Assalamualaikum wbt..
Salam Ukhwah fillah buat sahabat2 semua.. :) Apa khabar sahabat2 semua? Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi..
Alhamdulillah.. Aku dan rakan2 IPIJ yang lain baru sahaja selesai Program Umum Akhir Tahun... Penutup tahun 2004 iaitu Winter Gathering 2004 & Perhimpunan Agung IPIJ yang diadakan di Oita, Kyushu.. Program berlangsung selama seminggu daripada 26hb sampailah 1hb.. Kitorang ada mesyuarat sikit lepas habis program tu.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.. Dan ada jugak muka2 baru yang menyertai program kali ni.. :) Semoga Allah mudahkan kami untuk terus mengadakan program2 seperti ini di masa akan datang..
Seorang Ustaz dijemput dari Malaysia.. Ustaz Anwar Ridhwan sekarang bertugas di Jabatan Hadis di Universiti Malaya.. :) Ustaz yang muda lagi.. dan ceramah2 dia sangat menarik.. sebab banyak berunsur jenaka.. Tak bosan bagi hadirin untuk mendengar.. Dan pengisian yang diberikan bagi saya sangat bermanfaat.. Antara yang menarik ialah pengisian mengenai Syiah, pengisian mengenai Isu Semasa, Soal Jawab Fiqh dan jugak satu Forum tentang perkahwinan bertajuk Indahnya Cinta.. :) Ustaz bawak zaujah dia sekali.. Banyakla jugak pengalaman yang diceritakan tentang bagaimana diorang memulakan alam rumahtangga sebagai panduan kepada peserta2.. :) Best ustaz ni.. Kalau IPIJ dapat jemput dia lagi di masa2 akan datang pun bagus.. :)
Bersama Ustaz Anwar
Pada hari pertama program.. Dengan keadaan beg2 dan baju2 dalam banglo pun tak tersusun sangat lagi.. yalah semua baru sampai.. kami dikejutkan dengan berita Tsunami.. (dlm banglo tu ada TV).. Tsunami yang dikatakan berlaku hasil daripada gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di Acheh itu juga katanya terkena Malaysia.. Kedah dan Langkawi.. Dan masa tu angka kematian taklah besar mana.. Sebab baru berlaku.. Time tu.. Aku ingatkan.. takdela teruk mana.. Tapi taula yang banyak kawasan kena.. termasuk Sri Lanka dan India sekali.. Tapi makin lama makin banyak angka kematian.. Sampaikan mencecah hampir 150,000 pada hari ni.. MasyaAllah.. Kuasa Allah.. bila Allah mahu.. apa2 saja dia boleh lakukan..
Semasa program.. Ustaz ada cakap.. kalau kita tengok balik sejarah.. banyak dah bencana alam berlaku pada tarikh keramat 26hb Dis tu.. Gempa bumi di Bam pada tahun lepas.. Ribut Greg di Sabah.. Juga gempa bumi di Turki adalah antara rentetan peristiwa bencana alam pada tarikh tersebut.. Apa yang kita dapat lihat di sini.. tarikh tersebut dekat dengan 25hb Dis iaitu hari Krismas di mana pada hari tersebut bermacam-macam maksiat dilakukan.. Bukan sahaja orang kafir.. malah orang Islam sendiri bersama-sama melakukan maksiat-maksiat tersebut.. Jadi tidak hairanlah sekiranya Allah hendak menurunkan bala bencanaNya disebabkan terlampau murka dengan keadaan manusia yang semakin hari semakin derhaka kepada Allah.. Dan ingatlah sahabat2.. Bala bencana yang Allah turunkan tidak kira kepada siapa.. Biarpun di dalam tu masih ada orang2 soleh.. Allah tetap akan turunkan balaNya..
Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum [41] Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Mungkin ini adalah salah satu sebab Allah menurunkan bala tersebut.. Hakikatnya secara keseluruhan tidaklah dapat kita ketahui.. Hanya Allah sahaja mengetahui hakikat keseluruhannya.. kita cuma dapat mengagak daripada rentetan peristiwa2 pada tarikh tersebut.. Mungkin juga Allah hendak menunjukkan kekuasaanNya kepada Thai yang sebelum ini begitu angkuh memerangi umat Islam.. Thai hilang Phuket, antara sumber pencarian terbesar kerana Phuket adalah pusat pelancongan.. Pun begitu.. dengar cerita daripada petugas2 yang pergi ke sana, pelacur2 di Phuket tu, dalam keadaan skrg ini pun.. tetap terpaksa melayan pelancong2 yang datang.. sebab mmg itu kerja dia.. kalau tak buat tak dapat carik makan.. MasyaAllah.. begitu dahsyat sekali maksiat yang berlaku.. Dalam keadaan bala yang menimpa pun.. mereka masih mampu buat maksiat..
Dan mungkin juga kerana berlakunya pergolakan di Acheh.. Allah murka dengan sikap manusia yang tak habis2 berbunuh-bunuhan.. Tiadanya perdamaian.. Berpecah belah dll lagi.. Hasil daripada tangan2 manusia yang menyebabkan turunnya bala Allah.. Yang pasti.. kita harus muhasabah diri kita daripada peristiwa ini.. Betapa kemurkaan Allah ke atas maksiat yang dilakukan.. Janganlah kita merasa selamat.. kerana Allah boleh buat apa sahaja.. Kalau bukan dengan gempa Allah boleh buat dengan Tsunami.. Kalau bukan dengan taifu Allah boleh bagi dengan kemarau.. dll lagi.. Kekuasaan Allah mengatasi segala2nya.. Sedarlah sekarang sebelum terlambat..
Antara hikmah lain daripada bencana ini.. ialah apabila kita melihat kekuasaan Allah dengan mata kepala kita sendiri.. Allah meninggikan agamaNya.. Masjid2 dan surau2 dipelihara.. walaupun ombak tersebut ganas dan arus deras selaju 800 km/jam tapi bila berdepan dengan masjid.. Terbelah dua ombak tersebut dan tidak mengganggu masjid.. Begitu juga di Acheh.. dalam suratkhabar kita tengok... Gambar tu menunjukkan masjid saja berdiri teguh.. sedangkan sekelilingnya.. habis disapu oleh tsunami.. Begitulah kekuasaan Allah yang dizahirkan pada mata kepala kita sendiri.. Dan ada juga mata2 yang menyaksikan.. ombak ganas tsunami tersebut.. tidak mengganggu orang yang sedang solat zuhur di tepi pantai.. juga seorang yang sedang solat di atas bot.. Subhanallah.. Allah hendak menunjukkan dia tetap memelihara agamaNya.. Dan aku yakin.. tidak kurang bilangannya orang2 bukan Islam yang akan masuk Islam.. :) Dan kita juga secara tak langsung diundang keinsafan atas dosa2 kita.. :) Di sini kita lihat bermacam2 cara Allah nak memberi hidayah kepada hamba-Nya.. Alhamdulillah..
Banyak hikmahnya dan atas rahmat Allah dapat kita ketahui serba sedikit.. tapi hakikat dan hikmah keseluruhanNya hanya Allah yang mengetahui.. Marilah sahabat2 kita sumbangkan sedikit harta kita kepada saudara2 kita di sana yang memerlukan.. Dan marilah kita berdoa agar Allah rahmati roh-roh mereka.. dan menggolongkan mereka di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.. Semoga Allah memakbulkan permintaan kita.. Amiin..
Sekian dulu kali ini.. Wassalam..
0 comments:
Post a Comment