Pages

Sunday, September 05, 2004

SALAM PERJUANGAN

Assalamualaikum..

Di sini ana nak pastekan satu artikel dari sahabat ana.. Shiroinohana.. :) Buat semua pejuang2 yang sedang bertungkus lumus berjuang di Jalan Allah.. Dan terutamanya buat sahabat2 di kampus2 IPT yang bakal menghadapi PilihanRaya tidak lama lagi.. Semoga kemenangan milik kita.. Jangan putus asa.. Teruskan usaha dengan gigih, berdoa di malam hari dengan menangis kepada Allah, dan tawakkal kepadaNya.. InsyaAllah kemenangan berpihak pada Islam..

Wassalam..

..................................................................................

Bismillahirrahmanirrahim

Persiapan kejiwaan dalam menghadapi 'peperangan'
Assalamualaikum wbt.

Teman-teman yang dikasihi fillah

Ana tidak berkesempatan menulis diari sepanjang hari ini. Mohon maaf pada sahabat-sahabat yang mengikuti coretan ana. 'Ala kulli hal, ana berharap coretan yang sedikit cuma ni dapat memberi manfaat kepada kita. Perkara yang ana rasakan merupakan satu pesanan penting yang sudah biasa dengari..namun ana sekadar ingin berkongsi dan mengingatkan diri yang sering lalai ini. Bicara mengenai 'Persiapan Kejiwaan' yang ingin ana fokuskan terutamanya dalam tempoh kita sudah hampir kepada 'peperangan'.

Yang dimaksudkan dengan persiapan kejiwaan ialah usaha ke arah menguatkan hubungan dengan Allah SWT sehingga mencapai satu peringkat ma'rifat ruhiyyah yang denagn ma'rifat tersebut ia mensucikan diri dari kekotoran dan beramal dengan kelaziman yang mendekatkan diri dengan Tuhannya. Didefinisikan juga sebagai 'Tarbiyyah Ruhiyyah'. (rujuk tulisan ana bertajuk 'Hala Tuju Kepimpinan Mahasiswi' untuk memahami bahagian ini).

Ana teringat akan pesanan seorang murabbi ketika mana kita sedang sibuk menghadapi 'peperangan' sesi 2002. Antara bait-bait perkataan yang masih segar dalam ingatan ana "Apa yang membezakan kita (pendokong gerakan Islam) dengan 'mereka-mereka' itu adalah kita punyai Allah sebagai tempat bersandar. Kita letakkan perjuangan ini atas matlamat REDHA ALLAH. Andai sekalipun kita kalah dalam petempuran ini, perlu diingat bahawa ISLAM tak pernah kalah.. Yang ada MENANG ataupun SYAHID. Jadi sahabat-sahabat, bagaimana nak menggarap semangat ini? Tak lain tak bukan, adalah persiapan kejiwaan atau ruhiyyah kita. Ana nak tanya sahabat disini berapa ramai bangun tahajud setiap malam? Sila angkat tangan". Tetapi tiada seorang pun hadirin di diu mengangkat tangan. Masing-masing menundukkan muka. Persoalan yang ustaz itu bangkitkan sungguh terkesan di hati sahabat2 yang lain yang turut berada di situ. Tanyakan kembali soalan ini pada diri kita.. Adakalanya kita terlalu sibuk dengan gerak kerja kita, tapi kita tak jaga solat.. Kita kata kita pejuang Islam, tapi kita seringkali tak pernah bangun bermunajat pada Allah di malam hari.. Tak pernah berdoa bersungguh padaNYA.. tapi kita bising bila kemenangan tidak memihak pada kita... Oleh itu sahabat, mungkin 'mad'u-mad'u' kita di sana, tampak hebat dengan bantuan dari jentera U, tapi jangan kita lupa "ALLAHU MA'ANA - Allah ada bersama kita". Jesteru sahabat2, peluang yang kita ada ini, jangan dilepaskan begitu sahaja. Ana seru sahabat2 termasuk dengan diri ana, utk kita menyiapkan diri kita dengan persiapan kejiwaan. Biarpun sedikit sahabat-sahabat, tetapi istiqamah.

Ana mohon undur diri. Moga ada manfaat dan kebaikan yang dapat kita kongsikan bersama. Sebagai renungan bersama, mari kita hayati firmanNYA dalam taujihat QuraaniNYA.

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat Tahajud pada waktu malam selain dari sedikit masa (yang tidak dapat yidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan sedikit daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan tartil. Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadah yang berat kepada hawa nafsu, kerana sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu Al-Quran yang menagndungi perintah-perintah yang berat kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya" (Al-Muzammil)

Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah, dan segala kekurangan itu datang dari diri ana sendiri. Salam Perjuangan sahabat-sahabat. ALLAHUAKBAR!!!!!

0 comments: