Pages

Sunday, September 12, 2004

Indahnya Summer Camp - Bhg 3

Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya aku dah terlupa dah pasal nak sambung citer SC ni.. Huhu.. seb baik teringat balik.. :D Sori yer kengkawan.. Lama sangat plak iklan dan selingannya yer tak? Huhu..

Okeh.. Pada hari ke-3.. Subuh Alhamdulillah kita sempat buat awal.. Suma orang bangun awal.. Dan siap2 menunggu di Khemah utama..

Selesai solat dan ma'thurat.. Ust Khairuddin telah memberikan pengisian bertajuk PERANG BADAR.. Seperti biasa.. Ust Khairuddin memang semangat.. Kami pun mendengar dengan khusyuk, walaupun ada sahabat2 yang terlampau khusyuk.. hehe.. Biasalah lepas subuh kan.. :)

Habis2 ceramah masing2 berehat.. Ada yang mandi sungai, ada yang masak dsbgnya.. Kemudian solat Dhuha di khemah utama, dan lepas tu.. semua bersedia utk pengisian seterusnya.. Iaitu Peranan Wanita Islam dalam Masyarakat Masakini.. Ust Zamani yang bagi pengisian.. Ust membawakan satu hadis Nabi yang menyatakan perempuan ada kekurangan dia berbanding lelaki iaitu dari segi AKAL dan AGAMA. Kekurangan dari segi AKAL kerana mereka susah nak kontrol emosi . Dalam arab dia Syu'ur 'Athifiah. Sebab tu mereka tak boleh jadi ketua Negara. Dan sebab itu jugak hak Talak tidak diberikan kepada kaum wanita. Dan dari segi AGAMA ialah kerana mereka mempunyai uzur yang menyebabkan mereka tidak dapat beramal ibadah pada ketika itu.

Wanita ada hak kepada suami.. Iaitu nafkah dari segi ZAHIR dan dari segi BATIN nya. Dari segi zahirnya, secara ringkas ada 3 iaitu dlm Arabnya Malbas, Math'am dan Maskan.. bermaksud pakaian, makanan dan tempat tinggal yang mesti ditanggung oleh suami. Dan dari nafkah segi BATIN pula ramai orang hari ni salah faham.. iaitu kalau sebut nafkah batin mesti teringat TONGKAT ALI.. Hehe.. tapi kalau mengikut penjelasan ulama', nafkah batin yang paling utama ialah didikan fardhu ain dan agama, serta akhlak yang hendaklah diberikan oleh suami kepada isterinya. Tarbiyah Ruhiyyah.

Sebab tu bagi sapa2 laki2 yang nak kawin.. Dia kena ada Mu'natun Nikah.. Yang bermaksud kelengkapan utk menikah.. Yang merangkumi dr 2 segi.. Iaitu zahir dan ruh.. Dari segi zahir, ialah dari segi kewangan dan ekonomi.. Dan dari segi Ruuhiy.. (ruh) pula ialah dari sudut perasaan, tanggungjawab terhadap rumahtangga yang bakal dilalui.. Ada anak2 muda yang kahwin tapi tak lama dah bercerai.. Sebab tak sanggup berhadapan dengan tanggungjawab yang byk selepas kahwin..

Sebab itulah bagi siapa2 yang nak kahwin kena sediakan diri dan lengkapkan diri dengan ilmu2 perkahwinan.. Kena melalui tarbiyah ruhhiyah.. kerana kita bakal menjadi pendidik kepada isteri kita selepas berkahwin.. Tapi benda ini sepatutnya tidak menjadi keberatan kepada org2 laki2.. Cumanya.. jgnlah pulak terlalu sambil lewa.. Sehinggakan dah kawin dulu baru nak belajar akan ilmu2 rumahtangga.. Sepatutnya awal2 kita kena sedia.. :)

Heh.. itulah antara sedutan daripada ceramah tersebut.. Takleh nak citer panjang2.. nanti lagi panjang lagi jadiknye.. hehe.. Tapi aku rasa nak kongsi.. sebab ramai antara kita yang bakal nak melangkah ke gerbang...... kan?? :P hehe..

