7 Golongan..
Assalamualaikum wbt.. :)
Kepada sahabat2 yang setia mengunjungi weblog aku yang serba dhaif ni.. Aku mintak maaf sebab dah jarang update.. Dah start sibuk kembali.. Huhu.. Adakah itu sebagai alasan semata? Tidak2.. Memang aku sibuk sekarang.. Dulu masa awal2 cuti, penat2 baito pun.. malam leh post lagi.. Sekarang ni takleh.. Sebab aku ada saishi (repeat test) minggu depan.. So kena study.. Dan tak lama lagi sekolah pun nak bukak.. Dan tak lama lagi nak BOLA kat GIFU.. Soro2 nak kena buat keja plak.. Dan baru ni Embassy mintak buat Pertandingan Pidato Merdeka kat belah Kansai plak.. Kena lah gabung dengan MSAJ.. Huhu.. Ni tengah tunggu masa yang sesuai nak meeting..
Dan minggu ni.. ramai dak2 Nagoya dah balik dari Malaysia.. InsyaAllah Jumaat ni Tadarus akan dimulakan semula.. InsyaAllah.. Cadang2 nak jemput Tok Imam baru Masjid Nagoya dari Mauritius tu utk bagi pengisian.. InsyaAllah kalau takde aral.. Best dia tu.. Cakap penuh bersemangat dan berkobar2.. Dan pengisian dalam bentuk point yang senang orang nak faham.. Tau dan Fasih 4 bahasa.. Krewl ( tak tau eja camne tapi bunyi camni la.. Bahse Pasar France, Bahasa Ibunda Mauritius), Urdu, Arab, English dan buleh Bahasa Malaysia sikit2.. sebab pernah study kat UIA selama 5 taun.. InsyaAllah pasni bahse Jepun plak ek.. :) MasyaAllah.. kalaulah ramai lagi orang macam dia.. yang bersemangat berdakwah.. Pasti dan pasti makin ramai orang Jepun masuk Islam.. :) Amiin..
Ramadhan makin hampir.. Kurang sebulan dari skrang.. Dah bersedia ke kita?? Sama2lah kita persiapkan diri kita ek.. :) Bulan penuh kerahmatan dan keberkatan.. Bulan dibukakan pintu2 rahmat dan keampunan Allah swt.. Alangkah ruginya kita kalau tak merebut bulan Ramadhan yang bakal tiba ni.. So.. sediakanlah diri kita mulai sekarang.. Pastikan Ramadhan yang akan datang ini adalah Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita.. Sebab apa?? Sebab belum pasti kita akan dapat sampai ke Ramadhan pada tahun depan.. Jadi pastikan.. Ramadhan yang akan datang ini, menjadikan kita seperti bayi yang baru lahir.. apabila keluar daripadanya.. Bersih dari segala dosa.. Dan berada dalam keadaan diredhai oleh-Nya sentiasa.. :) Amiin..
Sebagai penutup.. nak kongsi ngn korang satu hadis.. tentang 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah di hari kiamat..
H.R. Muttafaqun ‘Alaih :
Terdapat 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah, iaitu pada hari itu (Akhirat), tiada perlindungan kecuali perlindungan Allah:
- Pemerintah yang adil.
- Pemuda yang memelihara ibadahnya kepada Allah.
- Pemuda yang hatinya cintakan masjid.
- Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang digoda oleh wanita yang berharta dan cantik tetapi menolaknya dengan berkata: “Aku takutkan Allah.”
- Orang yang bersedekah dgn tangan kanan, tp tangan kirinya tidak mengetahui. (tidak diketahui oleh orang lain. )
- Orang yang menyebut dan mengingati Allah pada waktu sunyi sehingga bercucuran air matanya.
Adakah kita tergolong dalam mana2 golongan tadi?? :) InsyaAllah.. Sama2 kita jadikan iktibar.. Dan sama2 kita amalkan.. Semoga kita mendapat perlindungan Allah di akhirat sana.. :)
Sekian dulu dari aku buat kali ni.. InsyaAllah, hmm tak tau bile leh update.. :D Kalau ada isu aku akan update insyaAllah.. :) Doakan sahabat korang ni.. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.. Amiin.. Terima kasih buat semua.. :)
Sekian, Wassalam..
0 comments:
Post a Comment