Pages

Saturday, December 11, 2004

MENILAI KELEMAHAN

Assalamualaikum wbt sahabat yang dikasihi Allah.. Ni adalah tazkirah aku malam semalam utk bebudak Nagoya.. aku rasa baik jugak kalau kongsi ngn korang.. Semoga kita semua dapat ambik iktibar dan berusaha utk memperbaiki diri kita..

Tazkirah Tadarus 10/12/2004

Syukur kita kepada Allah swt.. kerana Allah bg kita peluang yang tak semua orang dapat rasa.. Allah telah pilih kita utk sama2 berada dalam satu majlis yang penuh dengan rahmat dan keberkatan.. Orang2 yang menyertainya akan dianugerahkan dengan keampunan dan ketenangan.. Tak semua orang Allah pilih.. Ada shbt2 yang sekarang masih lagi leka dan lalai dengan dunia.. Dan ada juga shbt2 yang nak dtg ke majlis spt ini tapi tak berpeluang krn ada tugasan lain.. Jadi mmg sepatutnya kita yg Allah pilih ini bersyukur banyak2 atas pilihan ini..

Malam ni masuklah malam ke 28 Syawal 1425 Hijrah. Sudah hampir sebulan sejak kita meninggalkan Ramadhan yang mulia.. Sekarang ni, mari kita chek balik diri kita.. Dalam masa hampir sebulan ni, adakah amal2 baik kita bertambah atau berkurang.. Dan adakah amal2 buruk dan akhlak buruk kita berkurang atau tidak.. Dan mari kita bandingkan dengan diri kita pada bulan Ramadhan yang lalu.. Adakah sama atau lebih baik atau lebih buruk??

Beruntunglah kalau diri kita yang sekarang ni lebih baik lagi daripada diri kita ketika dlm bulan Ramadhan dulu.. Ini menunjukkan kita telah melalui Madrasah Ramadhan dengan baik, dan telah sotsugyou dengan cemerlang dan telah mendapat hasil daripadanya iaitu keTAQWAan kepada Allah..

Dan beruntung jugak bg kita sekiranya kita dapat maintain diri kita sama seperti kita berada dalam bulan Ramadhan yg lalu.. kerana bukan senang nak maintain dgn keadaan diri yg stsa ringan utk beribadah macam tu. Kerana syaitan dah terlepas dari ikatan dan sentiasa menggoda diri kita..

Dan sgtlah rugi dan malang sekiranya kita yg sekarang ini lebih buruk dari diri kita dlm bulan Ramadhan dulu. Ini menunjukkan kita belum benar2 lulus dan belum benar2 mendapat hasil daripada madrasah Ramadhan yang telah kita lalui selama sebulan itu.. Malah kita bimbang.. sekiranya Allah tidak menerima puasa kita, kerana tidak ada hasilnya daripada puasa itu kepada diri kita.. Sebab apa? Sebab puasa yang diterima oleh Allah sepatutnya akan memberi kesan kepada diri kita.. iaitu TAQWA..


Sekiranya tiada TAQWA, maka kita belum benar2 berpuasa dengan sebenar-benarnya.. Kita tidak benar2 menghayati hakikat puasa itu sendiri.. Dan belum mencapai tahap puasa yang sebenar.. Tapi kita tetap berdoa, semoga Allah terima amalan kita yang sedikit itu.. Jadi sahabat2.. marilah kita sama2 renungkan.. dan berazam utk memperbaiki lagi diri kita sampailah kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang akan datang insyaAllah.. Amiin..

Hari ni, saya nak kembali mengingatkan kita ttg satu tanggungjawab yg telah Allah berikan kepada kita.. iaitu sebagai Khalifah di muka bumi ini..


