MASA ITU LEBIH BERHARGA DARI EMAS..
Assalamualaikum sahabat2.. :)
Apa khabar semua?? Aku harap semuanya sihat2 dan semakin bersemangat dalam apa jua yang sahabat2 buat.. Terutamanya buat sahabat2 yang sedang berjuang menegakkan agama Allah.. Yakinlah akan janji2nya.. Kemenangan tetap buat ISLAM.. :) Semalam, aku telah diberikan kesempatan untuk memberikan tazkirah di YM conference.. Alhamdulillah.. Walaupun last2 minit aku buat keputusan utk bagi tazkirah tu.. Hmm.. Ntahlah kenapa tiba-tiba aku rasa bersemangat malam tadi.. Tiba2 aja rasa nak bagi tazkirah.. Mungkin sebab terkena tempias daripada perjuangan sahabat2 di Malaysia.. yang sedang sibuk berjuang sekarang.. Membuatkan aku tidak mahu ketinggalan sama.. :)
Tazkirah semalam menyentuh tentang MASA.. Betapa berharganya masa bagi seseorang MUSLIM lebih daripada segala-galanya.. Lebih daripada emas dan permata.. Kerana sekiranya kita gunakan masa itu dengan sebaik-baiknya.. Maka syurga adalah bayarannya.. Sbnrnya semalam aku ingin menyentuh tentang penggunaan masa dalam kehidupan muslim hari ini secara praktikalnya.. Tapi tak dapat nak sentuh.. Aku pergi ke topik taubat plak.. Huhu.. Silap juga aku sebab tak redi apa2 dan tak tulis note.. Just pegang buku Detik-detik Masa karangan Dr Yusuf Al-Qardhawi, dan ulas sikit-sikit. Last2 masuk kepada betapa pentingnya kita gunakan masa sekarang utk bertaubat kepada Allah selagi belum terlambat.. Dalam buku tu memang ada tertulis.. 2 waktu di mana kita akan menyesal kerana tak menggunakan masa dgn betul.. Iaitu pertama bila roh kita berada dihujung2 ajal kita, dan kedua ketika di hari kiamat nanti.. :) Dan kat situ aku dah terlupa niat asal aku.. hehe.. Seronok sangat elaborate kot.. Huhu..
Cumanya yang ingin aku tekankan dan ingatkan diri aku serta sahabat2 sekalian.. ialah gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya.. Isilah dengan sesuatu benda yang berfaedah dan berguna tidak kiralah samada utk akhirat kita ataupun utk dunia kita.. Janganlah biarkan masa itu berlalu begitu sahaja tanpa kita gunakannya. Kerana ia bukan sahaja akan merugikan kita bahkan merugikan orang lain dan umat Islam secara amnya.
Ada antara kita yang menghabiskan masanya dengan main game berjam-jam. Menghadap internet melayani forum dll sampaikan benda lain tak terbuat. Ada yang duduk melanguk depan tv. Melayan apa saja program yang ada hatta orang main dam jepun pun dia tengok.. huhu.. Ada yang lepak baca komik saja sampaikan tak buat kerja lain.. Dan macam2 jenis lagi pembaziran masa yang kita boleh temui dalam kehidupan sehari2 kita..
Bukan tak boleh tengok tv, bukan tak boleh main game, bukan tak boleh baca komik, bukan tak boleh main internet, bukan tak boleh main chat.. Tapi berpada-padalah.. Main game setakat nak melepaskan tension, ataupun nak mendapatkan hiburan setelah penat menelaah atau bekerja tak apalah. Tapi ada antara kita yang menjadikan macam satu maksud hidup. 24 jam main game.. 24 jam depan komputer.. Benda lain dia tak hiraukan.. Asalkan dia bahagia dengan game dia.. Bukankah ini satu kepincangan dan kerugian besar dalam masyarakat? Samalah juga dengan benda2 lain yang juga melalaikan..
