Zaman Remaja.. Form 3 rasanya.. Alahai jambunya aku masa tu.. :D Bersama dengan abg2 dr Sarawak yg mengaji kat madrasah berdekatan.. Skang ni suma kawan2 aku tu dah buat mcm2.. ada yang kat UK.. ada yang dah keja.. ada yang kat UIA, UTM dll.. Apa2 pun yang korang buat.. semoga dirahmati Allah sentiasa.. :) Amiin..
Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi fillah..
Heh.. Macam la aku dah tua sangat kan nak bagi tajuk ni.. :D ;) Aku bukannya nak mandai2 menulis kat sini tanpa panduan.. Tapi aku sekadar nak menyampaikan apa yang aku dengar dari Tok Imam dari Mauritius tu.. :) Dan aku rasa apa yang dia cakap haritu mmg sepatutnya didengari oleh semua anak2 muda macam kita ni.. Sebab tu aku rasa nak tulis kat sini.. InsyaAllah nanti2 korang pulak sampaikan kepada sahabat2 kita yang lain, walau di mana korang berada.. ye.. InsyaAllah..
Kata Tok Imam.. "In front of me Alhamdulillah.. I have a large number of Muslim YOUTH..." (kitorang le tu.. :D Glamer sekejap.. ) sambung tok imam lagi.."..who will be taking the responsibility to LEAD the MUSLIM UMMAH.." huhu.. terasa berat dada sekejap.. Itulah dia permulaan kata2 Tok Imam bila nak mulakan bicara tentang Pemuda..
Itulah dia sahabat2.. Kita adalah PEMUDA.. yakni pemuda yang mempunyai tanggungjawab memimpin umat Islam pada masa akan datang.. Itu adalah TANGGUNGJAWAB kita.. Dan kita kena sedar akan tanggungjawab kita itu..
Kita kena sedar sahabat2.. Yang kita BUKAN pemuda biasa.. Kita adalah PEMUDA ISLAM.. Tambahan lagi sahabat2.. kita adalah antara org2 intelek, org2 terpelajar.. Kita bukan PEMUDA ISLAM yg biasa.. Kita telah dihantar oleh Allah SWT ke atas muka bumi ini.. Utk memberikan khidmat kepada UMAT ISLAM pada akhir zaman ini.. Bila kita mengucapkan kalimah LA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH.. tiada apa lagi yang menjadi hak milik kita.. Kita telah menjadi sebahagian daripada bahagian2 BADAN daripada UMAT ISLAM pd hari ini..
Dgn mengetahui akan hal ini, ia sudah cukup bagi kita untuk MULA memikirkan.. bagaimana kita boleh menjadi seorang yang berguna dan boleh menyumbangkan sesuatu utk UMAT ISLAM pada hari ini.. Bagaimana kita hendak menentukan perancangan masa hadapan kita bersesuaian dengan kehendak UMAT ISLAM pada hari ini.. Memastikan diri kita digunakan sepenuhnya utk memenuhi keperluan UMAT ISLAM..
Sekarang sahabat2, mari kita lihat ke dalam diri kita.. Adakah sebelum ini pernah terlintas dalam fikiran kita utk berfikir sebegini? Tidak bukan.. :) Sebelum mengetahui akan perkara ini, kita hanya berfikir utk kebaikan dan kebahagiaan diri kita sahaja.. Sekarang aku tengah belajar, aku nak pastikan aku dapat university degree yang baik.. Bila habis belajar aku nak cari kerja yang baik2.. Aku nak kahwin dengan Isteri yang Cantik.. Aku nak dapatkan kereta2 yang mewah.. Aku nak kumpul harta.. Aku nak beli rumah besar dan nak hidup mewah samada di Kampung ataupun di Bandar.. We used to think in that way.. Tidak pernah terlintas dlm diri kita utk memberi khidmat kepada UMAT ISLAM..
Percayalah sahabat2, cara pemikiran yang sebegini tidak akan ada, tidak akan wujud dalam diri INDIVIDU2 ISLAM kita kecuali sesudah kita DIJAJAH oleh negara2 BARAT.. Hasil daripada penjajahan yang dilakukan oleh mereka, cara pemikiran UMAT ISLAM juga telah diubah.. Sebelum kita dijajah kita tidak berfikir sebegini.. UMAT ISLAM dengan IZZAHnya merasakan diri mereka milik ISLAM dan mereka sanggup berkorban apa sahaja utk ISLAM.. Tapi kesan penjajahan begitu besar.. Sehinggakan kita sudah mula lupa akan TANGGUNGJAWAB kita yang SEBENARnya.. Sistem yang diwujudkan oleh BARAT, memastikan berlakunya PEMISAHAN antara PEGANGAN ISLAM yang sebenar dengan KEHIDUPAN yang kita lalui sehari-hari.. Ini telah melanda seluruh UMAT ISLAM di seluruh DUNIA..
Tapi sahabat2.. ALLAH SWT MAHA BESAR dan Allah mengetahui masalah yang telah melanda UMAT ISLAM pada hari ini.. Allah tahu kita adalah mangsa PENJAJAHAN ini.. Jadi apa yang Allah telah buat? Allah telah memberikan kita kefahaman atas KONSEP KALIMAH SYAHADAH.. LA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH.. Sekali saja kita faham akan KONSEP ini.. kita tahu.. Org Negro AFRIKA itu adalah saudaraku, Org INDIA itu adalah saudaraku, Org INDONESIA itu adalah saudaraku, Org ARAB itu adalah saudaraku.. Ini telah menjadikan kita merasa bahawa diri kita adalah sebahagian daripada this GREAT UMMAH.. dan membuatkan kita merasa bahawa kita adalah sebahagian daripada BADAN yang besar itu..
Sekiranya UMAT ISLAM menderita atau terseksa di CHECHNYA kita akan merasakan sakitnya.. Sekiranya UMAT ISLAM menderita di IRAQ kita turut merasakan sakitnya.. Sekiranya UMAT ISLAM di Thailand dihina, kita turut merasakan pedihnya.. Dari mana kita dapat merasa kesakitan dan kepedihan itu?? Bagaimana kita dapat merasanya?? Ianya hanyalah kerana dalam diri kita ada KONSEP LA ILAHAILLALLAH.. Kita hanya mengenepikan konsep itu buat sementara waktu.. Kita tak ambil peduli tentangnya.. Tapi hakikatnya ialah KONSEP itu tetap berada dalam diri kita.. Ia mengalir dalam saluran2 darah kita.. Yakni Konsep tentang SATU AQIDAH yang sama antara semua MUSLIM.. Dan ia tidak akan keluar dan tidak akan dibuang dari dalam badan kita.. Unless kita sendiri yang hendak membuangnya.. (Na'uzubillahi min zalik) .
Jadi sekarang.. Kita adalah bakal pemimpin kepada generasi yang akan datang.. Kita sepatutnya memiliki ilmu yang cukup tentang sejarah2 ISLAM.. Kita mesti tahu mengenai masalah2 yang berlaku dalam Masyarakat ISLAM.. Kita mesti mengetahui bagaimana sebuah negara model bagi ISLAMIC WORLD iaitu MALAYSIA boleh naik menjadi sebuah negara contoh.. Mungkin kita boleh SCORE A pada tahun pertama kita di universiti, tapi utk mengekalkannya setiap tahun adalah sukar.. Mungkin kita boleh score gol dalam match bola kita yang pertama tapi belum tentu kita boleh mengekalkannya pada match2 yang akan datang.. Kita mesti mengetahui bagaimana KEMENANGAN2 ISLAM dan bagaimana pula tentang KEKALAHAN2 ISLAM.. Dan mengambil pengajaran dengannya..
Kita sebagai PEMIMPIN UMAT ISLAM pada masa akan datang.. harus mula merancang dari sekarang.. Dan kita kena pastikan kita tidak membuat sebarang kesilapan dalam memilih jalan hidup kita pada waktu ini.. Kerana sekiranya kita SILAP membuat perhitungan sekarang, generasi kita yang akan datang akan mengikut jalan yang telah kita buat.. Jadi, kita semua merancang utk masa depan dan pastikan perancangan itu tidak membawa sebarang kesilapan yang akan merosakkan UMAT ini..
Di hadapan kita sahabat2.. Ada dua jalan.. Jalan Pertama , kita beroleh kebahagiaan dan kejayaan hanya di dunia SAHAJA.. Dan Jalan Kedua kita beroleh kebahagiaan dan kemuliaan di akhirat.. Antara 2 pilihan.. Terpulang kepada kita utk memilih.. Sahabat2.. Adakah kita ragu bahawa satu hari nanti kita akan mati?? Tidak bukan.. Kita semua yakin bahawa kita akan MATI pada suatu hari nanti.. Dan selepas mati kita akan dibangkitkan di hadapan Allah swt.. dan kita akan ditanya di atas segala perbuatan kita di atas muka bumi.. Dan kita kena jawab semuanya.. adakah dengan mulut kita?? Tidak.. Amalan2 kita yang akan menjawab persoalan2 itu.. Walaupun sekecil2 amalan samada baik atau buruk akan dipertunjukkan pada hari itu.. Tidak terlepas walaupun satu amalan.. Jadi, sama2 lah kita pastikan amalan kita itu membawa kebaikan bukan sekadar utk diri kita bahkan utk UMAT ini keseluruhannya..
Jadi Sahabat2.. Sedarlah daripada segala buaian mimpi2 kita.. Kita bukanlah diciptakan oleh Allah semata2 utk diri kita sahaja.. Tapi adalah utk kebaikan Ummah ini keseluruhannya.. Semoga kita sedar akan perkara ini dan mula mengambil langkah yang sewajarnya utk menyediakan diri kita ke arah itu.. Menyediakan diri kita utk menyumbang kepada UMAT ISLAM ini..
Semoga sedikit sebanyak yang disampaikan ini dapat kita ambil iktibar bersama dan beramal dengannya.. Bukan setakat baca sahaja tanpa ada perubahan.. Berubahlah.. Demi kebaikan diri kita khususnya dan UMAT ISLAM sejagat amnya..
Sekian dulu buat kali ini... Wassalam..
0 comments:
Post a Comment