MUHASABAH DIRI
Assalamualaikum Sahabat2 yang dikasihi fillah..
Sebelum hamba meneruskan bicara.. Sudikan hamba memohon ampun dan maaf di atas kelewatan mengupdate blog yang serba dhaif ini.. Huhu.. Mintak maaf banyak2 ye.. Nak kata sibuk, pun satu sebab jugak.. tapi kadang2 bukan sebab sibuk aje.. sebab mood nak menulis hilang dan takde idea pun antara sebab yang selalu menyebabkan tertangguhnya penulisan di blog ini.. Bukannya takde.. Kalau fikir2, patutnya ada jer benda nak tulis.. Tapi disebabkan otak pun duk fikir benda lain, maka idea tu pun tak keluar lah.. Tapi kali ni disebabkan dah lama sangat tak update.. maka dipaksa2kanlah jugak otak tu utk berfikir.. Huhu.. Lemah pakcik ni kan.. Memang diakui kalau nak buat benda2 baik ni mmg susah.. Banyak benar benda menghalang.. Setan lagilah suka.. huhu.. dan dia tak serik2 mengacau kita supaya tak buat benda2 baik ni.. Antara kita sedar ngn tak jer.. Kadang2 kita dibgtau oleh setan"ala.. esok ada lagi.. rilek la.. banyak masa lagi.." huhu.. So kita pun tangguh2.. last2 tak buat gak.. ish2.. So sama2lah kita muhasabah diri kita yer.. :)
Cakap pasal Muhasabah Diri.. kali ni mmg aku nak tulis pasal Muhasabah Diri.. :) Aku nak tanya korang.. Selalu tak kita muhasabah diri kita?? Tak kiralah dari sudut ape sekalipun, samada dari sudut pencapaian kita dalam amalan akhirat ataupun dari sudut amalan duniawi.. Sepatutnya dua2 sudut kita kena muhasabah selalu.. Muhasabah atau dalam Englishnya Post Mortem ataupun dalam bahse Jepunnya 反省 = Hansei bererti mengkaji salah dan silap @ kebaikan agar di masa depan yang baik tu dapat kita teruskan dan yang buruk tu dapat kita elakkan @ baiki. Tapi biasanya, Muhasabah ni kita patut pandang lebih kepada Keburukan2 kita dan yang baik2 tu kita lupa2kan.. Sebab takut2 kita jadi riak @ ujub @ takbur dan merasakan yang kita dah cukup baik.. Cukuplah sekadar kita tau, hari ni kita dah buat benda baik, dan kita patut teruskan.. itu saja.. Tak perlu berlebih2 fikirkan benda baik yang kita dah buat tu.. Tapi bagi KEBURUKAN kita.. maka mmg sepatutnya kita berlebih2an memikirkannya.
Sebab apa kita kena selalu muhasabah diri kita? Sebab kita sebagai Muslim dianjurkan supaya menjadi bertambah baik dari sehari ke sehari.. Supaya saat apabila kita ditarik nyawa nanti adalah saat di mana itulah harinya kita memiliki amal yang paling baik dalam hidup kita. :) "Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Rugilah mereka yang hari ini sama seperti hari sebelumnya. Celakalah mereka yang hari ini lebih buruk dari hari sebelumnya." Selalu kita dengar kan phrase ni.. Ada orang kata hadis Nabi. Tapi tak dpt nak dipastikan kesahihannya. Jadi aku tak mengaitkannya dengan Nabi. Just ambil sebagai satu kata2 yang berguna. Ada benarnya kata2 ni kalau kita fikir2kan.. Dan apakah cara yang paling berkesan utk memperbaiki hari esok, iaitu dengan selalu memuhasabahkan diri kita. :)
Sebenarnya kadang2, dalam sedar atau tidak, mmg kita selalu Muhasabah Diri kita. Misalnya kalau hari ni kita terlajak solat Subuh, kita akan menyesal dan rasa "esok aku kena tido awal, supaya leh bangun subuh..". Kalau kita gagal dalam shiken sebab kita kurang study, kita akan rasa menyesal dan rasa nak perbaiki lagi tingkah laku kita, supaya study awal2 sikit.. Semua tu adalah Muhasabah secara tak langsung. Dan hasilnya boleh tahan baik, iaitu lepas dari Muhasabah tu kita dapat baiki diri kita. Tapi ia akan jadi lebih baik, sekiranya kita melakukannya secara terancang dan dibuat setiap hari pada waktu2 tertentu. Sudah tentu hasilnya juga memberansangkan. :) Cuma antara kita nak dan tak nak buat aje.. Kan? :) Dan antara istiqamah atau tak aje.. Huhu..
Tak kiralah sama ada dalam hal2 ukhrawi ataupun dalam hal2 keduniaan. Dua2 benda ni kita kena selalu muhasabah secara terancang.. Supaya kita dapat menjamin hari esok kita lebih baik dari hari ini.. :) Ambillah satu masa yang dapat kita istiqamahkan setiap hari utk kita muhasabah diri kita. Dan masa yang terbaik ialah sebelum tidur. Kerana ia menjadi penutup pada hari tu. Dan supaya esoknya kita bangkit dengan azam baru utk memperbaiki diri kita yang kurang semalam. :) Yang penting ialah istiqamah.. Istiqamah ni lah benda yang paling susah nak buat.. Huhu.. Kita boleh buat benda baik, malah kadang2 banyak benda baik yang kita dapat buat. Tapi masalahnya ialah nak mengistiqamahkannya. Maksudnya nak maintain buat benda baik tu setiap hari.. Hm.. Ada orang kata.. setiap amalan kita ni ada peringkat2 dia.. Yang pertama sekali ialah nak buat amal tu. Yang kedua nak maintain amalan tu @ istiqamah.. dan the last one ialah nak pastikan keikhlasan dalam setiap amalan tu.. Barulah ia menjadi amalan yang terbaik.. :) So.. Amacam dengan diri kita?? Renung2kan lah... (memetik gaya Usin semasa berpidato di KOBE.. hehe :D )
Hm.. Sbnrnya aku dah taip post ni kelmarin dulu.. tapi ingatkan nak tulis lagi, pasal rasa macam ada idea lagi.. tapi skang ni takde idea dah.. huhu.. Hm.. takpelah.. daripada aku tak post.. baik aku post dulu kan.. Nanti2 aku akan sambung lagi insyaAllah.. Doakan aku ye sahabat2.. semoga terus istiqamah utk menaip sesuatu yang bermanfaat utk semua.. :) terima kasih banyak2 aku ucapkan.. semoga Allah memberkati hidup sahabat2 semua, dan berjaya di dunia dan akhirat..
Sekian dulu..
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment