Pages

Sunday, September 26, 2004

TAUBAT

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi fillah..

Counter yang menunjukkan bilangan pelawat di blog ni makin meningkat hari ke hari.. Sekejap aje dah naik seratus.. seratus.. Huhu.. Aku takleh nak membiarkan no tu terus naik tanpa dapat apa2.. Oklah.. Aku ambik sedikit masa utk update blog aku ni..

Semalam aku pegi ke Masjid Nagoya.. Biasalah, Sabtu malam Ahad akan ada majlis ilmu.. Ceramah daripada Imam Besar Masjid Nagoya, Ust Naushad Kadur dari Mauritius.. Sejak dia bagi pengisian kat Masjid Nagoya aku rasa tersangat rugi utk miss setiap kuliah dia.. Sebab dia punya pengisian begitu mantap.. Huhu.. Terasa akan ilmu dia dan keberkesanan ceramah dia tu.. Pandangan mata dia yang tak lepas memandang semua mata.. begitu tajam menusuk di hati.. Ahaks.. hehe.. Tapi mmg laa.. Dia kalau cakap Urdu pun pandang kat kitorang dak2 Msia ni.. hehe.. Macamla kitorang paham.. :D Tapi ceramah dia mmg mantap.. InsyaAllah kalau ada kesempatan akan aku masukkan kat sini apa yang dah aku rekod dgn viewcam..

Malam sebelum tu kitorang jemput dia ke Majlis Tadarus kami.. Kpd yang belum tau apa dia majlis tadarus ni bolehla chek posting aku yang ni.. http://inazhkom.blogspot.com/2004_06_01_inazhkom_archive.html Scroll ke bawah sikit.. Posting bertajuk Kelas Tajwid (dedicated to Nagoya Boys).. Dia telah bagi sedikit ceramah ringkas tentang Persediaan Menghadapi Ramadhan dan Peranan Muslim Youth.. :) Pun best.. walaupun sempoi.. mungkin sebab depan anak2 muda.. tu yang dia sempoi sikit.. Tapi kalau khutbah Jumaat dia.. memang bersemangat.. Huhu.. Terasa ke'izzahan Islam..

Huhu.. Banyak sangat plak aku puji dia.. Tapi mmg la.. Dia sendiri cakap.. tanpa IZIN ALLAH dia takkan berada di situ dan tak dapat buat macam tu.. Semuanya dengan izin Allah jua.. Semoga dia mendapat rahmat dan mendapat ganjaran atas segala usahanya utk Islam.. Amiin..

Semalam dia telah bawakkan tajuk TAUBAT. Tajuk tu sempena persediaan kita dalam nak menghadapi bulan Ramadhan.. Alahai.. Ruginya semalam, sebab aku tak bawak viewcam utk record atau nota utk tulis.. huhu.. Tapi takpe.. setakat yang aku mampu aku akan recall balik dan kongsi ngn korang apa yang aku dapat..

Sebelum tu.. Aku nak ceritakan secara ringkas apa yang dah kitorang dapat dr kuliah2 dia sebelum ni.. Semuanya tentang persediaan kita dalam menghadapi Ramadhan kurang dari sebulan dari sekarang.. Ada beberapa persediaan yang kena kita kena buat dari sudut spiritual kita.. Di setengah tempat dalam masyarakat.. Kita akan menyambut Ramadhan dengan bersedia dengan makanan, baju2 baru dll.. Tapi sebenarnya persediaan hati, rohani atau spiritual itu paling penting.. Supaya bila Ramadhan tiba, kita dah bersedia dengan penyerahan yang sepenuhnya kepada Allah, dalam keadaan bersih dalam hati utk beribadah kepada Allah SWT..

