Isu, isu, isu..
Assalamualaikum wbt..
Hari ni bila aku bukak paper, keluar berita baru.. Seorang Polis wanita diragut.. .. Adeh.. Polis pon dah kena ragut sekarang.. ape citer?? mana ketakutan penjenayah kepada Polis sekarang?? Ish ish..
Kelmarin, seorang pemandu van terbunuh lepas ditikam oleh seorang peragut yang kantoi dengan dia. Respek sungguh aku dekat arwah kerana memang sikap dia suka menolong orang yang kena ragut @ suka mengejar orang yang meragut, samun, pau dsbgnya.. Aku ingat sekarang ni takde lagi dah orang2 camtu.. dulu2 tengok drama adala orang camni.. Skang kebanyakannya aku tengok, engkau engkau, aku aku.. sampaikan jiran pon tak kenal jiran.. Tapi tak sangka rupanya ada lagi orang yang berhati mulia camni.. Sememangnya Allah pelihara supaya ada orang2 yang baik camni utk mengimbangi kejahatan pada zaman skarang.. Walaupun orang makin jahat makin jahat.. tapi still ada orang baik2.. Ada hikmahnya di situ.
Hmm.. Sedih aku mengenangkan nasib arwah. Macam mana la anak dan isteri dia.. Takpalah insyaAllah ada rezki mereka.. Dan sememangnya Allah lebih sayang dia lagi.. Semoga arwah diberikan ganjaran yang besar di sisi Allah atas usahanya yg mulia tu.. Dan semoga orang ramai dan masyarakat sedar dan bukak mata dengan apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang.. Bukan baca sokkabar, geleng2 kepala, pastu tutup balik.. terus buat hal sendiri.. lupa dah benda tadi.. Yang ada dalam kepala otak dia hanyalah, study aku, kerja aku, duit aku, kereta aku, game aku, awek aku, balak aku, enjoy aku.. dll yang hanya mementingkan diri sendiri..
Takde nak sumbangkan walau sedikit masa utk bergaul dengan masyarakat.. masjid tak pi, mesyuarat PIBG tak pi, gotong royong dan macam2 lagi aktiviti2 kemasyarakatan semuanya dia carik alasan utk mengelak.. sedangkan masjid tulah pusat di mana tertumpunya masyarakat.. di sekolahlah kita nak bergaul dengan mak ayah orang lain, rajin2 pergi ziarah kawan.. dll lagi yg membolehkan kita bergaul dengan orang ramai.. yang mana dengan pergaulan itulah akan datang perkara2 yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.. Kalau kita tak bergaul macam mana nak dapat hasilnya yer tak??
Dan satu benda lagi kita kena buka mata, ialah kenapa sekarang ni makin menjadi2 kes ragut ni?? Mari kita fikirkan sama2.. Apa punca berlakunya benda ni.. Kalau kita nak setelkan sesuatu masalah, kita kena fikirkan puncanya dan setelkan dari situ. Kalau kita tak cari punca dan tak rawat dari punca, maka tak guna segala usaha kita utk membasmi jenayah tu. Selagi puncanya tak dikenalpasti dan dibendung, selagi tulah masalah tak akan selesai.
Hmm.. ada orang cakap rakyat kita ni MISKIN.. sebab tu sampai sanggup untuk meragut dan buat benda2 yg mudah utk dapatkan wang dsbgnya.. Pau lah dan macam2 lagi.. Kalau jalan kat area2 CM, Petaling Street tu haa.. beraniah jalan sorang2.. Walaupun aku jalan sorang2 jer.. (mungkin sebab aku besar.. huhu) Kawan aku dah dua tiga kali kena pau jam kat situ.. Kesian giler aku tengok. Bayangkan la.. Dari dulu sampai sekarang benda ni berlaku. Adakah Polis dll badan tak buat apa2 tindakan??
So benda ni kena dikaji dari akar umbi. Kalaulah benar rakyat kita miskin sampaikan sanggup utk mencuri dll, maka kita kena buat sesuatu utk mengatasi kemiskinan itu. Tapi sudah beberapa taun tapi kes2 mencuri dan pau ni masih tak berkurang.. malah bertambah2.. Adakah kemiskinan tu dah diatasi??
Memang mudah utk bercakap berbanding nak buat kerja.. Tapi apa yang aku luahkan ni adalah hasil daripada ketidakpuashatian aku terhadap beberapa tindakan kerajaan or org2 berkepentingan yang menyalahgunakan wang di tempat yang tak sepatutnya..
Kita bina bangunan yang tertinggi di dunia kononnya utk menonjolkan nama kita di mata dunia. Tapi dalam masa yang sama berapa banyak dah duit yang habis.. sedang rakyat masih lagi dalam kemiskinan, sampaikan berlakulah kes2 mencuri dsbgnya.. Dan kita masih lagi hutang keliling pinggang.. Dengarnya KLCC tu belah2 pejabat tu masih kosong. Wallahualam.. Kalaulah benar.. bertambah2lah geramnya aku.. sebabnya nampak sangat kita bina tu nak menunjuk2 bukan utk menggunakannya dengan cara yang sepatutnya.. Maka masuklah kita kepada orang2 yang ZALIM.. iaitu tidak menggunakan sesuatu pada tempat yang sepatutnya..
Dan banyak lagi benda yang aku rasa hanyalah pembaziran.. Ada orang kata, bila kita ada benda2 tu orang akan kenal kita, orang akan anggap kita ni hebat, tak ketinggalan zaman dsbgnya.. Hmm.. aku nak tanya.. SAPE orang2 tu?? Org Jepun?? Amerika?? heh.. Diorang tak heran lah dengan apa yang kita ada.. Diorang dah lama dah ada benda2 tu. Kalaulah diorang ni jenis yang buka mata, dan datang ke Malaysia.. memanglah mula2 akan kagum dengan KL yang walaupun sebelum ni mereka sangkakan koman.. Tapi bila mereka mula bergerak ke kampung2.. mereka akan lihat.. masih ada lagi keluarga2 yang tak terbela nasibnya.. miskin.. dll..
Jadi apa yang berlaku sekarang sebenarnya adalah hasil daripada kesilapan kita sendiri.. Sepatutnya perkara yang kena kita utamakan dan usahakan ialah "hak asasi sesama manusia" dan "kemajuan dari segi sahsiah dan rohani". Sebab kita orang Islam dan kita berpegang kepada prinsip keadilan, kemasyarakatan, keharmonian, keamanan yang mana semua tu datang dengan kemajuan dari segi sahsiah dan rohani. Tapi kita nak tiru barat yang maju dari segi Teknologi, dan Material, tapi dari segi sahsiah dan rohani mereka?? Rosak sama sekali.
Tapi bila kita utamakan Islam, kita akan tekankan dulu aspek Rohani dan Moral. Maka semua orang akan jadi baik2 insyaAllah. Dan kemudian kita tekankan aspek Hak Asasi Manusia. Maka tak akan ada orang yang terzalim. InsyaAllah tak akan ada lagi orang yang miskin. Duit2 cukai kita gunakan kepada tempat yang sepatutnya. Bincangkan dulu di kalangan Wakil Rakyat yang betul2 mewakili rakyat kalau nak buat sesuatu perkara. Barulah tak berlaku pembaziran dan salahguna kuasa dan wang.Dan kalau semua orang keluarkan zakat dan zakat tu dibahagi2kan kepada yang hak. Sehinggakan pernah pada zaman pemerintahan Khilafah dulu, bila dikumpulkan zakat, tak ada orang lagi yang layak menerimanya. Dan seorang wanita boleh berjalan jauh sorang2 tanpa risau ada orang akan menyamunnya. Ini dia Islam. Islam itu memelihara hak asasi manusia.
Tapi kita ?? Nak juga kejar sesuatu yang belum layak dengan diri kita. Orang barat ke orang Jepun tu tak kisahlah kalau diorang nak buat bangunan hebat2.. Sesuailah dengan maqam dia sebagai negara2 maju.. Dan sememangnya diorang dah tak tau nak buat apa dengan duit tu.. Dah terlebih2 banyak. Sebab tulah sanggup pegi perang dsbgnya.. Huhu.. Sebab dah tak tau nak buat apa dengan duit. Sampaikan orang2 HOMELESS kat sini pun tak mau bila kerajaan Jepun cakap nak bagi rumah kat diorang.. Apa nak kita cakap lagi.. Memang duit tu dah berlebih2.. Sampaikan sanggup bagi pinjam kat Kerajaan kita suh antar student.. adeh.. kono batang idung sendiri.. huhu..
Kita sekarang ni ibarat seorang anak orang sederhana yang berlagak macam orang kaya.. Pakai nak branded2, tapi hakikatnya mak ayah punyalah serik nak carik duit. Tapi kita dok bazir2 gitu jerk. Camtulah kita sekarang. Berlagak macam orang kaya. Padahal kita still miskin, dari segi material malah dari segi sahsiah.. Sebab ape?? sebab kita terlampau mengejar2 Material. Last2 dua2 tak dapat. Tapi kalau kita kejar sahsiah.. insyaAllah dua2 akan kita dapat serentak. Sebagai contoh, Umat Islam pernah menguasai 2/3 daripada dunia pada satu masa dulu.. Sebab ape?? Sebab mereka kejar sahsiah dulu, maka lahirlah Saintis2 yang power dari segi Ilmu Duniawi, tapi dalam masa yang sama sahsiah mereka begitu tinggi. Seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Jabir dsbgnya..
So kawan2.. sama2lah kita perbaiki negara kita dan masa depan anak2 kita. Sebab kitalah bakal pemimpin masa depan yang bakal mencorakkan hala tuju kita. Kalau kita tak baiki dari segi sahsiah masyarakat, maka masyarakat kita akan terus rosak dan rosak. Dan akan lahirlah pemimpin2 yang korup, menyalahgunakan wang, mementingkan diri sendiri dsbgnya. Sedangkan kalau kita contohi Saidina Umar Al-Khattab.. sanggup padam lilin kerajaan, dan pasang lilin sendiri bila anak mai nak bincang hal2 keluarga. Pemimpin2 sekarang??? Hmmph.. jauh panggang dari api.. lagi diperasnya harta kerajaan habis2 adalah.. Kecualilah pemimpin2 yang berjiwa rakyat, berjiwa Islam dan berhubung erat dengan Allah. Semoga Allah naikkan pemimpin2 seperti ini utk memperbaiki kembali umat Islam di negara kita yang semakin hari makin jauh dari agama.. Amiin. Doakan semua Umat Islam dalam solat kalian.. Semoga Allah bantu umat Islam akhir zaman ini..
Sekian dulu buat kali ini.. Wassalam..
0 comments:
Post a Comment