Okeh.. Abis ceramah tu.. Sambung pulak dengan Forum yg bertajuk Fitnah Terhadap Umat Islam di Akhir Zaman. Dimulakan dengan tafsiran bagi perkataan Fitnah.. Iaitu diperolehi daripada kata dasar fitan.. yang bermaksud ujian. Ia juga bermaksud saring.. ataupun tapis.. Kerana melalui fitnah ini juga.. Allah akan menapis dan memisahkan antara orang2 yang betul2 beriman dan yang beriman olok2..

Antara fitnah di akhir zaman ialah HILANGNYA ILMU.. Buta agama dan jahil terhadap perundangan Islam yang banyak berlaku pada zaman kita berada sekarang.. Sepatutnya.. Kita sebagai Muslim, kena faham akan tasawwur Islam yang jelas. Barulah tidak berlakunya perkara2 yang dikatakan Islamik.. padahal bertentangan dengan ajaran Islam..

Bagaimana caranya kita nak berhadapan dengan fitnah2 ini.. Maka kita hendaklah melazimkan diri dengan jemaah Muslimin dan imamnya yang sentiasa beramal dengan Islam yang sebenar. InsyaAllah kita akan terpelihara daripada dilanda fitnah2 tersebut..

Dan selepas itu.. Kami berehat utk makan. Solat Zuhur dan Asar kami putuskan utk buat Jama' Takhir kerana semua sahabat2 kepenatan nampaknya.. Kali ini.. kami ubah suasana.. Meja Ust diletakkan di luar khemah.. di bawah pokok2.. dan angin bertiup sepoi2.. kami muslimin duduk di luar khemah jugak.. Tapi muslimat duduk di bawah khemah.. Alhamdulillah suasana mendung jer.. Takde matahari.. Time tu Akhi Aznan conduct majlis.. Dia membacakan Doa Qunut Nazilah yang terdapat dalam buku lampiran program.. sambil diikut beramai2 oleh kami.. Dan dia telah terangkan sedikit sebanyak tentang qunut nazilah..


Abe N membacakan qunut nazilah sambil diikuti oleh kami..



peserta muslimat


lagi peserta muslimat..

Kemudian Ustaz Zamani ambil alih program.. Sebelum ceramah ustaz telah berkongsi akan perasaan nostalgik beliau duduk dalam suasana sebegitu.. Dikelilingi pokok2.. dalam hutan memberi ceramah secara secara terbuka sebegitu.. Sahabat2 boleh dengar sikit sedutan daripada muqadimah ceramah tersebut.. Ini link dia.. Ukhwah, istiqamah dan futur.. Ada sesuatu yang hendak disampaikan.. Semoga kita boleh ambik iktibar..


Ust Zamani ketika memberikan nasihat..


Ust Zamani gambar besar..

Lepas dia nasihat.. dia suruh masing2 tulis nama 4 orang sahabat yang mereka lepas ni pasti akan kontek selalu.. :) InsyaAllah kalau betul2 buat, sahabat2 semua akan dapat stay dalam ukhwah itu sampai bila2.. Maka tak berlaku futur.. atau Al-Mutasaqitun..

Lepas tu dia telah mintak Ikhwah yang ada utk taaruf serba ringkas.. :) Utk dia kenal..

Lepas tu Ust meneruskan pengisian yang bertajuk Perkara2 yang Membatalkan Iman- Kufur, Syirik, Riddah dan Nifaq.. Mula2 ustaz telah memberikan sedikit penerangan bagi setiap perkara tu.. Bermula dari kufur yakni adanya kafir zimmi dan kafir harbi.. Dan munafiq yang zahirnya Islam tapi dalam hatinya mereka ingkar kepada Allah.. Kata ust.. sekiranya orang Islam mempunyai sifat2 tadi, maka mereka akan batal iman.. Itu dalam bahse lembut.. dalam bahse kasarnya.. KAFIR.. ataupun murtad dari agama Islam.. Dari segi bahasa.. mereka dipanggil Golongan Murtad.. Tak panggil kafir.. kerana Kafir ialah yang 2 tadi.. Iaitu Kafir Harbi dan Kafir Zimmi.

Ust cakap.. sebagai daie.. kita kena berlembut sedikit dalam guna bahasa.. Cakapkan benda2 ni ialah "perkara2 yang boleh merosakkan aqidah".. :) Padahal benda tu sama saja.. Bila rosak aqidah.. maka batallah iman.. bila batal iman.. maka kafirlah ataupun murtad lah dia.. :)

Kemudian ust pun sambung lagi ceramahnya.. Matahari yang tadinya berlindung di sebalik awan, mula menampakkan dirinya.. Membuatkan kami yang tidak duduk di bawah lindungan pokok2.. mula merasakan kepanasan.. Huhu.. Mengharapkan agar awan kembali menutupi sinar matahari tersebut.. Tapi ternyata kami silap.. kerana mengharapkan kepada Awan tidak kepada Allah.. :) eh.. aku lah.. hehe.. mana tau kot2 kawan2 time tu ada yang doa kat Allah kan.. :)

Panjang lagi sebenarnya ceramah Ust tentang Perkara2 yang membatalkan iman ni.. Tapi aku potong kat sini aje lah.. InsyaAllah CD bg program ni akan kami cuba utk keluarkan.. So sahabat2 nanti bolehlah dapatkan.. :)

Habis2 ceramah.. tiba2 awan yang besar muncul.. Suasana yang tadinya panas terik.. berubah menjadi berangin dan sangat redup.. (tteiuka.. suasana mendung nak hujan lebat.. huhu).. Dan memang terasa yang akan hujan lebat.. :D hehe.. Aku yang mula2 nya yakin tidak hujan.. Haha.. Akhirnya menyesal dgn anggapan aku itu kerana hujan turun dengan begitu lebat sekali selepas itu.. Huhu..

Rasanya inilah klimaks bg Summer Camp kali ni.. :D Bila butir2 hujan yang besar2 turun.. Kami mulalah kelam kabut nak cover khemah utama.. Khemah utama ni didirikan dengan 4 khemah kecik.. So kawasan tengah2 antara 4 khemah tu tak dicover oleh apa2.. Jadi kami telah mengambil keputusan utk mengcover khemah besar tu dengan satu tikar besar.. Tp ternyata rancangan tu tidak berjaya.. sebab hujan terlampau lebat, menyebabkan kami tak sempat nak tutup habis.. Akhirnya kami putus asa dengan tindakan tu dan buat keputusan utk memisah2kan 4 khemah tersebut.. supaya air boleh lalu keluar dari khemah.. huhu..

Suasana memang kelam kabut sungguh masa tu.. Tapi apa yang aku respek.. Semua peserta dan ajk bekerjasama, bertungkus lumus nak menyelamatkan khemah tanpa merungut.. sekalipun dalam keadaan yang basah kuyup.. dengan suasana dalam khemah habis basah.. :) Barang2 kami kumpul dalam salah satu daripada 4 khemah tu.. Ada yang basah.. tapi alhamdulillah kebanyakkannya selamat.. :) Lebat sungguh hujan.. Tak pernah rasa hujan selebat tu kat Nihon.. Memang hampir2 banjirlah kawasan perkhemahan tu.. Nasib baik dia berbukit dan dekat dengan sungai.. So air mengalir ke dalam sungai suma.. Tapi memang bahaya lah sungai masa tu.. Rasanya air memang deras gile.. Huhu..

Tak lama kemudian hujan pun beransur reda.. Kami pun bergotong royong utk mendirikan balik khemah.. Sebab nak solat.. Tak solat lagi.. Asar dan Zuhur jama' ta'khir.. Dirikan sempoi2 jerlah.. utk solat jer.. Alhamdulillah dapat solat.. Habis dari solat sepatutnya ada LDK 4.. tapi disebabkan suasana dah macam tu.. terpaksa kami batalkan.. Dan petang tu pun sepatutnya ada Riadah Sukaneka bg Muslimin dan Treasure Hunt bg Muslimat.. Tapi nampaknya terpaksa batalkan sebab suasana tak mengizinkan.. Tapi muslimin pegi main bola gak.. Sebab ust yang ajak.. hehe.. :) Separuh pegi main bola dan separuh lagi lepak2 kat khemah utama dan repair2 khemah.. Kali ni siap buat longkang :D utk alirkan air.. In case kot2 hujan turun lagi.. Dan sahabat yang kena masak utk makan malam pun pegi masak..

