Pages

Saturday, December 18, 2004

KEMENANGAN DAN BANTUAN ALLAH

Assalamualaikum wbt.. sahabat2 yang dikasihi fillah.. :)

Terima kasih kerana terus setia utk membaca weblog yg serba kekurangan ni.. :) Semoga kesetiaan korang semua memberi aku semangat utk terus istiqamah dlm perjuangan ini.. insyaAllah.. amiin.. :)

heh.. Drayourn.. tulah.. cuak gak den.. seb baik takdo kek umah maso tu.. huhu.. :D ops.. haa.. :) utk pengetahuan korang semua.. apa yang Draygourn katakan tu ialah mengenai satu peristiwa yang berlaku kelmarin.. :) Ada dua orang pegawai kerajaan.. (katanya dari imigresen) telah datang melawat ke rumah aku.. Huhu.. time tu aku tak ada kat rumah.. yang ada hanyalah Apisdin.. Dia kata kat Apisdin.. nak jumpa aku.. huhu.. Katanya.. dia ada baca blog aku dan ki ni naru (berminat) utk membincangkan tentang isu2 semasa dunia Islam dengan aku.. huhu..

Mungkin sebab dlm blog aku ada gambar pejuang Palestin ni kot.. huhu.. :D Tapi yang aku respek tu ialah.. camne diorang leh detect alamat umah aku ni.. hebat2.. hanya dengan chek kat internet ni jer.. dahsyat la diorang.. huhu.. Haa.. sebelum tu.. nak bgtau.. yang diorang ni... time perkenalkan diri.. bgtau.. yang diorang adalah dari Imigresen.. Jabatan Sekuriti.. huhu.. :D so ala2 FBI or CIA lah kot.. huhuhu.. :-S cuak pakcik.. :D hehe.. Time diorang perkenalkan diri.. siap kuarkan tag.. (ala cam dlm citer org putih tu laa.. hehe.. ) yang menunjukkan diorang ni dari Imigresen.. hehe.. :D Seb baik tak nampak lg koleksi pistol menan aku... komfem kena gari terus time tu.. huhu.. :D..

Anyway.. tujuan diorang bukannya apa.. just nak bincang2 dan nak kenal2 ngn kitorang.. mungkin sbb sekarang ni makin banyak perkara yang berlaku berkaitan dengan dunia Islam kita.. Keadaan di Thailand.. di German, di Iraq.. dan di Arab Saudi.. antara event2 terbaru yang berkaitan dengan dunia Islam.. yang menyebabkan diorang semakin ki ni naru (baca : risau.. :D) dan menimbulkan rasa betapa pentingnya diorang menjaga ( baca : menyiasat :D) org2 Islam di sini.. hehe.. :) Risau gak diorang.. tp bagus gak.. Sebab secara tak langsung kita leh amik peluang ni utk menerangkan hal yang sebenar kepada diorang.. :) semoga wakatte kureru.. (diorang leh faham).. rikai dekiru youni.. dekiru dake.. setsumei shitai.. ( seboleh2nya.. aku nak terangkan sampai diorang leh faham.. :) ).. Doakan yer kawan2.. :) semoga mereka dapat faham Islam yang sebenar.. insyaALlah.. :)

Nampak hikmahnya di sini.. Hikmahnya berlaku semua peristiwa2 yang berkaitan dengan Umat Islam pd hari ini.. Ialah semakin tertariknya orng2 bukan Islam utk mengetahui Islam.. Secara tak langsung, mesej Islam telah sampai ke seluruh pelusuk bumi.. Orang2 yang tak kenal Islam semakin tertarik utk mengetahui.. Apakah teruk sangat Islam ni??.. Dan lain2 soalan lagi yang timbul.. :) Dan tidak kurang juga.. Semakin ramai orng2 bukan Islam yang memeluk agama Islam.. :) Mengikut statistik.. bilangan org bukan Islam yang memeluk Islam selepas Sept 11 bertambah dengan drastik.. :)

Inilah antara satu kesan lain yang sepatutnya semua umat Islam pada hari ini melihat dengan teliti dan mengucapkan SubahanAllah atas kehebatan Allah dan kekuasaan Allah.. mengatur semuanya dengan begitu terancang.. Walaupun kita memandang di bhgn negatifnya.. iaitu Umat Islam semakin teruk dikalahkan.. tp sebaliknya.. Allah menambahkan lagi bilangan org2 yang mendapat hidayahNya.. hasil daripada peristiwa2 itu.. begitulah hebatnya Allah.. :)

Teringat akan ayat2 Allah dlm Al-Quran Al-Karim.. Surah An-Nasr
[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan
[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;
[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Dan aku yakin.. sekarang ni adalah tanda2 semakin dekatnya kita kepada kemenangan itu.. :) InsyaAllah.. Dan bila kemenangan berpihak kepada kita.. maka semakin ramailah yang akan masuk Islam.. sampaikan kita tak cukup tangan utk membantu mereka.. mengajar mereka Islam.. Dan.. yg bertambah sedih.. ialah.. kita sendiri tidak sempurna Islamnya.. sampaikan mereka nak belajar dengan kita pun tak buleh.. huhuhu.. Mereka akan mencari2.. bagaimanakah Islam yang dikatakan begitu sempurna.. begitu indah.. begitu baik.. dari dalam diri2 Muslimin dan Muslimat hari ini.. Tapi mereka tak menjumpainya.. Dan sudah pasti.. di akhirnya.. mereka akan rasa pelik dengan kita.. Yang katanya.. sejak dari lahir sudah Islam.. tapi tak bawak sikit pun ciri2 Islam dalam diri kita.. Tak bawak pun akhlak2 Islam dalam diri.. Malah kita ni lebih Orang Putih dari pada mereka.. huhu.. bak kata Ustaz Shamsuri.. Orang Putat.. sbb nak kata putih tak putih.. huhu.. :D

Malu tak kita nanti?? Mesti malu.. tapi harap2.. malu itu dapat merubah diri kita.. Malu bila org yang baru masuk Islam lebih baik dari kita.. :) tapi kalau tak malu jugak.. tak taulah nak cakap apa kan.. huhu.. Mmg hampeh la.. huhu.. Hm.. Yusuf Islam ada mengatakan.. Islam itu diibaratkan satu mutiara yang sangat berharga.. dan umat Islam yang sejak dari lahirnya sudah memeluk Islam umpama sedang duduk di atas mutiara itu tapi tidak tahu betapa bernilainya mutiara tersebut.. Alangkah ruginya kita kan.. Tapi orang2 yang baru masuk Islam.. umpama orang yang baru dapat mutiara itu.. dan tahu akan nilainya.. dan sangat2 menghargai mutiara tersebut.. dan tak mau melepaskan mutiara itu.. :) jauhnya beza antara kita dengan diorang kan..

Islam by Choice or Islam by Chance.. itulah dia yang aku nak sebutkan.. Kita sendiri yang menentukannya.. :) terserah kepada kita.. Dalam ceramah by adik Ust Naushad kat Masjid Nagoya Sabtu lepas.. Sebagai orang Islam.. kita sepatutnya ada aqidah yang kuat dengan Allah.. :)

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : [256] Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Sebagai orang Islam yang sebenar.. kita kena mengkufuri toghut dan berpegang teguh dengan tali Allah.. iaitu mempunyai Aqidah yang kukuh kepada Allah swt.. Toghut dalam erti kata.. semua perkara yang mengingkari perintah Allah dan mengikut Syaitan.. Tapi kita pada hari ini.. bukan saja tak mengkufuri toghut.. malah mengagung2kannya.. dan kita juga bukan saja tidak berpegang teguh dengan tali Allah.. malah hanya memegangnya dengan hujung jari.. Sungguh jauhnya kita dari Islam yang sebenar.. Islam yang dibawa oleh Rasulullah.. Hari ini.. sunnah2 Rasulullah kita tinggalkan.. So.. apa lagi yang kita ada yang membawa ciri Islam dlm diri kita?? Hanyalah nama kita.. itupun kalau panggilan kita masih ada ciri Islam.. tapi kalau panggilan pun dah tak Islamik.. lagi2lah jauh kita daripada diri seorang Muslim sejati.. #-o huhu.. renung2kan lah sahabat2..

Kalau hari ni.. sahabat kita yang paling rapat ngn kita.. Nihonjin, tiba2 cakap nak masuk Islam.. haaa.. mesti menggelabah kita.. sebab apa menggelabah.. sebab nanti.. kantoilah semua perangai2 kita yang tak Islamik kat dia.. kantoilah semua keburukan2 kita yang tak sepatutnya seorang Islam buat.. sebab for sure.. dia akan belajar Islam yang sebenar.. dan dia akan tertanya.. apesal mamat ni buat benda ni.. walaupun dalam Islam tak bagi.. haaaaa.. tak ke kantoi di situ.. Huhu.. Tak penah ke pk2 kan?? Kalau tak penah.. maka start la pkkan sekarang.. dan start la ubah diri kita.. :) InsyaAllah.. Masa tu akan tiba satu masa nanti.. Sebab dalam Al-Quran telah tertulis begitu.. :) Ok? Sama2 kita muhasabah dan renung2kan.. insyaAllah.. :)

Oklah.. panjang sangat plak nanti.. :) InsyaAllah ada masa dan peluang.. Aku sambung lagi tulisan2 aku.. :) Aku doakan semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah.. dan diberi peluang sentiasa utk memperbaiki diri sebelum ditarik nyawa.. :) InsyaAllah..

Okeh yer.. jumpa lagi.. Wassalam.. end..

0 comments: