Pages

Thursday, September 30, 2004

WANITA - ASET UMMAT ISLAM SEJAGAT



Ust Naushad memberikan Kuliahnya.. :)


Assalamualaikum wbt Sahabat2 yang dikasihi fillah.. :)

Malam ni berjaga malam lebih sikit utk Study.. Esok ada test.. Sekarang ni amik masa kyukek (rest) kejap.. Huhu.. Daripada buat benda lain baiklah aku sumbangkan sedikit idea kat sini.. Kot2 leh manfaat.. Kalau takleh buang tepi aje.. ape susah.. kan? ;) :D Alhamdulillah.. walaupun tak nampak, tapi aku tau ramai yang mengunjungi blog ini.. Counter tu kejap je dah naik lagi seratus.. Huhu.. Aku bukan nak bangga.. Tapi aku rasa gembira, sebab apa yang aku tulis insyaAllah, kalau tak banyak, sekurang-kurangnya sedikit dapat aku kongsi bersama2 dengan orang lain..

Tak semestinya apa yang aku sampaikan aku dah amalkan.. Huhu.. Aku kongsikan dengan semua, supaya kalau2 ada seorang dalam ramai2 tu yang boleh amalkan, Alhamdulillah.. Tak maulah aku ada ILMU tapi tak berkongsi ngn org last2 ILMU tu hilang begitu sahaja sekali dengan kesenyapan aku.. huhu.. Tujuan berkongsi ILMU yang ada di dada ini agar sama2 kita mendapat manfaat.. Aku doakan moga kita semua dapat manfaat dan dapat mengamalkannya.. dan dapat sampaikan jugak kepada sahabat2 yang lain.. Terima kasih banyak2 aku ucapkan kepada sahabat2 yang terus menyokong aku utk terus menyumbangkan sedikit sebanyak ilmu yang ada pada diri ini.. Doakan diri ini agar terus ISTIQAMAH di atas jalan Perjuangan ini..

Hari ni jugak aku dapat tukar lagu baru kat sini.. Takdelah baru lagu ni sebab aku dah penah pastekan lirik dia sekali.. Keredhaan-Mu.. by In-Team.. Aku tukar dengan lagu sebelum ni.. Iaitu Destinasi Cinta by Mestica.. Hm.. lagu Keredhaan-Mu ni membuatkan aku sebak dada bila mendengarnya.. Bergenang air jernih di kelopak mata.. Huhu.. Bukannya apa.. teringat zaman aku muda2 dulu.. (camla tua sangat.. :D) Zaman2 enjoy2 dulu.. Zaman2 huha-huha dulu.. Zaman di mana aku lupakan Allah.. :( Dalam keadaan aku lalai dan alpa macam tu.. Allah masih mau tarik aku.. Allah masih mau aku dekat dengan Dia.. Tapi masa tu aku tanak.. Nak terus enjoy.. Huhu.. Tapi Allah tetap sayang kat aku.. Alhamdulillah aku tak hanyut jauh.. Rahmat Allah sangat luas aku rasakan.. Alahai... Bila kenang2 balik.. Alangkah bodohnya diri ini dulu.. Tak mau jugak sedar2 akan betapa sayangnya Allah pada aku.. Hm.. Walaupun sekarang aku takdelah bagus mana.. Still hampeh lagi.. Tapi sekurang2nya aku dah sedar siapa diri aku.. Insan kerdil yang hina sehina2nya di hadapan Allah.. Dan aku takkan lupa.. Sampai bila2.. akan asal usul aku.. SIAPA aku pada waktu dulu.. Dan bagaimana Allah masih mahu utk KUTIP aku daripada terus hanyut dalam dosa2 dan kelalaian... SYUKUR yang tak terhingga aku pada-NYA..


Sempat jugak Fallah (Monokuro) bergambar dgn Ust Naushad bersama seorang lagi sahabat dr Mauritius. :)


Huhu.. Mesti korang pelik kan.. Sebab tajuk yang aku bagi pasal WANITA.. huhu.. :D Okla. Takmo buang masa. Karang nak sambung balik study.. :) Hm.. Bukannya apa.. aku teringat akan pesanan Brother Naushad (Tok Imam Mauritius tu la.. :) ) Sebelum menamatkan kuliah dia haritu.. Dia suh kitorang bawak MUSLIMAT sekali utk JOIN program2 agama yang ada.. Samada TADARUS, CERAMAH MALAM SABTU, ataupun SOLAT JUMAAT.. :)

Antara lain katanya.. MUSLIMAT adalah aset yang sangat penting bagi UMMAT ISLAM masakini.. Peranan yang diberikan adalah sangat2 besar.. :) MUSLIMAT sebagai IBU kepada anak2 MUSLIM.. MUSLIMAT sebagai pendorong kepada SUAMI.. Dua peranan ini sekalipun hanya kelihatan sedikit, tapi sebenarnya ia membawa kesan yang sangat besar kepada UMMAT ISLAM.. Dan jugak peranan MUSLIMAT yang muda-mudi.. juga sangat2 besar..

Sekiranya MUSLIMAT mempunyai ILMU ISLAM yang cukup di dada dan mereka beramal dengannya.. Andai mereka muda-mudi, maka tidak akan berlaku pergaulan bebas, zina, ambik gambar tak senonoh, mendedah aurat dan perkara2 lain yang sewaktu dengannya.. Kerana mereka tau batas2 mereka dan benda itu telah diajar dalam ISLAM yang sempurna.. InsyaAllah kes ROGOL dapat dikurangkan kerana pemudi2 tidak lagi berpakaian umpama mengumpan perogol2 supaya datang merogol mereka.. Mereka akan menutup aurat dengan sempurna, dan sudah tentu ia akan menundukkan nafsu perogol2 sekiranya mereka masih manusia normal.. Kalau rogol jugak itu bukan manusia dah tu.. Itu dah binatang..

Sekiranya MUSLIMAT tersebut IBU, maka insyaALlah keluarga yang terbentuk adalah keluarga MUSLIM yang terdidik dengan nilai2 murni Islam.. Kerana seorang ibu lebih banyak berada bersama2 dengan anak2 berbanding seorang bapa.. Maka merekalah berperanan besar dalam mendidik anak2.. Kalau mereka tidak mempunyai ILMU AGAMA, maka anak2 akan membesar tanpa dididik.. Maka lahirlah masyarakat yang merosakkan ISLAM itu sendiri.. Masyarakat yang tidak solat, tidak takut kepada Allah, melakukan kemaksiatan secara terang2 terangan, malah lebih ditakuti, mereka mempersekutukan Allah atau tidak lagi mengaku Allah sebagai Tuhan mereka (murtad).. Na'uzbillahi Min Zalik.. Tapi kalau IBU itu seorang yang berilmu dan beramal dengan ISLAM.. maka insyaAllah, anak2 yang membesar bukan sahaja MUSLIM SEJATI malah akan menjadi MATA RANTAI kepada PERJUANGAN ISLAM..

Dan sekiranya dia seorang ISTERI, mereka akan melayan suami mereka dengan baik.. Maka tidak akan terjadi kes suami yang curang dan berkesedudukan dengan perempuan lain.. Tidak terjadi kes2 keruntuhan rumah tangga yang akhirnya memberi impak besar kepada anak2 yang tidak mengerti.. Kes2 sebegini yang akhirnya membawa persengketaan kepada kedua2 belah keluarga lelaki dan perempuan.. Yang akhirnya kita akan menyaksikan masyarakat ROSAK kerana berlakunya perbalahan antara keluarga.. Yang sebelum ini biras menjadi musuh.. Malah ada yang sampai sanggup menggunakan ILMU SIHIR akibat rasa tidak puas hati, dendam, dan perasaan marah yang begitu meluap2.. Kita akan hanya mampu melihat MASYARAKAT yang terus ROSAK dan ROSAK.. Kes2 ini hanya dapat diatasi, sekiranya si ISTERI seorang yang patuh dan akur dengan perintah suami.. Seorang yang menyayangi suaminya dengan sepenuh hatinya.. Tahu akan letaknya SYURGA itu di bawah telapak kaki SUAMI.. Tidak membantah2 arahan suami.. Tidak meng'queen' control suami.. Dan tidak curang kepada lelaki lain.. Tahu menjaga maruah dan harta diri serta suaminya andai suaminya tiada di rumah.. InsyaALlah kalau beginilah sifatnya semua ISTERI2 dalam dunia UMMAT ISLAM.. insyaALlah ummat ini akan kembali bangkit..

Bagaimana caranya hendak mencapai matlamat itu?? Maka jgnlah lupakan kaum IBU dalam majlis2 agama yang kita sertai.. Pastikan mereka juga dijemput, mereka juga diberikan keutamaan.. Kerana mereka adalah ASET bagi UMMAT ISLAM SEJAGAT... Andai mereka kita abaikan, bermakna kita telah mengabaikan UMMAH ini.. Kita telah mengabaikan masa depan UMMAT ini.. Semoga kita cepat sedar akan perkara ini, dan jagalah saudara2 WANITA kita.. Pastikan mereka mendapat didikan agama yang sempurna.. Semoga mereka menjadi SAYAP pendokong perjuangan yang tidak ada penghujungnya ini.. Terus bersama2 membina UMMAH.. Sebagai PEMUDI, IBU dan ISTERI.. :)

Sekian dulu coretan buat kali ini..

Wassalam.. :)

0 comments: