Tuesday, June 23, 2009

BUKU-BUKU AGAMA & FIKRAH UNTUK DIJUAL


Photobucket

Alhamdulillah sesudah program bersama adik-adik beberapa hari yang lepas ada sedikit buku-buku lebih yang boleh sahabat-sahabat beli daripada saya. Di bawah ini saya senaraikan buku-buku tersebut.

Buku-buku ini akan saya simpan sehingga hujung minggu ini sahaja (28 Jun 09). Jadi diharap sahabat-sahabat bertindak segera untuk memesan buku-buku ini daripada saya.

Cara-cara untuk membuat pesanan
  1. Masukkan duit (harga buku + kos penghantaran rm3) ke dalam akaun Maybank saya 162106688728 Mokhzani bin Mukhter @ Mokhtar. Rekodkan butirannya.
  2. Hantar email kepada saya di mokhz6@yahoo.com, dan nyatakan nama buku dan maklumat rekod cash deposit (berapa jumlah, tarikh dan jam berapa).
  3. Juga sertakan Nama, No. Tel, dan Alamat untuk penghantaran.
  4. Pesanan dari luar negara juga akan kami terima. Sila email untuk maklumat yang lebih lanjut.
InsyaAllah saya akan membalas email sahabat-sahabat tersebut dan penghantaran akan dibuat dengan segera. Biasanya penghantaran akan mengambil masa 3 hari daripada tarikh email dibalas.

Berikut ialah senarai buku-buku.

Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
  1. Aku Terima Nikahnya - Ust. Hasrizal (RM 18)
  2. Bercinta Sampai Ke Syurga - Ust. Hasrizal (RM 20)
  3. Rindu Bau Pohon Tin - Ust. Hasrizal (RM 15)
Nufair Street
  1. Mutiara 2 Tok Guru - TG Nik Aziz, TG Haji Hadi (RM 23)
  2. Khusyuk Dalam Solat - TG Nik Aziz (RM 13)
  3. Sirah Nabawiyah - TG Nik Aziz (RM 32)
  4. Bertemu Janji Allah - TG Nik Aziz (RM 15)
  5. Belajar Dari 2 Umar - TG Nik Aziz (RM 15)
  6. Solat & Keajaibannya - Hj. Ishak Baharom (RM 15)
  7. Muhammad SAW Insan Teladan - TG Nik Aziz (RM 25)
  8. Telaga Budi - TG Nik Aziz (RM 16)
Jundi Resources
  1. Gaza Menangis - Ust. Riduan Md. Nor (RM 12)
  2. Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden - Ust. Riduan Md. Nor (RM 12)
  3. Sejarah Gerakan Islam Abad Moden - Ust. Riduan Md. Nor (RM 10)
  4. Kemuliaan Al-Quran - Ust. Riduan Md. Nor (RM 6)
  5. Islam Liberal - Ust. Riduan Md. Nor (RM 10)
  6. Pengaruh Pemikiran Syed Qutb Terhadap Gerakan Islam Di Malaysia - Ust. Riduan Md. Nor (RM 15)
  7. Memoir Jihad Afghanistan - Ust. Riduan Md. Nor (RM 5)
  8. Ulama' Kemerdekaan - Ust. Riduan Md. Nor (RM 15)
  9. Potret Perjuangan Mahasiswa - Ust. Riduan Md. Nor (RM 10)
  10. Saat Cinta Bertasbih (Biografi TG Nik Aziz) - Ust. Riduan Md. Nor (RM 12)
  11. Catatan Kanvas Kehidupan - Ust. Riduan Md. Nor (RM 12)
  12. TG Hj Abdul Hadi Awang: Murabbi, Ideologue, Pemimpin - Ust. Riduan Md. Nor (RM 20)
InsyaAllah harga-harga yang kami tawarkan jauh lebih murah daripada yang di luar. Jadi memang tidak rugi membeli.

Bagi melihat cover buku-buku tersebut dan sinopsis (kalau ada) sila layari laman-laman web seperti link di bawah ni.
  1. Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
  2. Nufair Street
  3. Jundi Resources
Jadi tunggu apa lagi? Buatlah pesanan anda sekarang sebelum terlambat!!

Sila komen jika ada sebarang pertanyaan.

Wassalam.

Labels:

2 Comments:

Blogger yad said...

dah bau kimchi....mane bleh jual harge cegitu.chigem

6:37 PM  
Blogger yad said...

dah bau kimchi, mane beh jual harge tuh.chigem!! (masuk nih dah 2kali aku type comment nih)

6:38 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home

Monday, January 08, 2007

HIBURAN MENDIDIK JIWA - (smbgn Hiburan Tanpa Prinsip)

About Muhammad - Dawud Wharnsby Ali




Allah Knows - Zain Bikha and Dawud Wharnsby Ali



Small Deeds - Native Deen

2 Comments:

Anonymous jhazkitaro said...

salam dari bumi Ireland..

11:09 PM  
Blogger Une_Musulmane said...

Assalamualaikum wbt

Oprah Winfrey is planning to travel to Israel for a solidarity visit...to see the threats faced by Israel! Our petition is that she be fair, seek truth and justice by also visiting the occupied territories in Palestine to see for herself who are the ones truly facing threats.


So Please vote to this page :
http://stanceofmuslimah.blogspot.com/

3:31 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home

Tuesday, October 31, 2006

HIBURAN TANPA PRINSIP

Assalamualaikum wbt.. :)

Apa khabar semua? Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin saya ucapkan kepada semua pengunjung Inazhkom.blogspot.com ini. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana tidak jemu-jemu melawat weblog saya yang amat jarang sekali saya update sekarang. InsyaAllah saya cuba membuat sekadar yang termampu memandangkan masa yang ada amat terhad sekali buat masa ini. Sokongan yang diberikan oleh semua amat saya hargai.

Semalam saya sedang menjenguk-jenguk website yang memberikan statistik pelawat yang hadir ke blog ini. Alhamdulillah, walaupun di luar jangkaan saya, ternyata blog ini masih ada peminat setia yang sentiasa melawat. Walaupun bilangannya tidaklah ramai, tetapi setiap hari ada saja yang melawat. :) Saya tertanya-tanya dari mana anda semua datang? Melalui website tersebut saya boleh mengetahui dari mana anda klik weblog saya ini. Rupa-rupanya ada antara yang masuk ke sini melalui laman web Ukhuwah.com Weblog Ranking List. :D Wah! tak sangka blog saya ada yang vote hehe.. Sekarang ni no. 49, not bad. hehe.. Saya ucapkan terima kasih kepada yang vote itu. Takdela saya mengharapkan sangat, tapi saya sangat gembira kalau anda semua sudi untuk berkongsi ilmu-ilmu yang ada di sini dengan orang lain. :)

Walaupun apa yang akan saya utarakan ini mungkin boleh menjejaskan prestasi blog saya dalam ranking tersebut, tapi saya rasa saya perlu berbuat demikian. Walaupun saya tahu Ukhwah.com adalah antara fan club Hijjaz yang paling besar, tapi saya rasa perkara yang saya akan cakap ini adalah sesuatu yang perlu untuk memperbaiki suasana.

Saya rasa telah lebih dari 10 tahun arena nasyid kontemporari bertapak di negara ini. Dan sejak daripada itu banyak kisah suka duka, jatuh bangun kumpulan-kumpulan nasyid di negara ini mendapat perhatian daripada banyak pihak. Daripada zaman kumpulan nasyid De' Zikr sampailah ke Mawi dan lain-lain lagi penyanyi nasyid samada berkumpulan ataupun solo, muzik nasyid kontemporari telah membawa satu nafas baru kepada peminat seni tanahair yang sentiasa mahukan satu bentuk hiburan yang berunsurkan ketuhanan. Dan untuk pengetahuan anda semua, saya jugak adalah salah seorang daripada peminat nasyid kontemporari tanahair.

Antara kumpulan yang sentiasa saya minati ialah Hijjaz dan anak-anak didiknya iaitu In-Team, Mestica, UNIC dll lagi. Mungkinlah anda beranggapan saya ini jiwang. :D Tapi biasalah, masa itu jiwa muda memang begitu. Bak kata orang, tengah kemaruk nak berkawin. :P Pada masa itu In-Team terkenal dengan lagunya yang banyak berunsur jiwang-jiwang. Dan ia bolehlah diibaratkan satu arus perdana dalam arena nasyid pada ketika itu. Ada juga ustaz-ustaz yang tidak bersetuju dengan lagu-lagu yang dibawakan dan ia terus disuarakan sehinggalah sekarang. Antara ustaz-ustaz yang lantang dalam hal ini ialah Ust. Maszlee dan juga Ust. Hasrizal. Tapi biasalah, kita orang muda-muda lagi, apa kisah sangat akan hal-hal tersebut, layan tetap layan. :) (ini saya lah, mungkin sahabat-sahabat lain tidak begitu)

Namun begitu kita dikejutkan dengan berita In-Team menarik diri mereka daripada jagaan Hijjaz Records kepada syarikat mereka sendiri. Mungkinlah ada antara kita memikirkan bahawa mereka sudah boleh berdiri sendiri dan mahu buat bisnes sendiri. Saya juga berfikir begitu pada mulanya. Dan biasalah sebagai "die hard fan" In-Team, saya masih lagi membeli CD original mereka. Ternyata lagu-lagu yang dibawakan dalam album terbaru In-Team "Tiada Lagi Kasih" tidak sama dengan waktu mereka bersama Hijjaz. Lagu mereka lebih matang dan lebih ke arah mendekatkan diri kepada Allah. Tiada lagi istilah-istilah cinta ataupun kasih sayang sesama manusia (mungkin sebab itu tajuk album itu dipilih kot), tetapi lebih kepada menjadi insan yang bertakwa dan cintakan akhirat. Seolah-olah kini mereka bebas daripada belenggu Hijjaz yang ingin mereka membawa lagu-lagu cinta.

Persoalannya di sini ialah, adakah In-Team keluar daripada Hijjaz Records kerana tidak lagi mahu untuk membawa lagu-lagu cinta ataupun memang betul-betul kerana nak buat bisnes sendiri? Jawapannya hanya In-Team dan Hijjaz sahaja yang tahu. Apa yang pasti In-Team telah membuat keputusan yang bijak dan tidak lagi dikongkong oleh orang lain dalam memilih jalan untuk masa hadapan yang cerah. Sekiranya benar In-Team memilih untuk bersendiri kerana tidak mahu lagi mendendangkan lagu-lagu cinta, ini ternyata In-Team ada prinsip tersendiri dan berpegang kepada prinsip tersebut. Inilah "Hiburan Berprinsip" yang kita mahukan. Prinsip yang dimaksudkan ialah prinsip yang kukuh kepada Islam dan tidak berganjak daripadanya. Sekiranya In-Team sudah mula beralih kepada berpegang dengan prinsip ini, maka kita sebagai pendengar sepatutnya memberikan sokongan kepada mereka.

Apa pula yang telah terjadi kepada Hijjaz? Well, bisnes mereka masih berjalan lancar.. Dengan anak-anak didik yang masih setia iaitu Mestica dan UNIC. :) Juga fan club yang besar yang sentiasa menyokong di belakang iaitu Ukhuwah.com. Cumanya nasihat saya kepada peminat-peminat Hijjaz dan mana-mana juga kumpulan nasyid, janganlah kita meminati satu-satu kumpulan, parti ataupun apa-apa sahaja firqah sehingga kita mengenepikan prinsip-prinsip Islam. Pastikan dari semasa ke semasa prinsip-prinsip Islam itu dijaga dan tetap dipegang teguh. Barulah kita menjadi peminat-peminat yang berprinsip dan tidak minat membabi buta. Ini supaya kalau orang yang kita minati itu masuk gaung, maka kita tidaklah turut sama masuk gaung. :)

Saya tidak mengatakan Hijjaz masuk gaung.. Tapi menurut pengamatan saya, Hijjaz sudah hampir-hampir masuk gaung. :) Kenapa saya berkata demikian? Sudah pasti saya tidak mengatakan apa yang tidak saya ketahui. Baru-baru ini saya menyaksikan sendiri bagaimana Hijjaz dan Ina Naim (bekas tunang Mawi) menyanyi bersama-sama di atas satu pentas dalam rancangan Zoom In. Reaksi pertama saya ialah.. "Hijjaz ke ni?" :) Kepada sahabat-sahabat yang faham, mungkin tak perlu diterangkan lagi kenapa saya merasakan penampilan Hijjaz dalam keadaan begitu adalah amat memalukan sekali buat satu kumpulan nasyid yang kedua terbesar di negara ini selepas Raihan.

Buat anda yang masih belum faham, biarlah saya utarakan satu dua perkara yang berkaitan untuk sama-sama kita fikirkan.
  1. Hijjaz menyanyi di atas pentas sekali dengan Ina Naim iaitu seorang muslimat. Logik ke kumpulan nasyid buat macam tu? huhu
  2. Hijjaz menaja Ina Naim untuk menjadi seorang artis nasyid yang mana Ina Naim ialah seorang perempuan yang mana sepatutnya Hijjaz tahu bahawa orang pompuan takleh menyanyi kerana suara mereka adalah aurat apatah lagi bila dilenggok-lenggokkan sebegitu.
  3. Hijjaz menaja Ina Naim seorang yang kontroversi apabila Mawi sendiri memutuskan pertunangannya dengan Ina. Ina pulak buat buku pasal kisah cinta dia dengan Mawi. Pendek kata Ina ni bermasalahlah.

Jadi saya ada beberapa persoalan buat Hijjaz. Adakah Hijjaz sudah mula fikirkan dunia semata-mata dengan mengambil Ina sebagai artis yang mana boleh melariskan jualan dan mendapat publisiti murahan memandangkan ada sejarah silam bersama Mawi? Adakah Hijjaz sudah mula lupa akan prinsip-prinsip Islam yang dilaungkan dalam lagu-lagunya? Di manakah Hijjaz yang dulu, yang sentiasa melaung-laungkan kalimah keinsafan kepada Allah swt?

Saya sebagai bekas peminat Hijjaz mengharapkan persoalan ini dapat dijawab oleh Hijjaz. Janganlah semata-mata kerana inginkan populariti kita mengenepikan persoalan prinsip dalam Islam. Janganlah membawa hiburan tanpa prinsip. Kerana ini akan membawa kita lebih jauh daripada Allah swt, bukannya mendekatkan kita kepadanya.

-Rintihan hati seorang peminat muzik nasyid tanahair. :)

5 Comments:

Anonymous Na Shah Alam said...

Saya setuju sangat dgn idea saudara tu.... Dan berkongsi perasaan sama...sedih dan terkilan kump nasyid yang paling sy minati sejak zaman belajar di UIA.. hinggalah sy sendiri secara x sengaja terjumpa Munif di PKNS. Penampilan beliau kurang menyenangkan saya, lihat saja rambut panjangnya...Dan selepas itu, sy semakin hilang minat pd mereka...

Kenapa?Harapan sy tinggi, org2 spt merekalah yg sy rasa ada pengaruh untuk memenabgi hati remaja hari ini yang seolahnya telah keliru identiti bangsa dan agama mereka...Sy harap sgt mereka boleh beri contoh terbaik dan buat program2 yang boleh mendekatkan remaja kpd cara hidup mulia...Tapi, sekarang masih bolehkah lg sy mengharap???

Terkenang zaman Munif dlm The Zikr, Nada Murni...nampak tulus...

3:23 AM  
Anonymous walikard said...

Kebimbangan saudara berasas, malah saya mula menjauhkan diri dari Hijjaz memandangkan secara zahirnya mereka seolah-olah mengejar dunia...benarkah begitu? Harap-harapnya taklah...tahniah kepada In-Team atas prinsip mereka yang tak mahu lagi menyanyikan lagu jiwang-jiwang...mudah-mudahan nasyid perjuangan kembali menjadi identiti penasyid-penasyid masa kini

7:25 PM  
Anonymous Anonymous said...

HIBURAN: Menolak Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy (Bah. 1)

Seorang hamba Allah yang prihatin dengan kepentingan umat Islam memaparkan fatwa-fatwa orang-orang di atas. Sekiranya apa yang terpapar itu benar, kita berasa sangat sedih kerana fatwa-fatwa tersebut dengan sewenang-wenangnya menghukum berdosa kepada banyak umat Islam termasuklah para pendakwah yang terlibat dengan seni nyanyian dan muzik. Sekiranya tidak benar, maka bolehlah diabaikan saja ulasan di bawah nanti. Saya rasa terpanggil untuk menjelaskan kedudukan seni nyanyian dan muzik ini kerana saya dapati keputusan yang dikeluarkan oleh mereka jauh terseleweng. Kebetulan saya ada menjawab persoalan tentang hukum bermain gitar yang isis kandungannya selaras dengan isu ini. Maka saya sesuaikan artikel itu untuk menolak keputusan di atas.



Anda bandingkan keputusannya, kemudian jawab soalan ini:


Berdosakah orang yang menyanyi dan bermain alat muzik?

Berdosa (Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)
Tidak berdosa selagi tidak bercampur maksiat (pandangan saya)



ULAMA-ULAMA YANG MENGHARUSKAN PENGGUNAAN SEMUA JENIS ALAT MUZIK , APATAH LAGI NYANYIAN-NYANYIAN YANG BAIK:
(Secara langsung atau tidak langsung)


Hujjatul Islam Imam al-Ghazali Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Dr. Abdul Karim Zaidan Abdullah bin Zubair
Abdullah bin Umar Imam asy-Syaukani
al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi Ibnu Hazm
Dr. Mohammad Imarah Dr. Kaukab ‘Amir
Ibn Tahir Al-Qaisarani Abdul Ghani An-Nablusi
Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi Asy-Syafie Al-Imam Mohd. Asy-Syazili At-Tunisi.
Al Adiib Abu 'Umar Al Andalusi Abdullah bin Ja'far
Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat Ustaz Abdul Hadi Awang
Al Mawardi Muawiyah
Amru al-Ass Imam Malik
Ibnu Tahir Imam al-Haramain
Ulama-ulama Madinah Ulama-ulama Zahiri

Disokong oleh:

Wan Muhammad Wan Sulong, Yarmouk University, Irbid, Jordan,

Fakultas Ushuluddin IAIN Walisongo, d/a LPK2 (Lembaga Pengembangan Keagamaan dan Kemasyarakatan) dan Lembkota Jl. Boja Km 1, Ngalian Semarang, Indonesia.

Ustaz Akil Hayy Rawa

Dr. Mohammad Deen

Fatwa Negeri Kedah




*BERIKUT ADALAH HUJAH-HUJAH PARA ULAMA DI ATAS:

HUJJATUL ISLAM IMAM AL-GHAZALI

Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung.
Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa.
(Hj. Abd. Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Dr. Engku Ismail Ibrahim, "Seni Dalam Islam", Intel Multimedia & Publication, P.J, 2001, hal. 34-39.)


*Kesimpulan- Menurut Imam Ghazali, semua alat muzik boleh digunakan asalkan ia tidak melibatkan perkara-perkara maksiat.


Al-Imam Hujjatul Islam, Abu Hamid Al-Ghazali telah membincangkan permasalahan hukum nyanyian dan muzik dengan panjang lebar dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin dalam juzuk yang kelapan bahagian Al-Adat. Al-Ghazali di dalam perbincangannya telah membahaskan hukum muzik dan alatnya daripada pelbagai sudut sebelum mengeluarkan pandangannya. Beliau tidak hanya berpegang dengan zahir nas malah cuba menggali di sebalik nas, sebab dan ‘illah diharamkan beberapa alat muzik sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi SAW dalam hadith-hadith Baginda. Ini bertitik tolak daripada pegangan beliau bahawa nyanyian dan muzik adalah kelazatan-kelazatan dunia yang asalnya adalah halal dan harus.
Al-Ghazali menegaskan sebab pengharaman alatan yang dipetik (seperti gitar) dan ditiup (seperti serunai) sebagaimana yang disebut dalam hadith Nabi SAW bukan kerana alatan tersebut menimbulkan kelazatan kepada pendengar. Sekiranya demikian sudah tentulah diharamkan semua jenis suara atau irama yang membangkitkan kelazatan kepada pendengar. Kerongkong manusia, gendang, rebana kecil (duf) dan binatang-binatang seperti burung mempunyai potensi untuk menghasilkan irama-irama merdu yang mampu membangkitkan kelazatan di dalam sudut hati pendengar. Walau bagaimanapun Islam tidak mengharamkan suara-suara tersebut.
Oleh itu Al-Ghazali menyatakan sebab pengharaman alatan yang disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW adalah kerana alatan-alatan tersebut biasa digunakan oleh ahli-ahli fasiq, maksiat dan peminum-peminum arak dan menjadi syiar mereka.
Begitulah pandangan Imam Al-Ghazali tentang hukum penggunaan alat-alat muzik. Beliau melihat di sana wujudnya sebab diharamkan alat-alat yang disebut pengharamannya melalui lisan Nabi SAW. Sekiranya hilang (gugur) sebab tersebut sudah tentulah gugur hukum pengharamannya. Bagi beliau semua perkara yang baik (At-Thayyibat) adalah halal melainkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kerosakan.

*Kesimpulan- Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin mengharuskan semua jenis alat muzik termasuklah yang dipetik seperti gitar dan yang ditiup/ berlubang seperti serunai, apatah lagi gendering.

Sebahagian yang lain pula seperti Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab Amir ’mempunyai pandangan yang sama dengan Al-Ghazali. Mereka menyatakan pengharaman alat-alat yang disebut di dalam nas-nas hadith adalah kerana ia merupakan syiar ahli fasiq dan maksiat. Pada pandangan mereka muzik tidak haram dari sudut irama atau bunyinya. Tetapi yang menjadikannya haram ialah unsur-unsur luaran yang lain iaitu ia adalah alatan yang biasa digunakan di dalam majlis-majlis dan tujuan-tujuan yang bertentangan dengan batas syara’. Justeru itu alat-alat tersebut tunduk kepada perubahan tempat dan masa. Penggunaan alat-alat ini juga mestilah berlegar dala lingkungan yang dibenarkan oleh syara’.
(Al-Mufassal oleh Dr Abdul Karim Zaidan juzuk 4 ms 96)


*Kesimpulan- Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab Amir juga sependapat dengan Al Ghazali.

5:52 PM  
Blogger wardatul abyad said...

assalamualaikum.byk ilmu mahupun pengetahuan yg saya dpt kat sini. alhamdulillah.sebelum ni ingat alat muzik yg dipetik(bertali)dan ditiup adalah haram,berdasarkan hadith yg saya belajar di sekolah.harap blh diupdate lagi dan penuh ilmu berguna

1:49 PM  
Blogger Aspirasirakyat.com said...

Untuk perjuangan memang Blog Anda serupa blog saya.Saya pun hendak pemerintah sikap adil sama rakyat,tapi negara saya pemerintah dholim,banyak rakyat sengsara.Saya dari Indonesia salam kenal tuk Anda dari saya ( www.aspirasirakyat.com )

4:50 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home

Saturday, August 19, 2006

UMAT ISLAM HILANG FOKUS

Assalamualaikum wbt.. :)

Sekian lama tidak menulis di sini, terasa kekok nak mula kembali. Tetapi saya rasa penting untuk saya mula semula, memandangkan keadaan sekarang yang memerlukan lebih ramai orang untuk bergiat cergas, menyedarkan masyarakat akan isu-isu yang melanda. Sekiranya lebih ramai orang yang menyebarkan kebenaran, maka insyaAllah kebenaran itu akan tersebar dalam masyarakat. Jadi apa tunggu lagi? Marilah sama-sama kita yang alhamdulillah Allah telah berikan sedikit kefahaman dan ilmu ini, berjuang dengan cara menyebarkan kebenaran dalam masyarakat. Buat apa sahaja yang anda mampu. Sekiranya anda mampu menulis, anda boleh buat artikel2, blog2 dll. Paling tidak pun sama-samalah kita mendengar dan memahami apakah situasi yang berlaku sekarang dan menceritakannya kepada sahabat-sahabat kita, adik kakak kita, dan ahli keluarga kita yang lain.

Pertama sekali, marilah kita sama-sama berfikir, apakah masalah-masalah yang melanda umat Islam kita pada masa kini? Pejamkan mata dan fikirkan. Sekiranya anda masih tidak mendapat jawapannya, maka marilah kita melihat apakah garis panduannya dalam hal ini.

Islam adalah agama yang merangkumi keseluruhan hidup atau dalam erti kata lain, syumul. Ini bermakna tidak ada satu benda pun yang Islam tinggalkan. Semuanya telah termaktub dalam syariat Allah swt. Jadi ini bermaksud, Islam telah meletakkan batasan2nya dalam setiap perkara yang kita lakukan sehari-hari. Syariat ini perlu kita patuhi dan sekiranya kita engkar maka kita akan dihukum oleh Allah swt. Dari segi keberkatan hidup pula, sekiranya kita engkar terhadapnya, maka hidup kita tidak akan bahagia, bermasalah, sentiasa risau dan bimbang, keluarga yang tidak bahagia, dan lain-lain lagi natijah yang buruk lagi.

Inilah dia garis panduannya dalam hal ini. Masalah-masalah umat Islam yang timbul adalah berkaitan dengan syariat Allah yang tidak dipatuhi. Sekarang bolehkah anda senaraikan masalah-masalah tersebut? Mari sama-sama kita fikirkan.

1. Masalah gejala sosial remaja. ( disco, zina, black metal dll.)
2. Masalah penagihan dadah.
3. Akhlak remaja yang buruk.
4. Maksiat yang melanda umat Islam ( minum arak, menonton video lucah, dll.)
5. Masalah pencurian (ragut, rompak dll.)
6. Masalah pembunuhan (rogol bunuh, samun dll.)
7. Masalah dalam hal kewangan (penyelewengan duit, rasuah, riba dll.)
8. Masalah pemimpin yang korup
9. Masalah ustaz-ustaz yang menyeleweng
10. Masalah akhlak umat Islam yang buruk (dengki mendengki, dendam, pukau santau dll.)
11. Masalah perpecahan umat Islam
12. Dan yang terbaru adalah persoalan murtad

dan lain-lain lagi. Ini baru saya bahagikan mengikut kumpulan. Belum saya detailkan masalah-masalah tersebut satu-persatu. Jadi boleh dikatakan terlampau banyak masalah yang melanda umat Islam pada hari ini.

Apakah penyelesaiannya kepada masalah-masalah ini?

Untuk menyelesaikan masalah, kita perlu mengenalpasti puncanya. Pertama sekali, ini ada kaitannya dengan soal keberkatan. Sekiranya kita ikut syariat Islam, maka masalah-masalah seperti ini dapat kita elakkan. Apakah sekarang kita tidak ikut syariat Islam? Ya, kita masih belum melaksanakan lagi syariat Islam sepenuhnya terutamanya dalam sistem pemerintahan dan perundangan negara.

Dalam sistem pemerintahan, sepatutnya kita meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan utama negara kita, tetapi ini tidak berlaku. Kita angkat perlembagaan negara yang sekarang ini lebih dari Al-Quran dan As-Sunnah. Maka di situ Allah telah hina kita dengan mendatangkan seribu macam masalah umat Islam di Malaysia.

Dalam perundangan pula, kita tidak melaksanakan hukum hudud yang telah termaktub dalam Al-Quran. Hudud bermaksud had-had Allah, membawa erti batasan-batasan yang telah Allah gariskan. Kita perlu pastikan setiap orang daripada ummah ini tidak melampaui batasan-batasan yang telah Allah tetapkan dengan melaksanakan undang-undang hudud ini. Sekiranya kita melaksanakannya, pasti masalah-masalah di atas dapat dikurangkan.

Sebagai contoh kita melihat isu yang terkini isu murtad. Dalam Islam orang yang murtad akan dihukum bunuh. Orang yang mengaku murtad akan dipanggil dan dibicarakan. Dia akan disuruh bertaubat, sehingga dia mahu bertaubat. Namun sekiranya dia masih engkar, maka dia akan dijatuhkan hukuman maut. Tetapi apabila diberitahu sahaja hukuman maut, biasanya dia akan kembali kepada Islam, kerana dia takut mati. Jadi selepas itu dia akan diletakkan dalam jagaan dengan diberikan tazkirah, diajar dengan ilmu-ilmu Islam, sehinggalah dia menjadi Islam yang sebenar dan tidak akan kembali murtad.

Inilah keindahan syariat Islam yang tidak mahu ditegakkan oleh pemerintah. Mereka tidak sedar bahawa akidah anak-anak mereka sendiri berada dalam keadaan bahaya. Malah mereka terpaksa menyembunyikan isu yang berlaku ini daripada diketahui umum, kerana bimbang berlakunya pergaduhan, dan pertembungan kaum. Mereka sepatutnya tahu, bahawa keredhaan Allah yang lebih patut dicari, daripada keredhaan kaum-kaum kafir yang sentiasa menentang Islam.

Usaha-usaha penyelesaian yang lain

Di samping kita berusaha untuk menegakkan kembali syariat Allah di dalam pemerintahan negara dan perundangan, kita juga perlu mengambil langkah-langkah yang lain untuk menyedarkan masyarakat, memberi didikan dan ilmu, menyebarkan kebenaran yang hak daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Usaha dakwah dan tarbiyah yang berterusan perlu dijalankan. Ceramah-ceramah agama, tulisan-tulisan dakwah, artikel-artikel akhlak mulia, dan lain-lain lagi cara yang boleh digiatkan melalui media massa perlu dipertingkatkan. Selain daripada itu, usaha-usaha dakwah secara tidak langsung seperti lagu-lagu berunsur ketuhanan, drama-drama, filem-filem juga boleh diperjuangkan.

Senang cerita, semua ajakan dan dakwah kita, perlu kembali kepada mengingatkan mereka kepada Allah. Apakah cara yang paling mudah? Iaitu dengan menyuruh mereka untuk sembahyang @ solat. Semua orang boleh buat benda ni. Bagi yang main bola, boleh berhenti untuk sembahyang. Bagi yang bermusafir, boleh berhenti untuk solat. Pada waktu kerja, ajak kawan-kawan sepejabat untuk sembahyang. Ini akan membuatkan mereka teruja untuk sembahyang sama.

Jangan buat sorang-sorang saja. Jangan fikirkan diri sendiri sahaja. Ingat! kalau kita tak mengajak mereka di dunia, maka di akhirat nanti kita akan dituntut. Masa tu kalau sekiranya kaki kita dah nak masuk syurga, maka akan ditahan oleh Allah swt. :) So which one do we prefer? Boleh fikirkan sendiri.

Masalah-masalah umat Islam di luar negara

Di luar negara pula, umat Islam menghadapi penindasan daripada golongan kuffar. Umat Islam di Lebanon dan di Palestin menderita kerana diserang oleh Israel. Bilangan kematian yang mencecah ribuan buat masa kini, sudah cukup untuk membuatkan umat Islam di sana hidup dalam kebimbangan. Kalau dikira bilangan kematian kerana kekejaman Zionis ini sejak dari zaman dahulu lagi, sudah tidak terhitung rasanya.

Apakah peranan kita dalam hal ini? Iaitu dengan menghulurkan bantuan secara fizikal dan rohani. Fizikal dengan memberikan sumbangan, mencari sumbangan untuk mereka, menyalurkan kepada mereka dan menyedarkan orang ramai akan kepentingan membela nasib mereka. Dari segi rohani pula ialah dengan mendoakan dan bersolat hajat untuk mereka. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam yang menentang Zionis.

Umat Islam Hilang Fokus

Sahabat-sahabat yang dikasihi, begitu banyak masalah-masalah yang melanda umat Islam sekarang, dan begitu banyak kerja yang perlu kita laksanakan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Dalam masa yang sama kita jugak masih ada kerja kita sendiri yang perlu kita selesaikan. Bagi seorang student kita perlu untuk belajar. Bagi seorang ayah, kita perlu untuk mencari nafkah untuk menyara keluarga. Bagi seorang ibu, kita perlu untuk membesarkan anak kita sebaiknya. Kesimpulannya di sini, kerja yang kita ada melebihi masa kita. Tetapi ini tidak bermaksud kita boleh lepaskan tangan kita begitu sahaja.

Sebagai contoh seorang ibu beranak 3, juga bekerja sebagai seorang executive di sebuah syarikat dan perlu juga menjadi seorang isteri yang baik. Dalam masa yang sama, ibu ini perlu memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk menyelesaikan masalah-masalah yang disebutkan di atas. Dalam erti kata lain, ibu ini juga perlu menyertai persatuan-persatuan kaum ibu setempat, perlu mengaktifkan diri di surau atau masjid, atau apa-apa sahaja kegiatan yang merapatkan dia dengan masyarakat. Tapi ibu ini tidak dapat berbuat begitu. Sebab apa? Sebab dia tidak boleh keluar rumah kerana nak tengok AF4. Dia tak boleh bincang perkara-perkara lain, kerana sibuk nak bincang pasal perkembangan Siti dengan Datuk K. Dia tak boleh nak menyumbang untuk Islam kerana duit dia habis guna untuk SMS calon-calon AF4.

Apa nak jadi kepada masyarakat ini sekiranya Presiden Persatuan Islam pun bincang pasal Siti nak kawin? Begitu banyak masalah umat Islam zaman sekarang, ini jugak yang jadi topik. Macam takde benda lain nak dibincangkan. huhu.. Boleh klik sini. Mungkinlah tindakan dia tu dianggap "memasyarakatkan" diri. Tu kadang-kadang aku rasa jelek dengan politik nih. Orang kadang-kadang buat apa sahaja untuk dapatkan kuasa. Sedangkan perkara yang lebih utama ialah kita tegakkan hukum Allah.

Pendek katanya, umat Islam sekarang hilang fokus. Dalam begitu banyak masalah yang melanda, dia masih boleh rilek-rilek dengan membazirkan masa dan wang begitu sahaja kepada benda-benda yang tak sepatutnya. Sedarlah wahai saudara-saudaraku. Umat Islam pada masa ini memerlukan diri kita. Sekiranya kita sudah hilang fokus, maka apakah lagi harapan yang ada untuk umat ini kembali kepada fitrahnya? Kitalah yang bertanggungjawab, dan jalankan tanggungjawab ini sewajarnya. Mulakan dari sekarang, sedikit demi sedikit, insyaAllah lama-lama kita akan terbiasa. :) (nasihat buat diri sendiri juga).

Mintak maaf sebab terpanjang pulak. Al-maklumlah dah lama tak menulis.

Sekian dulu buat kali ini. Wassalam.

1 Comments:

Blogger muhammad fakhrul razi said...

ohhh selamat kembali... kalau nak tahu, saya mengenali blog dengan membaca blog saudara mokhzani... dan ada juga belajar-belajar cara nak buat blog dengan lihat kod-kod dari source blog saudara ni.

semoga terus berjuang menegakkan kebenaran.;)

dari kohai yg pernah minta saudara ceritakan pengalaman kat jepun taun 2004.

MFR.

3:24 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home