Tangan yg menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia..
Assalamualaikum wbt..
Ni adalah siaran selingan, ataupun buleh jugak dipanggil iklan.. hehe.. Hmm.. Kita rehat dulu sebelum kita sambung kisah Summer Camp lepas.. Kali ni aku nak menimbulkan satu topik.. Dan topik ni memang agak hangat di kalangan kita yang muda remaja ni.. Area2 umur 20-25.. Satu lingkungan umur yang kita semua tidak terlepas daripada membicarakan soal hubungan dengan kaum yang berlainan jenis dengan kita. Kalau aku contohnya.. dengan wanita lah.. Hubungan yang fitrah.. Semua orang mencarinya.. Tapi terdapat perbezaan antara cara yang dibenarkan dengan cara yang terlarang.. So kena hati2..
Wanita.. Satu kaum yang tidak boleh tidak, mesti berada bersama2 kita orang lelaki.. Ya, lelaki mana yang tak perlukan wanita dalam hidup dia?? Malah orang2 yang hebat dalam dunia ni pun tak mungkin dapat mencipta nama tanpa bantuan seorang wanita.. Ibu bagi seorang lelaki ialah wanita. Seorang lelaki tidak mungkin akan dapat lahir melainkan dari perut seorang ibu. Kecualilah kes nabi Adam. Dan juga, seorang lelaki tidak mungkin dapat hidup tanpa bertemankan seorang wanita bernama kekasih.. Yang mendokongnya dari belakang.. tempat bermanja.. tempat mengadu masalah dll. Nabi Adam sendiri merasakan ketidakcukupan, walaupun dia sudah berada dalam SYURGA.. iaitu satu tempat terkumpulnya segala jenis nikmat.. Kerana apa?? Kerana tiada seorang teman di sisi.. Iaitu seseorang yang bergelar wanita..
Hm.. Kenapa aku timbulkan persoalan ini?? Sebab kita sekarang memang di peringkat ini.. Di peringkat perlukan seorang teman dalam hidup.. Dan aku sendiri punyai pengalaman yang tersendiri.. Kadang2 pengalaman serta kenangan itu menceriakan.. membahagiakan kita.. Tapi kadang2.. ia adalah satu luka lama yang sentiasa berdarah kembali, ataupun kisah hitam yang tidak mungkin dapat terpadam dalam hidup.. Aku jugak pernah mengalaminya.. dan aku yakin antara sahabat2 semua.. ada yang memiliki pengalaman yang sama..
Pengalaman yang membahagiakan memang kita harap akan selalu berulang.. Walaupun ia kisah lama yang tidak mungkin akan berulang dengan orang yang sama, tapi dalam hati kita.. kita akan selalu mengharapkan akan dapat berulang kebahagiaan seperti itu walaupun dengan orang lain.. Dan kita sentiasa berusaha ke arahnya.. Kerana apa? Kerana itu adalah hakikat manusia.. Manusia sukakan keindahan, kebahagiaan, dan apa2 sahaja yang manis dan indah.. Jadi tidak hairanlah kita bersikap begitu..
Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku apabila kita mengalami satu pengalaman yang sangat pedih dalam per'cinta'an (keluar jugak perkataan ni.. huhu), kisah hitam yang terus melekat di lubuk hati yang paling dalam.. Sehinggakan kita mengalami satu trauma, satu fobia terhadap perhubungan yang suci dan fitrah ini.. Dan trauma itu menyebabkan kita mahu menolak semua jenis pelawaan dan tawaran yang datang.. Sebab ape?? Sebab itu juga adalah hakikat kita sebagai manusia.. Manusia bencikan keburukan, manusia bencikan kesusahan.. manusia bencikan segala2 yang tidak disenanginya, ketakutan, kegelapan, kemiskinan dll perkara yang tidak membahagiakan.. dan sudah tentulah kepedihan hati dan perasaan adalah satu perkara yang fitrah bagi manusia utk membencinya..
Kita bimbang perkara yang sama akan berulang.. Kita bimbang perkara yang menghantui kita selama ini akan terjadi semula sekiranya kita menerima tawaran yang lain.. Kebimbangan ini kadang2 sangat mendalam, sehinggakan kita tidak dapat menilai kebaikan dan hikmah yang ada di sebalik perkara yang pernah berlaku tersebut.. Sememangnya kita takut ia akan berulang.. tapi kenapa kita tidak sedar.. bahawa pada kebimbangan itu juga, ada secebis cahaya harapan.. Kerana pada masa akan datang.. dua kemungkinan itu tetap ada.. Iaitu keburukan dan kebahagiaan.. Tapi kenapa kita sering menakut2kan diri kita dengan keburukan2 sedangkan peratusan kebarangkalian bagi kebahagiaan juga sama? 50% utk Kebahagiaan dan 50% utk Keburukan..
So alangkah indahnya sekiranya kita sentiasa berfikiran optimis.. dan sentiasa berkeyakinan diri.. InsyaAllah tidak akan ada rasa rendah diri, dan dihantui dengan kisah lama yang sememangnya sudah tinggal sejarah.. Apakah dia sifat sejarah?? Sejarah adalah satu kisah, yang perlu diambil pengajaran.. Untuk apa?? Untuk memastikan masa depan akan jadi lebih baik.. Jadi adakah dengan sikap kita yang membiarkan sejarah hitam hanya menjadi satu kisah hitam tanpa berusaha memperbaiki keadaan, akan menjadikan masa depan kita bahagia?? Dengan sikap kita yang takut dan tidak mahu mencuba lagi.. Tidak mahu memberi peluang lagi kepada diri kita.. Sedangkan sifat cinta itu adalah fitrah manusia.. Hak bagi rohani kita.. Dan sekiranya kita berbuat demikian maka kita telah menzalimi hak tersebut..
Sedarlah akan Firman Allah.. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada suatu kaum hingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka" Ar Ra'ad ayat 11
Dan ingatlah juga akan Firman Allah tentang fitrah kita berpasang2an.. "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." Surah Ar-Ruum ayat 21
Ini adalah hakikat manusia.. Dan kita harus berusaha utk mengubah nasib kita sendiri.. Bukan hanya mendiamkan diri dengan berharap kita tidak akan mengalami benda yang sama.. Bersifat optimislah sahabat2.. Kebarangkalian utk dua benda itu adalah sama.. Jadi apa salahnya kalau kita berikan peluang kedua buat diri kita, yang sentiasa mendahagakan kasih seseorang insan..
Niatku hanyalah utk memberikan semangat dan peransang kepada sahabat2 yang pernah kecundang dalam percintaan. Tapi aku tidak mengatakan yang haram itu halal.. Percintaan terlarang tetap terlarang.. Dengan cara berpegang2an tangan, berdua-duaan, membicarakan hal2 yang lagha apatah lagi haram, dan yang paling teruk ia membawa kepada keterlanjuran.. Cinta yang halal telah ditunjukkan oleh syarak.. Dengan cara memetik bunga di taman, dijadikan perhiasan di taman kehidupan.. Iaitu dengan menjadikan dia sebagai permaisuri dalam hidup.. Tidak ada ketidakadilan berlaku.. Sistem Islam sudah cukup indah.. Suami dan Isteri ada hak masing2.. Dan inilah yang kita mahukan kepada semua pasangan2 muda2 kita.. InsyaAllah..
Bila bicara soal pernikahan.. Ada yang kata.. Tak mampu, tak layak.. dll yg sewaktu dengannya, dan kebanyakannya berkaitan dengan diri sendiri dan ilmu agama di dada.. Ada yang hendakkan yang baik2 tapi rasa tak sesuai kerana merasakan dirinya tidak layak.. Sampai bilakah kita akan layak sahabat2?? Sampai mati pun belum tentu kita dapat layak lagi.. Habis tu.. Adakah kita nak pilih yang tak baik?? Yang akhirnya menyebabkan rambut kita gugur, atau beruban lebih cepat daripada jangkaan..
Memang kita tak layak.. tapi yakinlah akan Sabda Nabi, mafhumnya.. Nikah itu menyempurnakan separuh daripada agama.. Banyak bukti yang kita boleh keluarkan utk menunjukkan kebenaran perkara ini. Aku pernah lihat beberapa orang sahabat yang sudah bernikah.. Sebelum nikah mereka bukanlah dari jenis yang rajin utk study.. Malas pun ada.. tak terurus dan sebagainya.. Tapi bila mereka sudah nikah, terus berubah menjadi seseorang yang tak pernah aku lihat sebelumnya.. Seorang yang rajin study dan lebih terurus.. Sebab ape?? Sebab mereka merasakan tanggungjawab tersebut.. Apa akan jadi sekiranya gagal dalam pelajaran.. Apa nak bagi makan kat bini dan anak2.. Dll lagi.. Dan biasanya orang yang berkahwin rezeki mereka lebih murah.. Orang melayu cakap, rezki orang kawin.. Memang tak dinafikan.. Kadang2 Isteri membantu mencari rezeki dll.. Isteri menjadi semangat utk suami bekerja lebih.. Hal ini disebutkan Allah sendiri dalam Al-Quran..
Firman Allah dalam surah An-Nur..
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." {ayat 32}
Itu adalah dari aspek duniawi.. Dan sudah tentulah dari aspek ukhrawi lebih2 lagilah banyak kelebihannya.. Kerana ia sendiri sudah diberitahu oleh Nabi dalam hadisnya.. Kalau dua2 kurang ilmu agamanya.. InsyaAllah suami yang ada kesedaran akan merasakan tanggungjawab utk mendidik isteri.. Sebab dia tau yang isterilah yg akan lebih banyak bersama dengan anak2 utk mendidik mereka.. Jadi.. dia dengan sendirinya akan berusaha utk mencari ilmu2 agama dan menjadikan dirinya lebih baik dari sekarang.. Supaya mampu berkongsi ilmu tersebut dengan isterinya di rumah..
Dan sekiranya salah seorang dari mereka berilmu.. Itu adalah lebih baik.. Kerana mereka akan membimbing pasangan mereka.. Dan sudah tentulah di pihak yang satu lagi sebagai pasangan, mereka akan segan dengan taraf ilmu yang berbeza.. dan akan berusaha utk cuba merapatkan jurang tersebut.. Dengan ini insyaAllah di akhirnya, akan lahirlah sebuah keluarga muslim yang sejati dengan anak2 yang juga terdidik dalam biah solehah, yang diwujudkan oleh kedua ibu bapanya..
Sekiranya kedua2 mereka berilmu tinggi dalam agama.. Sudah pasti kebaikan yang akan diperolehi tidak dapat dibayangkan lagi.. Kerana daripada mereka akan lahir golongan orang2 beriman yang bakal memartabatkan Islam.. Banyak contoh yang kita boleh ambil dari salasilah keturunan ulamak mutakhir.. Di Iran ayahnya Hafiz , ibunya Hafizah.. Anaknya menjadi hafiz pada umur Enam Tahun.. Muhammad Husin At-Tobatobaie.. Aset kerajaan Iran.. Bagaikan sebuah program Reciter.. Sekiranya disebutkan satu perkataan dalam Al-Quran dia mampu menyenaraikan seberapa banyak ayat yang mengandungi perkataan tersebut dan memberitahu surah apa dan ayat berapa serta di mana duduknya di dalam halaman Al-Quran mengikut Resam Uthmani..
Dan sekiranya pasangan kita itu adalah seorang pejuang kebenaran.. Pasti dan pastilah.. dia akan menemani kita dalam perjuangan.. Mendokong prinsip perjuangan kita, dan sentiasa bersama kita walaupun dalam susah dan senang... walau dalam ribut badai dan taufan.. InsyaAllah.. Aku pasti.. itu adalah harapan bagi semua pejuang2.. Desho?? :) InsyaAllah..
Owh.. Alangkah banyaknya kebaikan2 yang boleh kita perolehi.. So apa tunggu lama2 lagi.. Cepat2 lah cari.. Supaya kebaikan2 itu dapat kita kecapi secepat mungkin.. tanpa merugikan masa depan kita sedikit pun.. Heh.. Teringat sahabat ana dari Indonesia di sini.. Seorang pendokong kuat Jemaah Tabligh.. " Enta kalau kahwin nanti enta menyesal.." katanya.. "Sebab apa?? " Tanya ana ingin tahu.. Sebab pada ana, kahwin ni semua baik2.. Jawabnya.. " Menyesal sebab tak kahwin awal2 lagi.. ".. Huhu.. :) ana tergelak dengar kata2nya itu.. :D
Heh.. Aku ni.. cakap ajer berdegar2.. tapi entahkan bila masanya yang dinanti2kan tu... Wallahu'alam.. Adakah aku nak melepaskan peluang2 dan ganjaran2 serta kebaikan2 berkahwin tu?? Owh.. tidak mungkin sama sekali.. Malah sudah lama dari dulu lagi aku dah bercita2 utk cepat2 dipertemukan dengan jodohku.. Tapi itu semua adalah perancangan Allah.. Masa masih belum tiba buat aku.. Ada saja yang tak kena.. Mungkin Allah nak uji kita sebelum kita dipertemukan dengan yang orang benar2 jodoh kita.. kan? :)
Ingatlah sahabat2.. sekiranya berlaku sesuatu antara kita dan calon yang kita dah pilih, yg menyebabkan kita tidak dapat meneruskan hubungan dengannya.. Percayalah.. itu adalah perancangan Allah yang penuh hikmah yang tersembunyi.. Dan percayalah dia bukan jodoh kita.. Dan percayalah.. Akan ada seseorang yang lebih baik daripadanya.. telah disediakan utk kita oleh Allah Rabbul Izzati.. Janganlah berduka dan janganlah bersedih.. Redhalah dengan taqdir dan ujian Allah.. sebab tidak lengkap iman seseorang selagi dia tidak diuji.. Yakinlah akan jodoh kita yang sudah ditetapkan.. Jauh lebih baik dari yang sebelumnya.. InsyaAllah..
Okehlah.. rasanya semua yang terbuku sudah diluahkan.. :) Utk sama2 dikongsi dengan sahabat2.. Sama2 kita ambil pengajaran dan iktibar.. Semoga manfaat utk semua..
Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu kelemahan aku sendiri, dengan izin Allah jua hendaknya..
Sekian dulu utk selingan kali ini.. :D
Wassalam..
0 comments:
Post a Comment