Sahabat2.. Kita sudah terlampau banyak berhibur... Bangun pagi.. kita tengok tv.. Dalam kereta dengar radio.. Bila waktu lapang kita pegi main bowling.. Jumpa kawan2 kita tak lepas daripada bergelak ketawa.. Bila ada masa free kita pegi karaoke.. Bila ada duit lebih pegi tengok wayang.. Beli CD, DVD beli game.. dll benda lagi.. Sudah terlampau penuh schedule kita dengan hiburan.. Di manakah masanya kita gunakan utk AGAMA? Cukuplah kalau aku tanya sahabat2 tentang agama dalam diri kita saja.. Berapa banyak masa dalam sehari yang telah kita gunakan utk agama dalam diri kita? Solat.. berapa minit sangat.. 4-5 minit x 5.. Baru 20-25 minit. Selain tu?? Ada kita baca quran?? Ada kita dengar ceramah2 agama? Ada kita buat solat2 sunat? Tahajud, Dhuha dsbgnya? Ada kita pergi menziarahi sahabat2 kerana Allah?? Ada kita berzikir ketika memandu? Tanya balik diri kita sahabat2..
Dan itu baru utk agama dalam diri kita sahaja.. Sudahkah kita penuhi tuntutan2 masa tersebut?? Kalau belum, inikan pula utk memperjuangkan AGAMA utk segenap masyarakat seluruh muka bumi.. Cuba tanya lagi diri kita.. Sejak kita dilahirkan sampai sekarang.. Berapa banyak masa yang telah kita korbankan untuk AGAMA.. Utk bergiat dalam dakwah.. Utk menyedarkan sahabat2 kita yang lalai.. Utk nasihat menasihati.. Utk menjalankan program2 agama.. dll lagi.. Ada atau tidak? Sudah berapa tahun kita hidup sahabat2.. 20 tahun lebih.. Tapi alangkah malangnya sekiranya 20 tahun itu kita telah habiskan semata2 utk bersuka ria dan berhibur..
Sebaliknya.. Sangat2 beruntunglah sahabat2 kita yang sejak dari kecil dia telah berjuang utk agama ini.. Kerana sudah pasti, bukan sahaja dia memberi manfaat kepada org2 di sekelilingnya.. Bahkan utk dirinya sudah terjamin kekuatan iman dan agama.. Dan di akhirat nanti.. dia akan dikumpulkan bersama orang2 yang beriman.. insyaAllah.. Kebahagiaan yang kekal abadi.. Sahabat2.. Hari ni kita lebih suka mengecap kebahagiaan dan kegembiraan yang seketika.. Sedangkan ia tidak akan membawa apa2 kebaikan buat kita di SANA nanti.. Sama-samalah kita insafi diri kita pada hari ini.. dan buatlah sesuatu perkara yang boleh mendatangkan faedah buat diri kita dan buat masyarakat sekeliling.. insyaAllah..
Seseorang itu tidak akan tau betapa nikmatnya sesuatu benda selagi dia tidak kehilangan benda itu.. Sama juga dengan masa.. Kita hanya akan menyesal dan akan merasakan betapa kita kehilangan satu nikmat besar yang dipanggil masa, bila kita mati nanti.. Jadi daripada kita menyesal di sana, baiklah kita menyesal sekarang.. Kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya..
Syukurlah dengan nikmat masa lapang yang ada pada kita.. Saudara2 kita di tempat2 lain yang dihujani dengan bom dan peluru bersimpang siur.. tidak mempunyai masa yang lapang.. Jadi bersyukurlah kepada Allah dengan syukur itu kita zahirkan dengan amalan2 dan perbuatan2 yang tidak menjadikan kita zalim kepada masa tersebut.. Gunakanlah utk menambah ilmu2 yang berguna, bekerja utk mencari rezeki, ataupun beribadah sebanyak2nya kepada Allah swt..
Itulah tandanya kita mensyukuri nikmat masa yang telah diberikan.. Dan sahabat2.. doakanlah sahabat2 kita di tempat lain.. Kerana mereka tidak ada masa utk berdoa dan bersolat hajat mohon pertolongan dari Allah.. Kalau ada pun hanya sedikit.. Kerana mereka sentiasa berawas dan berjaga2.. Jadi kita yang TERLAMPAU BANYAK masa lapang.. berdoalah utk mereka.. bantulah mereka.. Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin..
Sekian dulu buat kali ini.. Semoga ada manfaat buat semua.. Wassalam..
0 comments:
Post a Comment