Tapi sebelum kita buat semua persediaan ni.. Kita kena pilih dulu antara dua jalan.. Iaitu nak menjadi Islam by CHANCE or Islam by CHOICE.. Antara 2 tu.. Kalau kita nak jadi Islam by chance.. cukuplah sekadar kita ada nama Islam tapi tak beramal dengan Islam dan tak mau mendalami Islam.. Tapi kalau kita nak jadi Islam by choice.. kita study Islam.. mendalami ilmu ttg Islam dan submit ourselves to Allah swt.. :)

Apa dia persediaan yang kita kena lakukan?
1st sekali.. NIAT.. Kita kena betulkan niat kita utk menyambut Ramadhan ni.. Adakah kita nak puasa di bulan Ramadhan ni utk tunjuk kat orang ramai yang kita ni Muslim? Adakah kita nak bgtau kawan2 kita yang kita ni muslim so kita puasa.. Adakah kita nak tunjuk kat mak ayah kita yang kita ni puasa.. Bukan.. Tapi adalah kita puasa ini semata2 kerana Allah.. Kita serahkan segala ibadah kita di bulan puasa ni hanyalah kepada Allah swt..

2nd.. HUBUNGAN DGN ALLAH.. Kita kena perbaiki hubungan kita dengan Allah swt.. melalui solat 5 waktu kita sehari semalam.. Adakah sebelum ini solat kita baik? Sehingga kita merasakan Allah cinta kepada kita? Bagaimana hendak mendapat cinta Allah.. Tak ada cara lain tapi dengan meminta kepada Allah sendiri.. Ya Allah kasihilah aku, dan berilah aku cinta kepada Mu.. Doa kepada Allah.. You know.. (favorite phrase imam tu.. :D ) If you ask somebody for something, he will get angry with you.. But.. If you dont ask Allah, Allah will get angry with you then.. :) We can see the difference.. So we decide whether to get Allah's love or not.. :)

3rd.. HUBUNGAN DGN AHLI KELUARGA DAN SAUDARA MARA.. Kita kena perbaiki hubungan tersebut.. Kerana semua amalan kita tak akan diterima kalau hubungan tersebut buruk.. Dalam satu hadis, disebutkan.. Allah akan membuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis.. Dan pada hari tersebut amalan2 kita akan diangkat dan diterima oleh Allah swt.. Kecuali orang2 yang memutuskan hubungan silaturrahimnya.. So.. kalau kita tak baik dengan mak ayah kita.. adik beradik kita dan saudara mara kita yang rapat.. maka amalan kita semuanya hanya akan jadi sia2 belaka..

4th.. HUBUNGAN DGN SAUDARA SESAMA MUSLIM.. Kita kena perbaiki hubungan kita dengan sahabat2 sesama Islam kita.. Kena mintak maaf sekiranya ada kesilapan.. Kena hilangkan sifat dengki dan irihati dalam hati kita kepada mereka.. InsyaAllah kalau kita buat macam ni.. kita akan dapat merasai kemanisan Ramadhan.. :)

5th.. TAUBAT.. Bukannya time Ramadhan nanti baru nak bertaubat.. Biarlah kita bertaubat sekarang.. supaya dalam bulan Ramadhan nanti kita dah bersih dari dosa2 dan dah boleh mendapatkan pahala dan ganjaran yang maksimum dalam amal ibadah kita.. :)

Dan mungkin ada sambungan lagi.. InsyaAllah kalau ada akan aku bgtau kat korang.. Tapi kali ni aku nak cerita bab taubat.. Sebab semalam baru dia citer bab tu.. Aiseh panjang dah.. huhu.. InsyaAllah aku akan buat dlm bentuk point supaya senang kita ingat.. Tapi apa yang aku ingat lah ek.. Sebab semalam tak rekod apa2.. Huhu..

Apa itu taubat?? Taubat tu adalah pengaduan kita kepada Allah swt supaya Allah ampunkan dosa2 kita yang lalu.. Bukannya taubat tu dengan kita hanya pergi ke masjid dan ucapkan Astaghfirullah.. Tapi ada beberapa syarat2 dia yang kita kena patuhi.. Supaya taubat kita tu diterima oleh Allah swt..

Kenapa kita perlu taubat?? Kerana kita perlukan pengampunan Allah.. Allah itu Maha Pengampun.. tapi hanya sekiranya kita minta dari Allah.. Kalau kita sombong nak minta dengan Allah maka Allah takkan bagi kita keampunan dia..

Apakah bukti kita bertaubat kepada Allah swt?? Adakah dengan hanya meminta keampunan atas dosa2 lalu?? Bukti kita bertaubat kepada Allah swt adalah dengan kita berhenti melakukan dosa2 tersebut dan tidak akan melakukannya lagi pada masa akan datang..

Kenapa kita perlu bersegera utk bertaubat?? Kerana kita tak tau bila kematian akan datang kepada kita.. Mati akan datang kepada orang tua.. tapi ingat.. mati juga datang kepada orang2 muda.. Dan.. supaya hati kita masih boleh menerima hidayah Allah swt.. You know.. Kalau seseorang tu buat dosa.. Akan melekat satu titik hitam dalam hati dia.. Dan titik hitam itu takkan hilang melainkan sekiranya dia bertaubat kepada Allah swt.. Sekiranya seseorang tu menangguhkan taubatnya.. maka makin banyak titik hitam sehingga penuhlah hati dia, berkarat dengan titik hitam.. Maka masa tu tidak ada ruang utk nur hidayah masuk kedalam hati.. Hati akan menjadi tak lut dengan segala jenis ayat2 quran, hadis2 nabi dan nasihat2.. Na'uzubillahi min zalik.. Sebab itu kita kena bertaubat selalu.. Supaya hati kita sentiasa bersih daripada dosa..

Apakah ciri2 taubat?? Ada taubat yang hanya disebutkan di mulut sahaja.. dan selepas dari taubat itu kita still lakukan dosa yang sama.. Taubat seperti ini adalah seperti kita melawak dengan Allah swt.. Tp Allah Maha Pengampun.. Cuma dari segi keimanan kita kpd Allah adalah lemah.. Sebab tu kita kena prepare diri kita sebelum bertaubat.. Pastikan kita tau betul2 sebab apa kita bertaubat kepada Allah swt.. Dan serahkan betul2 pengharapan kepada Allah swt.. doa kepada Allah agar Allah bantu kita dalam bertaubat kepadanya.. Agar kita tak mengulangi semula dosa2 kita tersebut..

Adakah Nabi Muhammad tidak bertaubat?? Tidak.. Bahkan Nabi lebih banyak taubatnya daripada kita.. Huhu.. Dalam satu hadis sahih.. dikatakan Nabi bertaubat kepada Allah 100 kali dalam sehari.. Dan dalam satu hadis lain.. Nabi dikatakan bertaubat tidak kurang daripada 70 kali dalam sehari.. Kita?? Berapa kali dalam sebulan?? Tak.. Berapa kali dalam setahun kita bertaubat kepada Allah swt.. Alhamdulillah ada Ramadhan dalam setaun.. Sekurang2nya org ingat nak bertaubat.. Alhamdulillah ada Jumaat dalam seminggu.. Sekurang2nya orang datang ke masjid dan solat Jumaat.. Dan ALHAMDULILLAH kerana ada AIDUL FITRI dalam setaun.. Sekurang2nya orang yang tak pernah dtg pd bulan Ramadhan dan Jumaat utk bertaubat, datang juga ke masjid pada hari raya utk bertaubat dan bersolat kepada Allah swt..

Bila kita kena bertaubat?? "Anyone can answer?" tanya tok Imam.. "Now".. Answered one brother.. Yes.. (Tok Imam terus salam dia..) hehe.. Ya.. sekarang.. tidak ada masa utk kita tangguh2kan taubat kita.. Lets say it with me.. Astaghfirullahal'azim Allazhi laa ilaaha illa huwa hayyul qayyum wa atuubu ilaihi. Dan bertaubatlah sekarang sebelum terlambat..

Apakah ganjaran bagi orang2 yang bertaubat??
Surah Hud Ayat 3.. Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).

Dan Surah At-Tahrim Ayat 8.. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Apakah jenis2 taubat?? Taubat ada 2 jenis.. Muwaqqatan (kalau silap betulkan..) yakni sementara dan Nasuha yakni taubat yang sebenar2nya.. dan selama2nya.. Taubat sementara.. hanyalah sekejap.. lepas buat taubat.. kita still buat balik dosa2 kita tu.. Huhu.. Taubat macam ni takde kesan.. Tapi macamana nak dapatkan taubat nasuha?? Ada 5 benda kita kena tengok..

1st sekali.. Kita kena tengok niat kita.. Utk apa kita bertaubat?? Adakah semata2 sebab kita dah tengok ganjaran2 dia maka kita nak bertaubat? Adakah sebab kita tau kalau kita bertaubat maka Allah bagi kita ganjaran di dunia lagi, maka sebab tu kita bertaubat?? Itu dah kira tak ikhlas.. Taubat kita kena ikhlas yakni diniatkan semata2 utk mendapat keredhaan Allah swt.. Maka insyaAllah taubat kita tu akan bertahan lama.. :)

2nd.. Kita kena menyesal atas segala dosa2 kita.. Dan atas satu2 dosa sekiranya kita nak bertaubat dari buat dosa tu saja.. Misalnya.. Sorang tu minum arak.. Maka dia kena menyesal atas perbuatan dia minum arak tu.. :) Kalau dia bertaubat tanpa menyesal.. maka itu bukan taubat namanya.. Tak melengkapi ciri2 taubat nasuha..

3rd.. Kita kena stop daripada buat dosa itu.. Misalnya.. kita tengah buat satu2 dosa.. Pastu kita teringat akan itu dosa.. dan kita nak bertaubat.. Maka tang2 tu jugaklah kita kena stop benda yang kita buat tu... Kalau kita teruskan jugak.. maka itu bukanlah taubat namanya.. huhu..

4th.. Kita kena berazam utk TIDAK mengulangi dosa2 tersebut.. dan betul2 mematuhinya.. Jgn hanya azam.. tapi still lagi buat.. Maka itu bukanlah taubat nasuha.. Kita kena berazam malah benci nak buat benda tu... Dan merasa seronok dan gembira bila kita dapat tinggalkan dosa2 tu..
Contohnya kita selalu menipu.. Pastu kita taubat.. dan bila kita tak menipu kita rasa gembira.. Maka itulah taubat nasuha.. Tapi kalau kita taubat.. dan bila kita tak menipu kita rasa tak lengkap hidup kita.. ada benda yang best kita dah tinggalkan.. Huhu.. Maka itu tandanya taubat kita belum benar2 sempurna lagi.. :)

5th dan yang terakhir.. pastikan taubat tersebut.. kita buat sebelum berlakunya 2 perkara.. Iaitu sebelum nyawa di tenggorokan.. (sebelum maut) dan sebelum matahari terbit dari barat.. Sebab masa tu pintu taubat telah DITUTUP.. Sudah terlambat sekiranya kita nak bertaubat pada ketika itu.. Sudah banyak masa Allah berikan.. tapi kita still tak mau bertaubat.. maka itu adalah silap kita.. jgn diminta lagi masa.. sebab Allah takkan berikan kepada orang2 yang sombong dengan-Nya..

Itulah dia sedikit sebanyak yang dapat aku recall dan kongsi utk korang.. Maaflah sebab tak dpt ceritakan semua berbanding dengan ceramah asal.. Setakat yang termampu dan teringat aja.. InsyaALlah pasni aku akan recordkan dan bolehlah bgtau korang secara detailnya.. :) Semoga Ilmu yang ada ni dapat dikongsi bersama dan jugak diamalkan... Bukan masuk telinga kanan keluar telinga kiri ye.. :)

Okeh.. Sampai sini dulu.. Sekian.. Wassalam..

0 comments: