Indahnya Summer Camp siri 2..
Assalamualaikum wbt..
Heh.. sori kepada sahabat2 yang menunggu.. Semalam aku baru masuk baito.. Tapi hari ni dah cuti dah.. Cuti Hari Kebangsaan kot.. heheh.. Haa.. di kesempatan ini.. aku ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua masyarakat M'sia terutama yang berada di perantauan bersama2 aku.. huhu.. Sambutlah Kemerdekaan dengan penuh keinsafan.. bukannya dengan menseronokkan diri.. Sebab menseronokkan diri tu sebenarnya belum merdeka.. Sebab nafsu masih menguasai diri.. Huhu..
Hm.. Aku ni kalau bercerita memang takleh nak cut short.. tak reti nak potong tang mana.. Mesti akan jadik panjang berjela2.. Sepatutnya dah leh abis dah Cerita Summer Camp tu dalam satu post.. tapi tak habis2 gak.. hehe.. So terpaksalah korang menunggu aku sambung yer tak?? Huhu.. Sorilah yang tersangat2 sebab membuatkan korang menunggu.. Bukan niat di hatiku begitu..
So.. The next day of the camp.. dimulai dengan permulaan yang agak mengecewakan.. Huhu.. Heh.. Mungkin nikmat Allah kot nak bagi rehat lebih.. sebab masing2 penat pasang Khemah hari sebelumnya.. Masing2 telah dibuai mimpi indah, sehingga waktu solat Subuh sudah menjadi giri2 baru masing2 tersedar.. :) hehe.. silap kami jugak sebab tak buat giliran.. heh.. Muhasabah muhasabah..
Lepas tu Ustaz Zamani bagi pengisian Saya Mestilah Muslim di Sudut Ibadah dan Akhlak. Pengisian yang diambil sempena buku Ustaz Fathi Yakan.. Maza Ya'ni.. Kemudian istirehat.. masa ni ramai yang mula mandi sungai.. Heh.. Walaupun ada yang dah mandi semalam.. Huhu.. tengah malam mandi.. berani sungguh.. hehehe :D.. tapi takpe.. sebab sungai di Jepun takde buaya.. ikan halus macam ikan bilis ada laa.. hehe..
Habis mandi.. ada sahabat2 yang solat dhuha di khemah utama.. Ada junior2 yang ikut.. Alhamdulillah.. Satu perkembangan yang bagus.. Semoga suasana zikir dan ibadah seperti ini dapat diteruskan dalam program2 akan datang.. Lebih kurang 9 pagi.. Pengisian bermula.. Perjanjian Aqabah dan Hijrah oleh Ustaz Khairuddin. Demo yappari.. takleh nak cover semua.. sebab dua bab dalam satu tajuk.. Dan masa yang pendek.. Sedangkan Hijrah saja sudah panjang ceritanya.. :) insyaAllah muhasabah utk taun depan..
Dua pengisian berikutnya pada hari itu diberikan oleh Ustaz (bakal.. amiin) dari IPIJ sendiri.. hehe.. iaitu Ustaz Saifizi Saidon dan Ustaz Mohd Fallah.. Dengan tajuk masing2.. Tafsir An-Nas dan Al-Ikhlas dan Taubat. MasyaAllah.. bersemangat.. walaupun tak bertauliah.. tapi memang ada bakat.. hehe.. Dan ramai senior2 dan sahabat2 yang membantu, dan lebih berbentuk perbincangan.. :) Alhamdulillah.. Berjalan dengan lancar.. Niat Ustaz memberikan slot itu kepada IPIJ sendiri, ialah utk melatih para pimpinan.. :) Baguslah tu..
Ha.. lupa nak bgtau.. Petang tu kami ada Treasure Hunt bagi muslimin.. dan main dam Ular besar bagi Muslimat (dari sendiri jadik buah main dam).. heh.. Walaupun ada muslimin yang tak puas hati pada hari tu.. tapi alhamdulillah berjalan dengan lancar.. Jumpa jugak akhirnya harta karun berbentuk jam pasir kaler biru tu.. huhu.. Dan seperti biasalah.. kump analah juara.. ekeke.. (hadiah diberi berdasarkan markah kump keseluruhan.. bukan Treasure Hunt saje.. :D)
Dan perkara yang paling best sekali hari tu ialah BBQ.. hehe.. Sebab makan.. penat2 main treasure hunt, main bola (lepas treasure hunt) dan main dam ular.. masing2 dapat makan best.. heh.. mana tak best nya.. BBQ.. bukan selalu jumpa.. Maka masing2 pun makanlah dengan enaknya daging2 serta ayam2 bersama dengan nasik goreng, hidangan Special dari Unit Santapan.. Walaupun masing2 sanggup berpanas tangan pegang hashi masa nak membalikkan daging.. Tapi sudah tentu kelazatan daging tu membuat kan masing2 sanggup meredah kepanasan itu.. hehe..
Lepas makan.. Kuliah daripada Ustaz Jiji.. (yg ana bgtau tadi..) dan lepas tu.. muslimat ada slot utk muslimat bersama dengan ustaz.. group muslimin lain buat perbincangan LDK.. :) Bincang nak buat apa pada Malam Kebudayaan Islam.. Heh.. grup ana yang mula2 takde Idea langsung.. sampailah berjaya menghasilkan sebuah drama jin yang terulung abad ini.. hehe.. (jiman lagi.. :p) Tapi memang best lah.. serius.. daripada 0 langsung kepala otak.. tak nampak ape.. last2 jadi satu jalan cerita.. dengan watak2 Jin yang lawak sungguh.. hehe.. kepada yang tak dapat join, alhamdulillah kami dah rakamkan semua ceramah2 ust time SC beserta jugak dengan Malam Kebudayaan Islam.. Nanti boleh lah tengok.. Hiburan yang mendidik jiwa insyaAllah.. :)
Habis tu.. suma tido.. takmo jadik cam semalam.. bangun lambat. :)
Okeh.. sampai takat tu dulu utk siri 2.. ana akan sambung lagi siri terakhir.. insyaAllah..
Sekian wassalam.. n
0 comments:
Post a Comment