Pages

Friday, July 09, 2004

Terus berjihad..

Assalamualaikum wbt..

Lama dah tak meneruskan kata2 jihad di sini.. Aku mintak maaf banyak2 kepada sahabat2 yang setia melawat laman yang serba kekurangan ini, sebab kelewatan aku meng'update'. Aku harap korang akan terus setia dtg ke sini dan support aku utk terus menulis. Semoga apa yang kalian dapat dari Blog aku ini ialah manfaat dan faedah yang sama2 boleh membawa kita ke arah kebaikan, InsyaAllah. Bukan keburukan, Nauzubillah..

Saikin (Lately), aku bz dengan macam2 benda. Dan banyak masa aku dihabiskan utk benda2 ni. 1st sudah tentu Summer Camp IPIJ 2004 (SC2004) yang bakal berlangsung 8-11hb Ogos nanti. Utk maklumat lanjut tekan sini. Macam2 nak kena pikiaq dan macam2 masalah timbul dan nak kena setelkan. Hmm.. biasa la tu yer tak. Kalau buat program takde masalah tak sah yer tak.. :) doakan agar aku dimudahkan segala urusan dalam Program ini..

Then seperti biasa, report2 jikken aku.Walaupun hanya tinggal 2 jikken aje lagik, tapi ia tetap mengambil masa yang lama dalam hidup aku.. huhu.. Satu report biasalah, berkajang2 tu. Hmm.. cepatlahh abihs.. leh aku study plak.. Hmm.. Peksa lagi 10 hari dari sekarang (1st paper). So aku kena siapkan awal report2 ni utk study. Alahai report jikken. Kenapalah ko ada ek?? Kalau ko takde kan best. Buat Jikken aje.. huhu.. Tapi apakan daya.. Report Jikken tetap kena buat. Itu adalah suratan takdir bagi pelajar2 engine di bumi sakura ini.. Cheiwah.. :D

Dan seperti biasa lagi.. Usrah, Tadarus, Gash, Masjid Nagoya, dll usaha agama yang sewaktu dengannya.. heh.. Aku bukannya apa.. Kalau aku tak sibukkan diri aku dgn usaha2 agama ni, aku memang akan buat benda lain.. huhu.. dan benda itu adalah benda yang lalai dan melaghokan. Sebab tu aku lagi suka kalau aku sibuk dgn benda2 ni. Aku pun bukannya jenis suka study. Kalau study pun last2 minit aje. So kalaulah aku tak menyibukkan diri dengan benda2 ni, maka jadilah aku sorang manusia yang hampeh, sebab study pun tidak, wat kerja agama pun tidak. Buang masa gitu ajer. Tak best lah kan..

Tu pun kadang2 aku terpaksa lepaskan Gash, sebab dah banyak buh masa kat benda lain. Hmm.. Sorilah yek sahabat2. Aku pun manusia biasa gak, takleh gak nak guna masa aku semua utk benda tu. Sedang report banyak lagi tak buat, shukudai dll. So mana yang dah aku iltizam dengannya maka aku lebih utamakan seperti Usrah, Tadarus dan Kuliah di Masjid Nagoya. Tapi alhamdulillah kalau ada masa lapang memang aku join gash dan insyaAllah di masa2 akan datang pun akan aku cuba utk join gash. (buat kat rumah aku aje sbnrnya). Doakan sahabatmu ini supaya terus istiqamah atas jalan perjuangan ini. :)

Hari ni, Jemaah Malaysia akan datang Nagoya.Bagi bayan time tadarus,lepas Isyak. Mungkin beberapa orang la, tak suma (total jemaah kali ni 4 orang). Sangat bagus kalau kita dapat ambik masa utk jumpa mereka yang korban masa mereka dengan ikhlas di jalan Allah ini. . Kalau tak rugi kita. Banyak manfaat kalau kita campur ngn orang baik2. :) Tak semua orang dapat nak korban masa macam diorang ni. Walaupun dia tu seorang ustaz, seorang alim tapi belum tentu dia mampu utk terjun ke dalam masyarakat, korbankan masa dan buat sesuatu utk kebaikan masyarakat. Semua atas pilihan Allah. Maka bersyukurlah, dan teruslah berdoa agar Allah terus memilih kita.. InsyaAllah.

Hmm itulah dia kisahnya, apsal aku dah lama tak update. Report, usrah dll tu rasanya sebelum ni pun sama. Cuma SC2004 tu lah yang lebihnya kali ni. Meeting, meeting dan meeting. Dan lain2 masalah yang timbul. Itulah yang banyak ambik masa aku kali ni. Hmm.. sebulan lagi dari tarikh program. Banyak benda lagi tak buat. Hmm.. Kore kara mo, motto2 isogashiku naru. Doakan aku yer..

Okehlah.. rasanya cukupla utk kali ni. Aku bukannya ada masa sangat. Hmm.. Sedih gak kali ni sebab takde masa nak ulas apa2 isu ataupun timbulkan persoalan2 yang hangat sikit, ataupun tazkirah2 buat kita yang sering lupa. Banyak bagi alasan plak hari ni.. huhu.. Hmm.. insyaAllah.. di lain lembaran kita bicara lagi tentang perjuangan ini, dan cara2 utk terus berjuang tanpa gugur di tengah jalan. :) insyaAllah.

Doa utk semua umat Islam.. Amiin..

Sekian wassalam wbt.

0 comments: