Pages

Monday, February 07, 2005

PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI

Assalamualaikum sahabat2 semua.. :)

Menemui sahabat2 yang dikasihi fillah semua.. Apa khabar? Rasanya bukan dekat sebulan, tapi lebih sebulan rasanya tak update.. Sebab entry sebelum ni pun just copy and paste aje.. Huhu.. Aku mintak maaf kepada semua yang setia masuk kuar blog yg serba kekurangan ni, sebab kelewatan aku update..

Buat pengetahuan semua tempoh yang sedang aku tempuhi sekarang ni ialah tempoh yang paling kritikal sekali dlm sepanjang pengajian aku di Jepun setakat ni.. Mmg sibuk dan 2 minggu lepas aku dah hantar report jikken yang terakhir aku.. Alhamdulillah.. selesai jugak akhirnya.. Aku berjaya jugak mengatasi satu lagi halangan yg sgt berat.. iaitu 3 nen sei yang begitu banyak lab report kena buat.. Berkajang2 setiap minggu.. Sudah tu, belum tentu report yg dihantar minggu lepas diterima terus, ada part yang kena betulkan.. tapi yang minggu ni punya pulak sudah setia menunggu.. Huhuhu.. Mmg sgt perit dan perlukan kesabaran.. Tapi Alhamdulillah.. akhirnya aku berjaya mengatasinya.. Allah mudahkan.. Terima kasih kepada sahabat2 yang mendoakan..

Dan sekarang aku sedang menghadapi minggu peperiksaan Final tahun 3.. Bagaikan bertarung nyawa rasanya.. Seandainya aku tak lepas exam kali ni, bermakna aku perlu mengulang setahun lagi di bumi sakura ini. Aku seboleh2nya nak lepas naik tahun 4.. Kalau betul pun aku bakal mengulang setahun di sini, biarlah aku dapat naik dulu tahun 4.. Takmo mengulang dulu setahun baru naik tahun 4. Tak best.. Dan kalau boleh aku nak balik Malaysia cepat2.. Banyak benda yang aku nak setelkan lepas aku habis ni.. Sebab tu kalau boleh aku nak sangat, sangat sangat naik tahun 4.. huhu.. Jadi aku mengharapkan sangat doa daripada sahabat2 semua.. Doakan aku berjaya dalam exam kali ni.. Mintak sahabat2 semua sebutkan nama aku dalam doa sahabat2.. Semoga Allah berkati sahabat2 semua dlm kehidupan kerana mendoakan aku.. Amiin..

Kepada sahabat2 dan kohai2 yang masih terus berjuang di bumi sakura nan penuh mencabar ini.. Janganlah berputus asa.. Teruskan perjuangan sehingga ke akhirnya.. Kita masih ada peluang.. Biarlah sebelum ini kita bnyk memain, tak dtg kelas dsbgnya.. Tapi kita masih ada shiken.. Shiken inilah yang bakal menentukan perjalanan seterusnya.. Memang kadang2 kita menyesal dengan diri kita yang entah hapa2 sebelum ni.. tp jgnlah sampai penyesalan itu membuatkan kita lemah semangat dan tak mau study kerana menganggap sudah tidak ada jalan.. Masih belum terlambat sahabat2.. Shiken masih menanti.. Bukalah buku dan studylah sungguh2 semampu korang semua.. Kalau boleh korbankan masa tido tu, korbankan segala2nya.. Tunjukkan kesungguhan kita untuk berjaya.. InsyaAllah kalau kita berusaha pasti ada jalan..

Memang sebelum ni kita ada buat salah.. tak sungguh2 dlm study, tak dtg kelas, bnyk main dan sbgnya.. tp tak sepatutnya ia menjadi penghalang kita.. Sesal dulu pendapatan.. Bawaklah penyesalan korang semua tu ke sem depan.. Baiki balik cara study, kurangkan main, chanto study dari awal.. bukan last minit.. Tapi utk kali ini, kita kena tebus dulu kesalahan2 kita itu.. Kita harus bertanggungjawab atas kesalahan2 tersebut.. Apa caranya?? Iaitu dgn sungguh2 study untuk shiken kali ni.. Buatlah apa saja yang kita mampu, asalkan tak melanggar syariat seperti bawak toyol dsbgnya, untuk lepas shiken kali ni.. Tunjukkan kesungguhan.. Kalau dalam hati kata menyesal, kata nak study sungguh2.. tapi still leka, still banyak tido, still duduk depan internet, still main game.. maka kita tak sungguh2 dlm berusaha.. Kita hanya banyak cakap sahaja.. Dan kita tak buat apa2 untuk bertanggungjawab atas silap2 kita yag lepas.. Maka kalau kita still tak lepas.. tak perlulah kita bising2.. Sebab mmg kita tak berusaha apa2.. Hanya banyak cakap saja.. Hanya reti cakap kita menyesal dsbgnya.. Tapi tak ada usaha untuk menebus penyesalan tersebut..

Aku pun jenis study last2 minit.. Dan biasalah.. tiap2 penghujung sem.. ayat yang samalah keluar.. "sem depan aku nak study awallah.." huh.. aku dah bosan dengar ayat2 tersebut.. Sebab beberapa taun sebelum ni aku dah dengar ntah berapa kali ntah ayat2 camtu.. Tapi tak berubah2 jugak.. huhu.. sepatutnya berubah terus.. tak perlu cakap.. huhu.. tol tak? Ichiyo.. sekarang ni, study dulu untuk berdepan dgn shiken yang ada.. dan yg paling penting.. SUNGGUH-SUNGGUH!! InsyaAllah.. Allah takkan hampakan usaha kita itu.. So.. sekarang ni.. tutup kom tu.. tutup tv.. tutup segala2nya yg boleh mengganggu kita.. bawak diri kita ke library.. Duduk di sana untuk study.. TUNJUKKAN KESUNGGUHAN!! InsyaAllah.. pasti ada kesannya..

Dan jangan lupa berdoa kepada Allah swt.. Usaha kena diiringi dengan doa.. Biarlah kita jenis study last minit.. Tapi kita tetap kena berdoa kepada Allah.. Doa dengan sungguh2.. Menangis2.. mengharapkan Allah bantu kita dlm exam kali ni.. Dan pastikan diri kita tak buat dosa2.. Sebab Allah takkan dengar doa orang yang buat dosa2.. Kalau kita ada dosa2 maksiat kat Allah.. Taubat dulu.. Buat solat sunat taubat.. Baru buat solat sunat hajat.. Orang yang nak mintak kat Allah kena bersih dari dosa2.. Barulah Allah akan terima dan makbulkan doa dia.. Dan ketahuilah.. Allah Maha Pemberi, Allah Maha Mendengar.. Kalau kita sungguh2 nak Allah bantu kita.. Dengan penuh keikhlasan.. Pasti dan pasti Allah akan bantu kita..

Dan pastilah yang terakhir sekali bertawakkal kepada Allah swt bila periksa sudah selesai.. Kita dah usaha, kita dah doa.. dan kita dah hadapi shiken.. Segala keputusan di tangan Allah.. Kalau Allah nak kita lulus.. maka luluslah kita.. Kalau Allah nak kita tak lulus.. maka tak luluslah kita.. Ada hikmah disebaliknya.. Tp pastilah semua tu selepas kita dah berusaha.. Kalau kita tak berusaha.. tak ada gunanya kita berdoa dan bertawakkal.. Sbb doa dan tawakkal hanya akan berkesan selepas kita berusaha sungguh2.. Sunnah Allah kepada semua benda dlm dunia ni ialah dengan Asbab.. Usaha perlu ada sbg Asbab kepada kejayaan kita dalam exam.. Usaha tu sebagai Ujian Allah kepada kita.. Sejauh mana kesabaran kita untuk berusaha.. Dan bila dah berusaha barulah Allah akan bantu kita..

Ambil pengajaran drpd sirah Nabi.. Kalaulah betul hanya dengan doa boleh sebarkan agama ini keseluruh alam, kenapa sahabat2 dan Nabi sendiri bersusah payah?? berperang dsbgnya.. berkorban nyawa dll.. Kenapa diorng tak doa dan tawakkal saja kepada Allah swt?? Nabi dan sahabat2 semuanya berusaha dgn segala susah payah untuk memperjuangkan agama ini.. Inilah dia Sunnah Allah.. Allah mampu untuk buat semua benda.. tapi Allah nak tengok sejauh mana kita berusaha dan bersungguh2 dalam perkara tersebut.. Barulah selepas itu Allah akan bagi bantuan.. Asbab Usaha ni adalah sunnah Allah kepada semua makhluk.. Bg orang Islam kita ada kelebihan.. kerana selepas berusaha Allah akan bantu kita.. Bagi orang kafir, walaupun tiada bantuan Allah, mereka tetap akan mendapat apa yang mereka usahakan..

So sahabat2.. marilah kita berusaha sungguh2 untuk exam yg dtg.. Semoga Allah bantu kita dan berikan kejayaan kepada kita semua.. Amiin..

Kepada sahabat2 di tempat lain.. doakan kami semua di bumi sakura ini.. Semoga dengan kejayaan kami dalam exam ini menjadi asbab hidayah untuk orang2 Jepun..

Sekian dulu buat kali ini.. jumpa lagi bila ada masa.. Sekian Wassalam..


0 comments: