Assalamualaikum wbt Sahabat2 yang dikasihi fillah.. :)
Begitu pantas masa berlalu kan.. Sedar tak sedar kita dah berhari raya Aidilfitri.. Sedar tak sedar kita dah habis Ramadhan yang sangat2 kita harapkan agar dapat bertemu lagi taun depan.. Sedar tak sedar semuanya berlalu satu demi satu.. Meninggalkan kita dengan muhasabah2 diri yang entah bila dapat dicover.. huhuhu.. Apa2 pun.. Aku ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada sahabat2 semua.. Sama ada yang aku kenal atau tidak.. yang selalu melawat blog yang serba dhaif ini.. ataupun tak selalu.. semuanya aku ucapkan dengan ucapan yang sama.. :) Kullu 'Aam wa antum bikhair.. Taqabalallahu minna wa minkum. Eid Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima oleh-Nya.. Semoga kita beroleh keampunan dan pembebasan dari api neraka dengan tamatnya Ramadhan ini.. Kerana Allah telah menjanjikan yang sedemikian.. InsyaAllah.. Say amiin.. Amiin.. :)
Dan sedar tak sedar juga.. sudah hampir sebulan aku tak update blog ni.. kan? Sungguh cepat masa berlalu.. sampai aku pun tak sedar.. (alasan) huhu.. :D Sorilah ye sahabat2.. Aku tau korang merindui tulisan aku.. hehe.. Perasan plak.. :) Aku mintak maaf atas kelemahan diri ini.. Tak mau beristiqamah menggunakan peluang yang ada utk terus menyampaikan msg2 yang berguna kepada orang ramai.. :( Alangkah lemahnya aku.. Doakan aku sahabat2.. agar terus beristiqamah dengan komitmen yang mantap dalam keadaan sesibuk mana sekalipun.. kerana masa yang kita ada tak cukup berbanding dengan kerja yang perlu kita buat utk masyarakat.. utk membawa msg2 kepada masyarakat.. utk berjuang menegakkan kembali kebenaran yang suci lagi haq ini.. dan seterusnya untuk kembali memartabatkan Islam di tempatnya yang sebenar.. iaitu tinggi setinggi2nya di dunia ini.. Satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah swt. Semoga jalan ini terus menjadi pilihan kita sehinggalah kita kembali bertemu Tuhan yg Satu.. Allah swt.. Amiin..
Bersiap2 utk Tarawih.. :)
Banyak jugak benda yang aku nak kongsi ngn korang sbnrnya sepanjang Ramadhan yang lepas.. Bagaimana bestnya dapat bertarawih.. Berada bersama2 dengan saudara2 seIslam yang jarang2 dapat ditemui dalam keadaan berkumpul beramai2 begitu kecuali hanya pada hari Jumaat.. Tapi dalam Ramadhan.. tiap2 malam bersuasana begitu.. Oh.. Alangkah manis dan indahnya beribadah, bermunajat kepada Allah dalam suasana begitu.. Terasa begitu kukuhnya ukhwah antara semua Umat Islam.. Walaupun kita tau hati kita semua lain2.. Ada yang betul2 beribadah dan ada yang ikut saja2.. Yang tak ikhlas pun ada.. Tapi itu semua adalah antara Allah dan kita.. Tapi bila semua sudah bersatu di bawah arahan daripada ketua yang satu yakni IMAM.. Semuanya sama sahaja di mata kita.. Bila IMAM menyebut AllahuAkbar.. semua mengangkat takbir serentak.. semua rukuk serentak.. semua sujud serentak.. Satu solidariti dan kesatuan yang kelihatan begitu kukuh dah kuat..
Oh.. Alangkah bagusnya sekiranya ia dapat dipraktikkan dalam diri semua umat Islam.. Hanya satu IMAM dgn perpaduan yang sangat kukuh dan jitu.. Tiada siapa dapat melawan.. Ia tidak lain hanya dapat kita temui dalam sistem pemerintahan Khilafah Islamiyah... Yang sudah berjaya dimusnahkan oleh Yahudi dan musuh2 Islam lebih 80 tahun yang lampau.. Jadi kita pada hari ini mesti berusaha ke arah pembinaan semula Khilafah tersebut.. sekiranya kita mahukan Islam kembali kukuh dan kuat.. Bermula dengan dalam diri sendiri.. Pastikan diri kita dididik dengan Islam yang sebenar.. Dengan tasawur Islam yang sebenar.. Agar kita benar2 faham akan kehendak Islam.. Terutamanya pada zaman mutakhir ini.. Betapa pentingnya kita berkerja utk Islam.. Menggerakkan segenap tenaga yang ada utk mengembalikan kesucian agama yang mulia ini.. Dengan turut memberikan kesedaran kepada orang lain.. Terutamanya ahli keluarga kita.. Dengan ini insyaAllah jalan ke arah Khilafah Islamiyah itu akan semakin mudah..
Kemudian dalam solat tersebut.. Tok Imam telah membacakan surah2 dari Al-Quran.. Alangkah syahdunya suasana itu.. Dalam keheningan ruang masjid, semua jemaah khusyuk mendengar... bergemalah ayat2 suci dari Kalam Allah sendiri.. Dilaungkan janji2 Allah bagi orang2 yang beriman.. Dilaungkan azab2 Allah bagi orang2 yang menderhaka kepada-Nya.. Dilaungkan doa2 dan pengharapan orang2 mukmin kepada Allah.. Dan dilaungkan jua ayat2 yang menjadi kekuatan bagi pejuang2 yang setia untuk meneruskan perjuangan yang suci lagi mulia ini.. Ayat2 janji2 akan Syurga.. Janji2 bagi mereka yang Syahid.. Janji2 akan kemenangan dan pertolongan Allah.. dan banyak lagi ayat2 yang sangat menyentuh di hati ini.. Semuanya dibacakan dari kitab nan suci yakni Al-Quranul Karim.. Dibacakan oleh Hafiz yang didatangkan khas.. menjadi asbab agar hati para jemaah menjadi lebih khusyuk dan dapat meneliti setiap ayat yang dialunkan.. menjadi lebih yakin, lebih berharap, lebih insaf, lebih takut dan macam2 lagi perasaan yang timbul.. Oh.. Bila dikenang balik kembali rindu kepada Ramadhan yang telah pergi.. :( Semoga dapat bertemu lagi di tahun depan.. Amiin..
Antara ayat2 yang cukup2 menyentuh hati aku.. ialah.. Surah At-Taubah ayat 25, 26 dan 27.. :
[26] Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
[27] Kemudian Allah menerima taubat orang-orang yang dikehendaki (dengan memberi taufik untuk memeluk Islam), sesudah (orang-orang kafir itu ditimpakan dengan azab) dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Aku teringat ayat2 ni sebab penah baca dan aku fahamlah sikit2 bila dengar perkataan2 tu.. So bila sampai kat ayat ni.. Aku terkenangkan nasib kita pada akhir zaman ni.. Dan aku berdoa kepada Allah.. Agar Allah jugak bantu kita dengan menurunkan tentera2 yang tidak kelihatan... Bantuan direct daripada Allah.. Amiin ya Rabb... Dan bila sampai kepada ayat 40 Surah yang sama.. aku tak dapat menahan sebak di dada ini..
[40] Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Ya Allah.. Alangkah kerdilnya diri ini.. Siapalah aku di sisi Mu ya Allah.. Dan ketika Imam membacakan ayat ini juga aku terkenang akan nasib saudara2 kita di sana.. Palestin, Iraq, Perancis, Indonesia, Thailand.. di mana umat Islam diseksa.. ditindas.. Oh.. Ingin saja aku berada di tempat2 itu utk membacakan kepada mereka ayat2 ini.. Meyakinkan mereka akan janji2 Allah.. Agar mereka terus bersabar akan dugaan dan cubaan yang Allah turunkan ini.. Tapi bila terfikir kembali.. Sekiranya aku berada di tempat mereka.. Mampukah aku menahan ujian yang sebegitu berat?? Ya Allah.. Aku hanya berdoa.. Agar Allah menetapkan mereka dalam keadaan keimanan yang kukuh.. tidak tergugat sedikitpun.. sekalipun diuji dengan sebegitu berat.. :( Aku bersyukur kerana Allah tak letakkan aku pada tempat mereka.. Kerana aku takut2 aku tak mampu berhadapan dengan ujian yang sedemikian..
Dan satu lagi ayat2 yang sangat2 menyentuh hati aku ialah.. Ayat 10 hingga 14 dari Surah As-Sof.. Terutamanya ayat 13.. Ayat yang memberi keyakinan kepada aku.. Bahawa Kemenangan adalah milik umat Islam..
[10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
[11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[12] (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar.
[13] Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
[14] Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
Aku sering berulang2 membacakan ayat2 ini ketika mengimami solat tarawih sesama bdk2 Msia.. Boleh lah chek balik dan cuba baca kembali.. Ayat ini cukup2 bermakna buat aku.. Menjadi keyakinan akan janji Allah kepada pejuang2 dan orang2 beriman.. Bahawa KEMENANGAN itu adalah milik orang Mukminin.. dan ia sudah tidak lama.. bahkan sangat dekat..
Oh... Betapa aku rindukan Ramadhan.. Tapi ia sudah berlalu.. Dan kini sudah Syawal.. Sepatutnya kita gembira kerana janji2 keampunan dan pembebasan dari api neraka bagi orang2 yang berpuasa.. Tapi mmg tak dapat dinafikan.. Perasaan sedih dan menyesal itu tetap ada atas kelemahan diri yang kurang beribadah sepanjang Ramadhan yang pergi dengan begitu pantas.. Semoga Muhasabah ini menjadikan Ramadhan yang akan datang jauh lebih baik dari Ramadhan kali ini.. Amiin..
InsyaAllah.. next post.. aku akan berkongsi cerita pasal Syawal pulak.. :) Sekian Wassalam..
0 comments:
Post a Comment