Aku sekali lagi mengjangkakan dan memberitahu kawan2 yang hujan dah berenti dah... tak turun punya dah.. hehe.. Ternyata sangkaan aku meleset sama sekali.. :D Habis2 jer budak2 ni main bola.. Hujan turun dengan lebatnya sekali lagi.. Huhu.. Sungguh2 lebat.. dan kali ni lama lagi.. Malah ada sahabat cakap yang hujan ni takkan berenti sampai tengah malam.. huhu.. Khemah makin basah.. walaupun dah buat longkang.. tapi air still masuk.. membuatkan suasana khemah tu memang seperti takleh nak pakai dah.. Huhu.. Memandangkan keadaan sebegitu.. aku telah buat keputusan utk membatalkan Malam Kebudayaan Islam.. kerana semua group tak sempat nak berlatih rasanya.. tambah lagi keadaan khemah yang tak mengizinkan..

Tapi Allah telah berentikan hujan tak lama lepas tu.. :) dan Alhamdulillah keadaan terkawal.. Khemah sedikit sebanyak dapat dibaiki dan dilap air2.. Kami pun solat Maghrib dan Isyak.. Dan kemudian.. setelah berbincang balik dengan kengkawan.. Akhirnya aku amik keputusan utk meneruskan semula Malam Kebudayaan Islam.. Kerana dengarnya.. dari Pihak Muslimat dah ada team yang rensyu sungguh2.. huhu... Hm.. walaupun hanya tinggal lebih kurang 2 jam gurai jer.. Tapi aku rasa better buat. Sorilah kengkawan yang rasa keputusan tu terlampau lambat.. Sebab rasanya tak sah kalau takde MKI.. Dan kebetulan ada masa dan peluang.. Baik teruskan.. InsyaAllah akan jadi muhasabah utk program akan datang.. Supaya menjangkakan perkara2 seperti hujan dll akan berlaku..

Heh.. Walaupun masa tak panjang utk berlatih.. tapi group2 yang buat persembahan hebat2 jugak.. hehe.. Bg Muslimin lah.. Muslimat tak taulah.. :) Persembahan pertama di bawa oleh Kump Jiji.. bertajuk Insafnya Ayub.. hehe.. mengisahkan seorang pelajar di Jepun yang hanyut tapi telah mulai insaf sejak menyertai program IPIJ.. Tapi ceritanya tergantung.. dan katanya akan bersambung di MKI akan datang.. hehe InsyaAllah :) harap2 semua pelakon akan datang lagi supaya leh sambung cerita.. :D


Ayub (baju hitam) dalam keadaan tertekan kerana study di Jepun.. masa ni dia tengah hanyut..


Ayub ketika mula insaf, semasa menyertai program IPIJ..

Kump seterusnya membawakan sebuah lakonan juga.. yang bertajuk Tiga Persoalan.. Kump ini ialah kump Abg Basri dan Abg Shah.. hehe.. Best jugak.. Mengisahkan kisah benar.. Seorang Cina (Ah-Chong) yang memeluk Islam.. :)


Ah-Chong (berbaju merah) ditakut2kan oleh orang Melayu, katanya nak masuk Islam kena sunat.. Huhu..


Saat2 mendapat hidayah.. Setelah mencari sekian lama.. bertemu jugak dengan Islam.. Sedang menerima penjelasan daripada Ustaz..

Dan kump ke 3 iaitu kump aku, dan Abe N.. telah membawakan kisah yang bertajuk.. Taubat di Kala SUbuh.. hehe.. Citer pasal Jin Gagah Gunung Jerai yang insaf bersama keluarganya.. yang akhirnya menjadi Mufti Jin di New York.. Hehe.. Bg yang tak dengar cerita Ust Khairuddin tentang kisah2 JIN yang dialaminya mungkin susah sikit nak faham cerita ni.. :) Kalau nak tau lebih lanjut.. leh tanya kat aku.. :D Hehe.. tak sangka cerita ni menang.. hehe.. ;)


Keluarga jin sentiasa bersuka ria.. Sedang main bunga api.. :D


Jin Balak @ Jin Gagah Gunung Jerai sedang mempromotekan balak Gunung Jerai.. hehe


Jin Gagah sekeluarga sedang mendengar nasihat dari Ustaz.. :) Akhirnya mereka insaf dan berhijrah ke tempat yang lebih baik dari sekarang.. :)

Habis cerita pasal MKI..

Lepas tu.. Semua diarahkan tido.. Sebab nak bangun Qiamullail.. Alhamdulillah.. Selepas buat giliran.. Kami dapat bangun pada masa yang dah ditetapkan.. Kali ni kita buat satu program yang dinamakan Muhasabah Diri.. Program dihandle oleh Jiji, Fallah dan akhi Tasmim.. Start lepas solat tahajud 2 rakaat.. Jiji dan Fallah memulakan dengan zikir.. Dan akhi Tasmim memulakan sesi muhasabah.. Ish2.. Best sungguh munajat pada malam tu.. Dalam hutan.. Sunyi macam tu.. Gelap.. Mengenangkan dosa2 yang pernah dibuat.. Terasa sangat kerdilnya diri ini di sisi Allah.. Terdengar esak tangis dari sahabat2.. :( Terharu aku.. Alangkah bestnya kalau boleh berada dalam suasana ni sampai bile2.. :( Kami diingatkan oleh akhi Tasmim akan tindakan2 kami di masa lampau.. Berapa banyak masa yang telah kami gunakan utk Islam.. Hubungan dengan ibu bapa dll.. Semuanya menginsafkan kami.. Mengenangkan saudara2 di Palestin dll.. Harap2 dapat diteruskan lagi di masa akan datang.. :)

Lepas tu kami sambung Qiamullail dengan Solat Taubat dan Solat Witir.. Dan kemudian azan Subuh dikumandangkan.. dan kami pun solat Subuh serta baca Ma'thurat.. :) Kemudian Ust telah cadangkan kami tido dulu.. Sebab suma dah ngantuk qiam tadi.. So suma pun diberi masa utk berehat.. Sampaikan kami yang ajk2 ni pon tidoq.. :D hehe.. Nikmat Allah jugak kan.. :) Walaupun terlambat sikit bangun utk Kuliah Subuh : Perang Uhud.. Tapi Alhamdulillah masa berjalan dengan baik.. Semangat jugak Ustaz citer pasal Perang Uhud.. :) Lepas pengisian.. Minum pagi.. dan sesi bergambar dengan Ustaz Zamani.. :) sebab dia kena bertolak awal sikit.. Kami pun bergambarlah di tepi sungai kecik.. :D


Sebelum berpisah dengan Ustaz Zamani..

Lepas habis bergambar.. Kami pun masuk kepada Muhasabah Program dan Majlis Penutup.. Terima kasih kepada peserta2 yang telah bagi Muhasabah pada haritu.. Terima kasih banyak2.. InsyaAllah kami akan cuba perbaiki dan realisasikan pada program yang akan datang.. Pada Majlis Penutup telah diadakan majlis pemberian hadiah kepada kumpulan2 yang menang... :) Kemudian majlis telah ditutup secara rasmi oleh Ustaz Khairuddin.. Dan yang antara yang menarik ana ingin kongsikan dalam ucapan perasmian penutup beliau ialah.. Tentang Hadis Al-Wahn.. Ustaz telah mengingatkan kita suma tentang penyakit yang ada pada umat Islam akhir zaman... Iaitu penyakit Al-Wahn.. Hubbud Dunya wa Karahiyatul Maut.. CIntakan Dunia.. dan Takutkan mati.. Umat Islam di Akhir Zaman bagaikan buih2 di lautan.. Bilangannya ramaaaiii.. tapi kualitinya 0.. Sebab tu tak mampu nak menentang segala ancaman.. Sebab tak bersatu padu..

Semoga akan jadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua sahabat2.. agar terus semangat dalam nak memperjuangkan Islam.. InsyaAllah.. :) Hmm.. rasanya setakat tu saje.. Aku harapkan semoga cerita2 yang aku sampaikan ini memberi semangat utk sahabat2 utk terus datang ke Program.. dan bagi yang baru2 dengar pasal benda ni.. Janganlah rasa malu atau segan utk join program2 IPIJ pada masa akan datang.. Dan bagi sahabt2 di tempat2 lain di serata dunia dan di Malaysia.. Carilah program2 seperti ini agar dapat menjadi tempat kita charge iman kita.. dan tempat kita menimba ilmu disamping bersantai.. bercamping dll.. :) InsyaAllah tidak akan sia2.. InsyaAllah akan menjadi saham kita di akhirat kelak.. :) amin..

Doakan umat Islam di seluruh dunia..

Sekian.. Wassalam..

0 comments: