka.. Sebab kalau pun rosak.. hanya beberapa orang sahaja.. kan kan?? Tapi betul ke gitu??
Huhuhu.. sayangnya tidak begitu mudah.. Kerana hanya disebabkan beberapa orang itulah.. Berapa banyak duit yang dihabiskan oleh orang ramai untuk mengSMS mengundi pelajar2 yang mereka minati.. huhu.. Kalau nak menderma kepada masjid atau surau punyalah liat.. Dan berapa ramai pula yang akan membazirkan masanya di depan TV setiap minggu utk melihat perkembangan bakal2 artis tersebut.. Kalau diajak ke masjid atau ke majlis2 agama.. punyalah liat.. :( Dan juga berapa ramai antara kita yang membazirkan air mata.. Menangis2 apabila melihatkan pelajar2 yg mereka harapkan.. terpaksa keluar kerana tidak berjaya dalam stage2 tertentu.. Sedangkan tidak berasa apa2, bila terbaca berita2 mengenai saudara2 sesama Islam ditindas dibunuh dan diseksa di luar sana..
Itukah dia masyarakat yang kita mahukan?? Yang hanya tahu berhibur, berhibur dan berhibur.. Yang akhirnya akan terbawa2 kepada generasi akan datang yang juga hanya tahu berhibur.. berhibur.. berhibur berhibur....... Oh.. Alangkah sedihnya hati ini bila terbayangkan masa depan generasi Muslim di negara kita Malaysia yang tercinta... :( Semoga Allah lindungi diriku dan zuriatku nanti.. daripada kerosakan yang terus menerus berlaku.. Amiin..
Harapanku.. semoga dengan sedikit usaha yang aku lakukan sekarang.. Akan membuahkan sekurang2nya sedikit kesan kepada masyarakat yang akan datang.. Usaha ini hanyalah sedikit.. tapi inilah yang setakat aku mampu.. Sejauh mana tahap keMAMPUan kita itu.. hanya kita yang tahu.. MAMPU dari segi masa.. dari segi wang.. dari segi diri.. Hanya kita yang bisa menilai dan menghisab diri.. Adakah kita benar2 telah berjuang.. adakah kita benar2 telah menyumbang... untuk kebaikan umat ini... Sama2 kita soal diri kita.. sebelum kita dipersoalkan oleh Allah.. di padang mahsyar kelak..
Sekian dulu sedikit nukilan daripada diri yang dhaif ini.. Maafkan aku kalau ada tersalah dan tersilap kata.. semoga Allah terima segala amalan kita insyaALlah.. Amiin ya Rabb.. Wassalam wbt..
0 comments:
Post a Comment