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah ayat 30)

Apakah tugas Khalifah? Khalifah = wakil.. Sebagai Khalifah Allah di muka bumi bermaksud kita sebagai Muslim kena menjadi wakil Allah utk menjaga kemakmuran bumi ini.. Selagi dunia ini tidak dipegang oleh orang2 Islam.. maka selagi itulah kemakmuran takkan dapat ditegakkan.. Seperti yang kita tengok sekarang.. Berlakunya kerosakan di sana sini.. Keganasan dll.. Sebab apa? Sebab bumi ini dikuasai oleh orang2 bukan Islam yang sentiasa membawa kerosakan kepada muka bumi..

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ قَالُواْ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.

أَلا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَـكِن لاَّ يَشْعُرُونَ
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (Al-Baqarah 11-12)


Jadi saya nak mengajak sahabat2 semua berfikir.. adakah hari ini kita betul2 dah tunaikan tanggungjawab tersebut?? Adakah kita benar2 telah menjadi khalifah Allah di muka bumi, ataupun sekurang2nya berusaha kearah itu? Iaitu dengan membawa kemakmuran kepada bumi ini? Dan kemakmuran itu takkan hadir tanpa Islam yg sebenar.. Tanpa kita menjadi muslim yang sebenar.. Tanpa kita betul2 beramal dengan Islam dan bawak Islam dalam kehidupan kita sehari2.. Tanggungjawab ini adalah satu tanggungjawab yang besar.. Tapi kita hari ini lupa akan tanggungjawab ini..


Hari ini.. kita lebih banyak berhibur daripada berusaha kearah membentuk diri menjadi lebih baik.. Hari2 kita berhibur, pagi petang siang malam tanpa henti.. Sehinggakan waktu kita tidur pun kita didendangkan dengan lagu2.. Bukan setakat itu, kita sanggup berkorban masa dan duit utk berhibur.. Berapa banyak duit kita dah habis dengan berbelanja utk berhibur.. Beli game yang mahal2.. beli DVD, pinjam DVD, tengok wayang dsbgnya.. Dan macam2 jenis hiburan yang ada.. Apa yang saya nampak membawa kesan yang besar.. ialah lagu2.. movie2.. game.. chatting.. Perkara2 ini adalah benda yang begitu besar kesannya kepada anak2 muda kita sekarang.. Dan kita jugak kadang2 terlampau asyik dengan benda2 ni.. Dan lebih teruk lagi, kalau2 hiburan yang kita pilih tu membawa unsur2 maksiat.. bukan sahaja hiburan tu sendiri sudah melalaikan.. malah kita boleh dapat dosa lagi..

Salahkah utk berhibur? Tak salah kalau ianya tak melalaikan kita dan hanya sekali sekala saja kita lakukan.. Tapi ia adalah satu kesalahan yang besar kalau dengan berhibur itu kita lupakan tanggungjawab kita yang lain.. Kita ada banyak tanggungjawab.. Tanggungjawab khusus dan tanggungjawab umum serta tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim.. Kalau sekarang ni kita student.. tanggungjawab utama kita adalah utk belajar.. selesaikan kerja2 yang patut.. report2, pergi ke kelas, study.. Tapi kadang2.. bila kita terlampau lalai dan asyik berhibur.. kita abaikan amanah dan tanggungjawab tersebut.. Ini adalah satu kesalahan yang besar.. Dan di akhirat nanti kita akan dipersoalkan atas tanggungjawab2 ini..


Dan begitu jugak dengan orang lain.. masing2 ada tanggungjawab khusus yang tersendiri.. yang terikat dengan diri sendiri dan wajib dilaksanakan.. Andai kita bekerja, maka kita tak boleh malas bekerja.. hanya kerana berhibur, kita ponteng kerja dsbgnya.. Andai kita seorang ayah, atau bakal menjadi Ayah insyaAllah..kita mempunyai tanggungjawab terhadap anak2 dan keluarga.. tanggungjawab utk memberi nafkah zahir dan batin.. kalaulah dah menghabiskan banyak duit utk berhibur, cukupkah duit utk nafkah yang sepatutnya diberi kepada anak2.. andai nafkah zahir telah diberi.. bagaimana pula dengan nafkah batin kepada keluarga.. iaitu memberikan didikan agama yang secukupnya kepada isteri dan anak2..


Tanggungjawab yang khusus itu pun kita tak tertanggung.. bagaimana pula dgn tanggungjawab secara tidak langsung kita terhadap masyarakat.. iaitu membawa manfaat dan kebaikan kepada masyarakat.. sudah tentulah kita tak dapat nak penuhi.. Masyarakat Islam hari ini sedang dalam keadaan sakit.. Begitu banyak gejala sosial yang berlaku.. Zina berlaku sana-sini.. Buang anak.. dan macam2 lagi gejala sosial yang berleluasa.. Siapa lagi yang nak memperbaiki masyarakat kalau bukan kita? Kita sebagai golongan elit.. profesional.. golongan bijak pandai.. kitalah yang diharapkan utk memperbaiki masyarakat dengan menyumbangkan kemahiran dan tenaga kita.. segala ilmu yang kita ada.. terutamanya utk generasi muda.. bagi memastikan anak2 muda kita tak rosak di masa depan nanti..

Dan begitu juga dengan tugasan sebagai seorang muslim utk sentiasa membaiki diri hari ke hari.. sentiasa menambah amal ibadah… Buat solat2 sunat, baca al-quran, menambah ilmu agama.. Semua ini kita tinggalkan sebab kita dah isi masa kita utk berhibur yang kadang2 tak memberi faedah apa2 pun.. hanya sekadar utk bersuka ria dan berseronok.. sampai bila kita nak berseronok?? andai kita mati esok hari.. adakah kita nak bawak hiburan2 kita tu masuk ke dalam kubur? Jadi sama2lah kita renungkan sahabat..

Buatlah sesuatu yang lain sebagai mengisi masa kita.. gunakan masa kita utk benda2 yang berguna.. banyak benda buleh kita buat.. isilah masa kita dengan apa saja benda asalkan berfaedah.. bacalah buku2.. tak kiralah buku apa.. buku english ke.. nihonggo ke.. disamping dpt menambah ilmu kita boleh melatih grammar.. baca novel2 asalkan bukan novel cinta yang mengarut.. sekarang banyak dah karya2 yang berunsur islamik dan memberikan ilmu kepada pembaca2.. belajar buat website dsbgnya.. belajar programming.. belajar nihonggo lagi ke.. utk amik 1kyu dll lagi.. Asalkan ianya berguna dan boleh digunakan utk masa depan kita.. bila masuk ke alam pekerjaan nanti.. Bukanlah setakat dengan baca buku2 agama dan ibadah2 khusus saja.. tapi kalau perkara2 berfaedah ini kalau kita niatkan ibadah, maka ia juga turut akan diberi pahala... Bersukan ke.. main bola, berenang dsbgnya.. Buleh menyihatkan badan.. Fikirkanlah.. Dan dapatkan satu perkara yang berfaedah.. sebagai alternatif kepada hiburan2 kita yang melalaikan itu..

Jadi saya harap.. mulai sekarang.. kita cuba utk ubah diri kita.. tanamkan satu rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.. kita dihantar oleh Allah utk menyumbang kepada umat ini.. Berbakti dan memberi manfaat.. memastikan kemakmuran dunia ini dapat dijaga.. Atas sebab itu.. mulai sekarang.. kita kena berfikir.. dan ubah diri kita.. jauhi perkara2 yang lagho.. baiki diri kita dengan Islam dan jadikan diri kita seorang Muslim dan Mukmin yang kuat dari segala aspek, terutamanya self management.. utk memastikan diri kita betul2 managed.. supaya lepas ni kita leh manage orang lain plak... InsyaAllah.. andai kita berubah sekarang dan satu hari nanti kita semua dapat bergabung, insyaAllah kita akan dapat mengembalikan kegemilangan umat ini.. yang pernah tercapai di zaman sahabat dulu..

Sekian dulu untuk kali ini Wassalam..

0 comments: