Pages

Thursday, July 15, 2004

Bangunlah.. wahai pemuda pemudi harapan agama..

Assalamualaikum..

Baru tadi.. aku lepak2 kat bilik Apisdin dengan Apis dan Shapa.. ingatkan diorang tengah buat ape.. rupanya diorang tengah melayan klip video Malaysian Idol yang didonlod dr internet. Sebenarnya aku baru tau benda ni dari sorang adik angkat aku. Aku pun tak tau ape bendanya.. Lepas diterangkan lebih kurang baru la aku tau.. Alaa.. set2 Akademi Fantasia gak la..

Ni barulah aku tengok sendiri depan mata. Budak2 muda kemain bersungguh2 nak masuk audition. Ada yang terer nyanyi tu memang terer betullah. Tapi ada tu dah la tak terer, bila orang terus terang cakap dia tak terer, marah pulak. Marah siap menjerit2 pulak tu. Anak melayu tu. Bukan anak orang putih. Nilah yang dipanggil orang putat.. Bak kata Ust Shamsuri. Nak jadi orang putih, tapi tak jadi. So jadik orang putat lah. Huhu

Akademi Fantasia bagi aku sudah cukup nak membuatkan anak2 muda kita tergila2kan hiburan2 macam tu. Apa orang kata. Real tv? Hmm.. aku pun tak ingat. Ada terbaca dalam email sebelum ni. Tapi tak silap aku Akademi Fantasia tu dia dah tapis dulu penyertaan dia. Orang tu memang betul2 berbakat. Tapi Malaysian Idol ni macam main amik aje.. ntah sape2.. Dah la ntah hapa2.. malu aku tengok.. Dari segi kualiti menyanyi yang kebanyakannya memang hampeh, dengan memalukan peserta tu bila kena kritik gila2 dengan omputih tu, dan sikap anak2 muda yang tergila2kan sangat publisiti murahan macam tu. Pelik betul aku. Sampai menjerit2 tak tentu hala, bila orang tu tolak dia. Dah la menyanyi tak best. Ngaku jer la.

Hai.. ape nak jadi ngn anak2 muda kita ni. Makin lama makin rosak pulak. Dengan membuang masa nak buat benda2 macam tu. Dahla belajar tak ke mana. Buang pulak masa dengan benda2 tak berfaedah tu. Apa yang diorang tau, ialah nak bersuka ria. Nakkan publisiti. Makin lama makin rosaklah. Kerajaan pulak biarkan aja program2 macam tu makin banyak. Inikah Islam Hadhari yang nak dibawa? Hmm.. sama2 lah pkkan yer..

Takleh tulih panjang2.. ada kelas ni.. nantilah ada masa sambung balik k.. Wassalam.

0 comments: