Pages

Sunday, August 22, 2004

Ulamak Pewaris Nabi



Syeikh Albani

Assalamualaikum wbt..

Kali ni memang lama betul aku tak update.. Sorilah kengkawan yer..

Sebenarnya sebelum Summer Camp 2004 start hari tu (8hb Ogos), aku dah taip satu posting.. Pasal ulamak pewaris nabi ni.. Tapi bila aku post, tetiba intenet jem. Terus ilang aku nyer posting tu.. Kekko panjang gak la.. Ish2.. tensen gile aku.. Memang tak taip dah la pastu.. Nak tunggu ilang tensen lah.. Tapi dah nak start Summer Camp. So terpaksalah tunggu habis..

Dah habis Summer Camp aritu.. pergi Korealah pulak.. So memang tak sempat nak posting baru.. Kat Korea jalan2 sakan.. memang tak sempatlah nak posting ek.. ;) So inilah dia posting pertama aku setelah lama tak update blog ni.. Sori sekali lagik..

InsyaAllah aku akan imbau balik cerita2 Summer Camp dan lawatan ke Korea dalam posting yg akan datang.. Buat masa ni nak komen pasal isu ulamak.. Iaitu posting aku yang hilang tu..

Walaupun sudah berlalu citer ni.. tapi aku tetap nak komen.. Isu Sure Heboh, Akademi Fantasia, SMS dll yang bertentangan dengan syarak telah disound oleh Ulamak. Tapi ada orang yang terang-terangan menentang nasihat ulamak tersebut..

Sape kita nak cakap tentang hal2 agama ni? Banyak mana ilmu kita? Sebab kita takde ilmulah kita mintak pandangan ulamak.. Tapi bila pandangan tu tak sesuai dengan kita punya kehendak, kita tolak pulak. So buat apa kita mintak pandangan depa, kalau takmo dengar. Baik takyah..

Memang apa yang disound tu tak sesuai dengan kehendak nafsu kita. Sebab tu kita tak suka. Tapi apa yang disound tu adalah bersandarkan kepada Al-quran dan As-sunnah. Bukannya dia sound sesuka hati dia. Jadi bila kita menentang apa yang disound tu, bermakna kita menentang hukum Allah swt. Tunggu sajalah balasannya akibat menentang hukum Allah. Dahlah menentang dengan terang-terangan. Awak tu pemimpin. Pemimpin cakapnya didengar oleh masyarakat, dan kadang2 boleh mempengaruhi minda. Masyarakat yang kurang ilmu pengetahuan tentang agama akan mengatakan ada benarnya benda yang dikatakan. Nanti ramai pulak yang mengikut apa yang dia katakan tu. Bayangkan kesannya nanti, dan besar mana dosa yang akan dia tanggung..

Dan kita sebagai orang biasa, marilah kita fikir-fikirkan apa yang ulamak tu sound. Pertandingan SMS tu ada unsur2 riba. So kita kena jauhkan. Dan bukan setakat SMS saja. Tapi banyak lagi benda lain yang ada unsur2 riba yang kita kena jauhkan. Sure Heboh dan Akademi Fantasia pulak, melalaikan, berlaku percampuran laki perempuan yang tak terkawal, waktu solat tak terjaga dsbgnya.. So hukumnya jugak haram.. Berapa ramai anak2 muda kita yang berzina, bermula dengan pertemuan di Sure Heboh. Kondom2 yang dah terpakai ditemui di Sure Heboh telah membuktikan segala-galanya..

Inilah propaganda kafir untuk memusnahkan umat Islam yang secara sedar tak sedar kita dah terjerumus ke dalamnya.. Melalui hiburan yang melampau2.. Berapa ramai antara kita yang sanggup duk depan tv tengok Akademi Fantasia. Menangis2.. Apa nak jadi ni?? Bila tengok orang2 Islam diseksa, dibunuh takde pulak menangis.. Ataupun, pernah ke kita menangis mengenangkan dosa-dosa kita yang lampau?? Tanyalah diri kita sendiri.. Kita kena fikir-fikirkan benda ni.. Sebab kalau generasi kita makin rosak hari ni, maka generasi akan datang pun akan bertambah rosak. Kalau kita tak start nak ubah benda ni suma, sampai bila2 pun ia akan terus berleluasa..

Terimalah pendapat ulamak.. Kalau bukan merekalah yang nak sound kita, sape lagi yang kita buleh harap untuk sound kita. Ulamak adalah Pewaris Nabi.. Nabi dah takde dah skarang nak sound kita. Tinggallah para ulamak sebagai pengganti Nabi. Untuk meneruskan perjuangan Baginda. Dan antara kita yang ramai2 umat Nabi ni, ulamaklah yang paling takut dengan Allah.. So merekalah yang kita nak dengar kata2nya.. Tapi kena ingat.. ada ulamak dan ada ular dalam semak.. Ulamak adalah mereka yang memperkatakan kebenaran, seperti yang telah dibuat oleh Mufti Perak tu. Tapi ular dalam semak ialah mereka yang menyembunyikan kebenaran. Senang jer nak kenal, dan dah makin banyak akhir zaman ni.. So hati2 lah yer..

Dan akhir zaman ni, anak2 muda kita lebih kenal artis daripada ulamak. Pemain bola lebih disanjung tinggi daripada hafiz al-quran. Pelakon2 dijadikan idola berbanding tokoh2 Islam. Semua ini menunjukkan propaganda kuffar itu semakin berjaya.. Dan dalam masa yang sama umat Islam terus lemah, terus mundur dari aspek ukhrawi mahupun duniawi.. Lihat saja anak2 muda kita.. terus leka dan lalai dengan hiburan2.. Belajar entah ke mana.. masjid tak pernah pergi, dan ramai jugak yang dah tinggal solat.. Kalau ukhrawi tinggal tapi duniawi power, leh tahan gak la.. Sekurang2nya kita ditakuti oleh kafirin kerana power dari aspek ekonomi, engineering, senjata dll. Tapi masalahnya dua2 kita mandom. Memang hampeh sungguh.

Dalam keadaan macam ni, masih lagi nak buat konsert dll yang semakin menghampehkan keadaan.. Aii.. pelik2.. kenapalah mereka2 yang menganjurkan tu masih tak sedar2 lagi..

Hmm.. sebagai penutup.. aku nak kenalkan kat korang seorang ulamak hadis mutaakhir.. Syeikh Nasyiruddin Al-Albani.. Seorang ulamak hadis berbangsa omputih (Albania). Memang kebanyakan ulamak hadis muktabar ditakdirkan bukan dari bangsa Arab :) Seperti Bukhari, Muslim dll. Syeikh Al-Albani ni adalah syeikhul hadis abad kita hidup. Banyak sumbangan dia dalam bidang ilmu hadis. Semoga Allah merahmati beliau dan membalas jasa2 yang telah ditaburkan kepada dunia Islam.

Orang2 seperti inilah yang sepatutnya kita jadikan idola.. Dan ramai lagi tokoh2 Islam yang boleh dijadikan idola kalau kita menelusuri perjalanan sejarah Islam. Dan tidak kurang antara mereka, menjulang nama ketika masih muda.. lingkungan 20-an.. Seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah membuka kota Konstantinapel.. Owh.. Alangkah indahnya, sekiranya masih ada pejuang2 seperti mereka pada zaman kita ini.. InsyaAllah Islam akan kembali gemilang...

Semoga Allah menggolongkan kita ke dalam kelompok pejuang2 Islam.. Walaupun usaha2 kita tidak setinggi mana, kita sangat2 mengharapkan rahmat Allah agar terus memilih kita di atas jalan perjuangan ini..

Sekian dulu buat kali ini.. wassalam..

0 comments: