Pages

Thursday, September 02, 2004


Syukur..


Ya Allah..
Begitu besarnya nikmat-Mu buatku..
Tidak terhingga banyaknya rahmat-Mu buatku..
Betapa kerdilnya diriku di sisi-Mu
Syukurku tidak terhingga buat-Mu..

Ya Allah..
Tikaku kealpaan dari mengingati-Mu..
Tikaku bergelumang dengan dosa-dosaku..
Tikaku menjadi pelayan nafsuku..
Kau masih setia mendengar rintihan kecil hatiku..

Ya Allah..
Aku akui keinsafanku..
Yang tidak lebih dari hanya keluhan kecil..
Jauh di lubuk kecil hatiku ini..
"Jauhkan daku dari dosa-dosa ya Allah"
Namun zahirnya perbuatanku..
Tiada sikit riak keinsafan..

Pun begitu Ya Allah..
Rahmat-Mu tidak terhingga..
Kasih-Mu tiada sempadan..
Aku yang ditewaskan nafsu..
Telah kau anugerahkan nikmat-Mu..
Membuatkanku terkesima atas kesilapanku..

Ya Allah..
Tidak tahu bagaimana harus ku ucapkan syukur pada-Mu..
Atas anugerah yang paling berharga ini..
Ku insafi kesilapanku yang lalu wahai Tuhanku..
Ku insafi kebodohan yang pernah melanda..
Maha Besar dan Maha Kaya Engkau Ya Allah..
Segala Puji-Pujian hanya utk Mu..

Ya Allah..
Sekalipun anugerah ini hadir seketika cuma..
Namun ia cukup bermakna buatku..
Kerana dengannya ku sedari..
Betapa kerdilnya aku di sisi Mu.. Ya Allah..

Ya Allah..
Alangkah tidak malunya aku..
Ingin meminta lagi dari-Mu..
Namun ku tahu Kau tetap akan mendengar..
Kerana Kau Maha Mendengar dan Maha Memberi..
Hanya satu pintaku..
Kekalkanlah anugerah ini bersamaku..
Hingga ke akhirnya..


-inazhkom- 16 Rejab1425 - Nagoya City -

0 comments: