Assalamualaikum Wbt..
Penat2 habis baito.. aku pun amik densya (Meitetsu) utk pulang ke rumah.. Tapi takleh direct sampai ke rumah.. So singgah kat Kanayama dulu.. untuk norikae (tukar) dengan Chikatetsu (Subway). Pastu.. aku pun turun lah sampai kat noriba (platform) chikak tu..
Hu.. penat betul bekerja arini.. Patutnya habis pukul 7.. Tapi ada overtime.. sebab barang banyak nak kena pack.. Maka habislah pukul 9.. huhu.. takpe.. gaji jalan :D ... So.. aku pun terduduklah kat seat yang ada kat situ.. Melepaskan penat lelah yang tak abih lagi... Time tu.. ntahlah apasal.. tetiba aku teringat akan Jishin..(gempa bumi) yang berlaku beberapa hari lepas.. Dan aku bayangkan.. macam mana lah agaknya.. kalau Jishin berlaku sekarang.. huhu :-S
Maksud aku.. bukan jishin yang kecik2 laa.. Jishin yang besar tu.. Tokai-Daijishin.. :( Kat mana aku nak lari.. kalau tempat bawah tanah tu runtuh?? nak duduk bawah seat tu?? huhu.. kalau duk bawah seat tu pun.. Baper lama leh tahan?? Dengan takde makanan.. dengan takde air.. Aku teringat peristiwa runtuhan bangunan yang berapa ramai mati sebab terperangkap berhari2.. Tak sempat dijumpai.. Macam peristiwa Highland Towers.. Huhu.. Cuaknye....
Dan masa tu aku terbayang.. Kalau2lah akan jadi keadaan macam tu.. Berada dalam kegelapan beberapa hari.. tanpa boleh bergerak ke mana2.. Apa agaknya yang akan aku buat.. :( Hm.. Mesti takde dah tempat pengharapan lain.. Kecuali hanya kepada Allah.. Mesti masa tu aku ingat Allah.. Bertaubat atas dosa2.. Walaupun dah tak boleh nak berdiri utk solat taubat.. Dah tak boleh nak sujud atas sejadah.. Dah tak boleh nak angkat tangan berdoa.. Mesti masa tu aku akan menangis teresak2 dan mengharapkan agar Allah ampunkan semua dosa aku sebelum mati.. huhu.. sedar tak sedar.. mengalir air mata.. :( Tapi aku masih bersyukur kalau Allah bagi aku terperangkap daripada mati terus.. Sebab still sempat nak bertaubat sebelum ditarik nyawa.. Kan itu juga satu nikmat.. Cuba bayangkan kalau Allah tarik terus.. Sebelum sempat kita bertaubat... Ish2.. apakah nasib kita di 'sana' kelak.. :( Ya Allah.. Matikanlah aku dalam keadaan yang baik.. :( Amiin..
Hmm.. Kadang2.. bila dah nak datang musibah barulah kita nak ingat mati kan? Barulah nak ingat dosa2 kita.. Barulah terbayangkan nasib kita di sana.. Barulah teringat yang kita tak sedia bekal apa2 lagi.. Tapi bila takde menda.. Kita mudah alpa dan leka.. Bersuka ria macam kita akan hidup selama-lamanya.. ya Allah.. Teruknya la kita ni kan.. Tapi Alhamdulillah.. Kita patut syukur jugak.. Sebab dengan musibah dan bala2 yang Allah acah2 kat kita tu.. Kita mula sedar.. dan insaf.. Tapi kalau ada gak yang tak insaf tu.. Tak taulah den nak cakap apo.. huhu.. Bayangkanlah.. Jishin renzoku (bersambung2) sebanyak 4-5 kali.. huhu.. Sapa tak cuak.. :( Dengan taifu (taufan) yang kuat giler aritu.. Ish2..
Sepatutnya kita berasa takut sahabat2.. Takut dengan kematian.. Yang mana ia adalah kiamat bagi diri kita.. Tertutuplah pintu taubat dan amal.. Tak ada lagi peluang kedua utk kita menyesal atas dosa2 kita.. :( Tertutup buat selama2nya.. Kita akan tinggalkan study kita.. Kita akan tinggalkan duit kita.. Kita akan tinggalkan baitok kita.. Kita akan tinggalkan harta benda kita.. Kita akan tinggalkan orang yang kita sayang.. Semuanya yang sementara di atas dunia ni kita akan tinggalkan.. Kecuali keluarga kita dan sahabat2 kita yang kita sayang.. yang akan menemani kita di syurga nanti insyaAllah.. :) Tapi dalam kubur.. dalam alam barzakh.. Kita tetap keseorangan.. Hanya amalan kita yang menjadi peneman.. Kalau baik amalan.. maka selamatlah kita.. Kalau buruk amalan... Maka terseksalah kita dalam jangka masa yang entahkan bila akan habis.. Begitu panjang.. begitu jauh.. Sebelum menantikan alam kebangkitan.. Tapi kalau dalam kubur kita dah slack.. maka perjalanan ke alam seterusnya akan bertambah susah.. :( Na'uzubillah.. Semoga Allah selamatkan kita.. Amiin..
Hm.. Cerita pasal mati.. Satu hakikat yg tidak boleh kita lari.. Sebagai manusia sesama manusia.. Iaitu PERPISAHAN.. yang akan tiba andai berlakunya kematian.. Kalau org tu kita sayang.. Kita pasti akan bersedih atas kehilangannya.. Kalau dia kita bencipun.. Kdg2 kita bersedih jugak sbb menyesal dengan perbuatan kita kat dia.. Tp biasanya ramai yg gembira kalau org yg dibencinya mati.. Dlm perpisahan dengan yg tersayang, sekiranya kasih sayang yg terbina hanya kerana Allah swt, maka doakanlah sahabat kita yg pergi itu sentiasa berada dalam rahmat-Nya dan redho-Nya.. Dan sentiasalah berharap.. Agar dapat bertemunya lagi di 'kampung halaman' yakni di SYURGA kelak.. Janganlah bersedih.. Terimalah dengan redho.. Akan Qada' dan Qadar yg telah ditentukan.. Pasti ada hikmah yg tersembunyi.. InsyaAllah.. Serahkan segalanya pada Allah.. Dan teruslah berdoa.. demi sahabat tersebut.. Sebagai tanda dan bukti, kasih sayang kita kepadanya, semata-mata kerana Allah..
Buat teman teristimewa.. sahabat2, dan teman seperjuangan yang aku kasihi dan sayangi hanya kerana Allah swt.. Sebagai penutup aku tujukan sebuah lagu.. Yang ramai antara korang dah tau kan.. Salam Terakhir oleh Sudirman.. (click utk dengar).. Hayatilah liriknya.. Khas aku tujukan buat korang semua.. Semoga Kasih dan Cinta kita hanya semata2 kerana Allah.. dan kekal sehingga kita bertemu semula.. di SYURGA yang kekal abadi.. Amiin..
Wassalam..
Pertemuan dan Perpisahan di tangan Allah swt jua..
***********************************
Salam Terakhir - Sudirman
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang...
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu...
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya...
Salam akhir..
Salam yang teristimewa
Bersamanya ku memohon keampunan
Melaluinya ku beri kemaafan
Kepadamu...
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan..
Salam ku yang terakhir...
0 comments:
Post a Comment