Pages

Friday, June 25, 2004

JIM-2

Assalamualaikum wbt..

Aku mintak maaf. Ada sedikit ralat tentang JIM tu. Sebenarnya IRC ditubuhkan terlebih dulu dari HIZBI. Bukan sebab HIZBI dah ada baru IRC ada. Salah fakta.

IRC adalah satu wadah yang wujud utk menyatukan umat Islam Malaysia di UK pada waktu itu. Dan bekas2 IRC lah yang pulang ke Malaysia dan menubuhkan JIM.

Dan HIZBI tu baru2 jugak lah. Begitu jugak MSM yang mengambil alih IRC di UK. Hizbi ditekan oleh kerajaan kerana terlampau lantang menentang mereka. Tapi MSM masih terus berjalan dengan bebas kerana tidak disyaki apa2. Alhamdulillah.. sekurang2 nya masih terus berjalan wadah dakwah di UK.

So tak perlulah gaduh2.. Marilah kita bersatu utk kemaslahatan umat. Bukannya terus bertegang urat sesama kita sedangkan umat terus mundur dan sakit.. Ramai lagi dak2 kat UK tu yang nak kena pegi ketuk pintu, dakwahkan mereka.. Daripada sibuk2 bergaduh, baiklah pegi pk camne nak buat program dsbgnya.. insyaAllah leh dapat pahala kan??

Ni nasihat aku utk dua2 pihak.. Jgnlah kita di kalangan daie ni bergaduh dan jugak carik gaduh.. Hanya akan membawa kerugian kepada umat.. Berlapang dadalah. Cari titik persamaan bukan perbalahan. Dan jangan sakitkan hati satu pihak yang lain. Marilah kita berakhlak dengan akhlak nabi. Kalau satu pihak buat tak elok kat kita, maafkan kawan kita tu.. Tapi dalam masa yang sama nasihati jugak dengan penuh hikmah, agar dia sedar akan kesilapannya. InsyaAllah akan ada persefahaman.. sebab dua2 pun nak bawak Islam.. Sia2lah kalau nak bawak islam tapi tak berakhlak dengan akhlak Islam.. kan?? InsyaAllah suma orang paham benda ni..

Dan kita kena ingat, bahwa kita hanyalah salah satu dari jemaah minal muslimin. Tidak ada yang benar2 betul. Hanya Jemaah dari sudut pengertian Siasi iaitu Khilafah Islamiyah sahaja, yang menjadi kewajiban utk disertai, berdosa jika diingkari dan haram sekiranya berlaku perpecahan.

Tapi sekarang kita belum sampai ke tahap itu. Kita masih berada di peringkat mengembalikan Khilafah Islamiyah. Apa salahnya kita memandang taadud jemaah ini sebagai satu rahmat. Memandangkan ada orang yang suka dengan cara JIM yang tidak ekstrim ke arah politik. Ini dapat menarik anak2 muda dan remaja yang masih baru utk mengenal Islam. Ada pula orang yang bersifat keras dan kuat serta pantang dalam melihat kemaksiatan berleluasa. Maka dia akan bersama2 dalam PAS dan bersungguh2 ditarbiyah. Biasanya orang2 ini terdiri dari kalangan orang2 yang mempunyai latar belakang agama yang kukuh. Dan ada juga orang yang lebih suka kepada cara Tabligh, memberikan keinsafan di hati, menyedarkan diri yang terleka dengan amalan2 dan dakwah secara direct.

So insyaAllah kalaulah semua jemaah2 yang ada ini berlapang dada antara satu sama lain, tidak menganggap diri dia saja betul, saling bantu membantu, tidak mencari gaduh - seperti buat usrah lain, kutuk2 jemaah lain dsbgnya yang buleh menimbulkan perbalahan, insyaAllah.. Umat Islam akan bersatu kembali.. Kalau ada tak puas hati, cari jalan penyelesaian melalui perbincangan.. bukannya simpan dalam hati, kutuk2 belakang sehinggakan pengikut2nya semua mengutuk sama.. kalau ada nampak silap ke jemaah lain ni, nasihat dengan hikmah dan kritik dengan niat membina.. insyaAllah akan ada kebaikan.. jgn dikutuk kawan tu.. hanya akan membawa pertengkaran jer..

Okeh?? insyaAllah.. semoga kita semua ambil iktibar dan amalkan bersama.. insyaAllah perpaduan hasilnya.. dan umat pun akan untung.. insyaAllah.. :)

Okeh la.. len kali sambung.. wassalam.. n

1 comments:

Ibnu_Ismail said...

assalamu'alaikum.

saya tinggalkan link utk bacaan. maaf. saya baru jumpe blog saudara.
http://mantik.blogdrive.com/archive/42.html

ibu dan ayah saya belajar di UK dulu.sepanjang perbincangan saya dengan ibu saya, rasanya ada beberapa fakta yang tidak diceritakan oleh saudara. ttg mengapa bergaduh sangat antara ABIM (dulu bersama PAS) dan IRC dulu.

antaranya,'mencuri' ahli ABIM.itu istilah yang diguna oleh ibu saya.kemudian diteruskan lagi dgn penubuhan JIM dsb.

ini hanya lontaran dari saya.

waLlahu a'lam.